Halaman

Rabu, 28 Mei 2014

Baju Kurung Nursing Part 1

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah akhirnya siap juga Baju Kurung Nursing pelanggan baru saya ni. Rupanya takadalah payah sangat nak buat. Bila dah lihat cara yang cik sue kongsikan alhamdulillah dapat difahami dengan mudah.

Jika ada antara rakan-rakan yang tidak memahami cara menjahit Baju ini, bolehlah saya kongsikan cara-caranya semula seperti mana yang saya dapat fahami dari cik sue. Semoga ilmu ini dapat kita manafaatkan bersama.

Langkah pertama:

Cara memotong baju kurung adalah sama sahaja, kecuali di bahagian dada bawa leher. Dada bahagian lurus di panjangkan dalam 9 inci, mengikut kesesuai masing-masing. Buat leher seperti biasa. Lihat gambar dibawah.
























Langkah kedua:

Buat leher seperti biasa.





















Langkah ketiga:

Jahit di bahagian bahu sahaja kain kecil seperti gambar dibawah. Pastikan kain mesti jangan terbalik seperti gambar dibawah ini. Kain dalam gambar ini sengaja saya terbalikkan kerana senang anda lihat, sebab jika di pasang dengan betul mesti anda tidak dapat lihat dengan betul kan?..Bahgian bawah kat tepi tu anda bolehlah jahit getah, supaya bila anda selak kain dalam tidaklah kain tersebut terkeluar dari baju kurung anda.




















Moga anda dapat memahami cara-caranya. Tak faham jugak???...Sila klik Baju kurung Part 2 nanti.



Gambar dibawah ini pula adalah contoh sahaja. Gambar cik sue.

















SELAMAT MENJAHIT...




Isnin, 26 Mei 2014

Baju Nursing ( Menyusu )

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya baru sahaja mendapat satu ilmu iaitu mengenai baju nursing  menyusu ini melalui seorang pelanggan yang mahu saya jahitkan baju kurung nursing. Mulanya saya terkejut juga, sebab tak tahu baju nursing tu apa. Maklumlah ilmu menjahit ini hanya asas sahaja. Kena banyak lagi meneroka. Alhamdulillah setelah saya melayari blog cik sue, barulah saya tahu mengenai baju ini. Baju ini sangat sesuai bagi mereka yang menyusukan anak. Bagi ibu-ibu yang mahu menyusu anak di tempat awam pun tidak merasa malu dan susah untuk mencari tempat sembunyi bila menyusu anak.

Bagi upah jahit pula rm10 tambahan dari upah sebenar sepasang baju.

Terima kasih kepada Cik Sue di atas ilmu yang diberikan dan semua gambar-gambar di bawah ini adalah saya ambil dalam blog cik sue. Cik sue minta halal ye dan terima kasih tidak terhingga dengan ilmu ini.

Insyaallah saya akan cuba untuk menghasilkan baju kurung nursing pelanggan pertama saya ini. Moga ilmu di berkati. Aamiin.




















































































Bagi mereka yang tengok sahaja dah faham cara jahit.

Saya ucapkan selamat mencuba....






Jumaat, 23 Mei 2014

Kelas Telah Bermula

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah kelas telah pun bermula. Semoga ini adalah permulaan penambahan bisnes sampingan yang sedia ada.


Hari pertama:

Belajar terus mengukur dan memotong kain.


















Hari kedua:

Belajar jahit tepi dan cantumkan leher dan jahit mata lalat.
















Adik ni bersungguh-sungguh betul nak menuntut ilmu.

















Kaff Lengan Bergetah

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga segala kerja dan usaha kita berjalan dengan lancar.

Seperti dalam tajuk Lengan bergetah. Di sini sekali lagi saya bawakan anda cara yang serupa untuk menjahit lengan atau Kaff bergetah.

Langkah pertama-

Potong tangan seperti biasa, jangan cantum dulu.


















Langkah kedua:

Jahit seperti dgambar dibawah. Lipat dahulu hujung kain iaitu basi dan jahit, barulah anda jahit. Pastikan jahit dibahagian luar. Benang getah didalam dan benang biasa di luar kain. Jahit dalam 2, 3 atau 4 baris mengikut kehendak anda.

















Langkah ketiga:

Setelah keduanya dijahit barulah anda cantumkan bahagian bahu lengan dengan bahu baju dan jahit dari hujung lengan hingga ke hujung bawah baju anda. Pastikan dibahagian ketiak anda temukan dengan betul supaya sama.


















Dah siap.....tapi gambar tak lawa pula...sory...















Apapun..selamat mencuba.

Jika anda berminat untuk belajar asas menjahit cara mudah dan murah...hubungi saya.












Rabu, 21 Mei 2014

Yuran Kelas Menjahit

Bismillahirrohmanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kita bertemu semula. Semoga anda semua dalam keadaan sihat waalafiat dan sentiasa di bawah rahmat Allah.

Kelas menjahit secara praktikal telah pun bermula. Buat sementara ini kelas saya adakan di rumah sahaja dan hanya 2 jam bermula jam 9 am hingga 11 am mengikut kesesuaian masa pelajar dan tenaga pelajar. Mengenai yuran kelas jahit ini saya mengenakan yuran yang sangat berpatutan. Setiap jenis baju anda boleh belajar sehingga anda faham dan yakin memotong dan menjahit baju sendiri. Mengenai yuran sila lihat dibawah:

Waktu kelas boleh dirunding mengikut kesesuaian masa anda dan tenaga pengajar.
Lupa pula kelas ini hanya untuk mereka yang berada di sekitar Johor sahaja.


PAKEJ 1

Yuran Rm100

- BAJU KURUNG ASLI
- BAJU KURUNG PAHANG

Apa yang anda dapat pelajari ialah:

1. Teknik mengukur
2. Teknik memotong
3. Teknik menjahit
4. Teknik menjahit mata lalat
Percuma ( Buku nota jahitan )

PAKEJ 2

Yuran Rm250

- BAJU KURUNG ASLI
- BAJU KURUNG PAHANG
- JUBAH
- KAFF LENGAN  BIASA
- KAFF LENGAN BERGETAH
- BAJU KURUNG NURSING ( MENYUSU )

Apa yang anda pelajari ialah:

1. Teknik mengukur
2. Teknik memotong
3. Teknik menjahit
4. Teknik jahit mata lalat
5. Buku nota percuma.

Belajar sehingga anda yakin boleh menmotong dan menjahit sendiri.

Jika berminat anda boleh hubungi saya di:

Fb: abdullah_farhana@yahoo
Email: pn.nurfarhanaabdullah@gmail.com
Sms: 019-5600927





























Khamis, 15 Mei 2014

Lengan Bergetah Part 2

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Seperti tajuk yang lepas, kita akan sambung dengan lebih sedikit maklumat agar dapat memahami penerangannya.

Langkah pertama:

Benang getah diisi ke dalam skuici. Pastikan skru skuici ( besi dalam gambar di bawah ) anda longgarkan sedikit supaya benang getah boleh muat.















Langkah kedua:

Hanya benang getah di skuici yang digunakan, bagi benang di atas adalah benang biasa.
Apabila jahit pastikan anda jahit diluar kain seperti gambar di bawah ye.

















Langkah Ketiga:

Setelah siap ke dua belah tangan, barulah anda cantumkan pada badan.


















Langkah keempat:

Seterusnya cantum dari tangan hingga ke badan ( bawah ). Pastikan anda temukan bahagian ketiak dan pin supaya kain sama panjang. Teknik ini lebih mudah dan cepat.
















Langkah kelima:

Hujung kain boleh jahit tepi. ( sorylah gambar tertindih pula...dah tak lawa. )




































Dah siap....

SELAMAT MENCUBA....

Rabu, 14 Mei 2014

Lengan Bergetah Part 1

Bismillahirohmanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rindu rasanya nak buat entry. Dua minggu balik kampung merumitkan saya untuk membuat entry kerana line tak berapa ok. Lagipun masa diluangkan sepenuhnya bersama keluarga tersayang.

Apa khabar semua?... moga semuanya sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana cara untuk menjahit lengan bergetah seperti gambar di bawah.

























Pertama:

Pastikan anda mempunyai peralatan seperti gambar dibawah.
















Kedua:

Longgarkan skru kecil di skuci ( tempat benang ) untuk memudahkan benag getah dimasukan kedalam skuci tersebut.

Ketiga:

Semasa menjahit kain yang hendak dijahit mestilah  di bahagian atas atau luar. Apabila siap dijahit getah dibahagian dalam kain manakala benag biasa di luar kain. Bagi warna kain gunakan warna benang getah hitam jika kain warna gelap dan warnah putih bagi kain warna cerah. Manakala benang biasa gunakan mengikut warna kain.

Selamat mencuba...