Halaman

Ahad, 29 Disember 2013

Sentiasa Menjahit Agar Tidak Lupa Teknik Menjahit


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 Alhamdulillah saya masih lagi belum menghabiskan tempahan baju sekolah. Bila dah habis maksudnya saya dah tak ada incom masuk. Tapi apa pun setelah siap menjahit semua baju tempahan saya sentiasa mengisi masa dengan menjahit kain yang lain seperti sarung bantal bermanik, tudung berdagu dan beg. Kerana sementara ada masa terluang saya akan isi agar ilmu sentiasa segar dan tak lupa teknik menjahit.

Contohnya, dulu saya boleh jahit baju kemeja suami tapi oleh kerana dah lama tak jahit saya rasa dah tak berapa ingat tekniknya. Jadi kalau nak jahit baju kemeja ini kenalah saya buka buku untuk study balik tekniknya. Memang benar jenis baju ini bukannya selalu kita pakai. Sebab itulah tak jahit selalu.

Tapi sebenarnya kalau saya jahit baju kemeja sekolah budak lelaki kan bagus juga. Tapi inilah saya tak tahu nak fokus satu benda. Mungkin kerana minat saya banyak menyebabkan saya teringin nak buat semua benda. Memang tak rugi banyak ilmu tapi kalau nak bisnes seperti mana Jutawan Dr. Azizian kata kena fokus satu benda barulah boleh maju. Mungkin saya kena pilih apa sebenarnya kemahiran dan yang paling saya minat untuk lakukan agar saya fokus ke arah tersebut.

Tapi setakat ini saya dah lama teringin nak buat ebook untuk asas menjahit cara mudah. Insayaallah jika di murah kan rezeki dan dipermudah kan sampai lah hajat. Aamiiin...

Inilah antara kain yang saya dah siap dan kena siapkan. Bila ada yang tempa maknanya kita kenalah cepat siapkan kalau tak nanti pelanggan lari. Biasa lah ada pelanggan yang cerewet dan ada juga yang tidak. Jika nak menerima tempahan kenalah rajin, sabar dan ikhlas insyaallah adalah rezeki.


















Kata pepatah melayu *rezeki tak akan menggolek datang kalau tak di cari *. 

Apapun moga pengisian saya dalam tajuk ini dapat membuka fikiran pembaca untuk melakukan sesuatu. 
Insyaallah jika di panjang kan umur dan di murah kan idea kita bersua kembali di lain tajuk. Aamiin. 






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan