Selasa, 22 Mac 2016

Perancangan Kewangan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat hingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah.

Kali ini hanya sekadar untuk berkongsi dan merasa syukur dengan apa yang Allah pinjamkan.

Perancangan ini suami saya yang buat. Saya hanya membantu untuk jayakan sahaja. Alhamdulillah setekat ini kelihatan juga apa yang di usahakan oleh suami.

Minatnya mengikuti kursus pengurusan kewangan malah banyak membeli buku terutamanya majalah berkaitan dengan usahawan dan hartanah.

Pembukaan buku bank untuk memudahkan pengasingan keperluan jangka pendek mahupun jangka panjang. Apatah lagi jika ada kemahuan untuk berhenti dari kerja kenalah ada.

1. Simpanan 6 bulan gaji.
2. Semua hutang bank dan kereta telah habis bayar.
3. Mempunyai rumah sendiri
4. Ada perniagaan

Namun begini lah lumrahnya hidup. Bila kita menyimpan dan sanggup hidup bersederhana, apa yang kita simpan asyik pula berkurangan. Kadang-kadang bila keluarga dalam masalah mereka akan meminta pinjam. Tak bagi kesihan pula. Lagi pun membantu orang itu pahalanya besar, apatah lagi keluarga sendiri.

Apa yang penting kita usaha. Suami kata kita hanya merancang, apa lagi kehidupan sekarang semuanya perlukan wang dan nilai wang sudah semakin susut. Bukan untuk menjadi orang kaya yang bakhil dan bangga diri. Tapi hidup sekurang-kurangnya dari segi kewangan kita tidak meminta pertolongan orang lain.

Moga apa sahaja usaha dan niat kita yang baik di permudahkan Allah. Aamiin.



Isnin, 14 Mac 2016

Bersabarlah Pahala Buat Mu

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk meneruskan rutin harian, walaupun mungkin situasi yang berlainan.

Kali ini saya bukan ingin berkongsi tentang ilmu jahitan. Kebelakangan ini saya jarang membuka FB saya. Bukan apa, kadang terasa boring dengan komen yang tidak berfaedah. Apatah lagi soal mengata, soal strees dan macam-macam lagi. 

Sebagai hamba Allah yang bergelar wanita, saya merasa kagum pada kaum wanita terutamanya, kerana mampu kuat berdiri walaupun dibebani dengan pelbagai masalah.  Strees dengan keadaan tempat kerja, balik dengan kerenah anak-anak dan di tambah pula dengan perangai suami yang bertambah pelik akhir-akhir ini. Soalnya..mana ada manusia yang lari dari masalah. Samada masalah itu besar mahupun  kecil. Rata-ratanya wanita menjadi mangsa bila timbulnya satu masalah dan sering di persalahkan. 

Ketika saya sedih saya akan berfikir, ramai lagi di luar sana yang di uji dengan ujian yang lebih besar. Malah setiap hamba, Allah berikan ujian mengikut kemampuan hambaNya.

Ada wanita yang kahwin awal dapat pula anak ramai, bila usia perkahwinan lebih 15 tahun, mulalah si suami balik lewat, ada perempuan lain dan sebagainya. Isteri tidak pandai jaga makan pakai suami. Bentuk badan isteri dah berisi, dulu pinggang 25 inci sekarang dah 40 inci. dulu muka licin sekarang dah berkedut dah bejaragat. Akhirnya si suami kahwin lain. Dulu sebelum kahwin lain dapat lah bagi isteri tua rm1500 sebulan, almaklum anak ramai. Lepas kahwin bini kedua, hanya bagi isteri tua rm500 sebulan. Terpaksalah isteri tua kerja hingga lewat malam untuk menampung kos hidup. Itu pun alhamdulillah isteri tua tinggal dengan mak kandung ada juga yang tolong jaga anak-anak. Suami pula sebulan 3 x saja balik rumah.

Kes lain pula, Isteri belum mengandung walaupun sudah 10 tahun berkahwin. Bila isteri izinkan suami kahwin lain kerana inginkan suaminya mempunyai zuriat. Bila suami dah kahwin dapat anak dengan bini baru akhirnya isteri tua di cerai. Nau'zubillah.

Kes lain. Suami kata out station, ada kerja di luar, walaupun isteri tengah sarat mengandung. Berapa hari isteri dapat panggilan mengatakan suami terlibat dalam kemalangan dan maut bersama isteri yang baru di nikahi. Allahuakbar.

Kes lain. Bila wanita kahwin lewat, ramai yang mengata, malah memandang serong dengan memanggil andartu. Ramai juga yang dah kahwin malah belum di kurnia kan anak, walaupun sudah pelbagai cara di gunakan. Ini juga di jadikan bahan bualan.

Sebagai manusia kita hanya merancang namun segalanya ketentuan Yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu bersabar dan berdoa agar rumah tangga kekal hingga ke Jannah. Cubalah didik diri kita untuk menerima takdir, kerana segala yang kita ada ini hanya di pinjamkan. Maknanya bila-bila sahaja akan di ambil dengan pelbagai cara. Semoga kita kuat menghadapi dengan sabar dan menganggap musibah itu ada hikmahnya. Aamiin.

Bersabarlah wahai Wanita PAHALA buatMU. Wallahua'lam.
 

Isnin, 7 Mac 2016

Kelas Asas Di Tangguh


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah pinjamkan pada kita ini..kita masih lagi dapat meneruskan rutin harian kita seperti biasa. Moga segala urusan kita di permudahkan. Aaamiin.


Saya memohon maaf kepada mereka yang ingin mengikuti kelas Asas jahitan kerana saya masih lagi tangguhkan kelas kerana tempat untuk belajar tidak sesuai. Ramai juga yang sms dan watsap untuk bertanya, kelas ini bila akan di sambung semula. Memandang kan saya hanya menyewa rumah buat masa ini, jadi kenalah tangguh sampai saya dapat pindah rumah semula.di mana dan bila itu belum pasti lagi.

Insyaallah jika di beri kesihatan dan rezeki yang lebih, akan saya beritahu semula.

Untuk pengetahuan bagi mereka yang ingin mengetahui bisnes yang saya jalan kan ialah, hanya menerima tempahan tudung sekolah, menjadi agen Kopi Pak Belalang sahaja. Jika berminat boleh wasap atau sms di no yang tersedia.























Meniaga itu SUNNAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...