Halaman

Jumaat, 31 Januari 2014

Pola Leher


Bismillahhirrohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya akan kongsi dengan anda cara untuk membuat saiz ukuran lubang leher. Saiz ukuran leher ini adalah bentuk bulat. Selepas di tebuk lubang bulat leher barulah anda jahit leher dengan pelbagai cara.

Selalunya cara mengukur leher seseorang cuma lilit kan pada leher kita kemudian bolehlah buat saiz ukuran.
Leher pula di pelbagaikan bentuk. Ada yang setelah ditebuk lubang leher bulat barulah pasang kan dengan collar kemeja atau pun apa  collar baju melayu dan lain-lain.

Antara bentuk leher baju.

Bentuk leher bulat dipasangkan dengan bentuk leher baju melayu dan bahagian bawah dipasang dengan zip.




Bentuk leher baju melayu 


Leher baju kurung di jahit list.



Bentuk leher yang di jahit dengan tangan.


Bentuk leher yang lain sedikit, bentuk leher moden.


Bentuk leher bulat di jahit mata lalat atau karipap.


Bentuk leher bulat ditambah dengan kain leher kemeja.
Selalunya bahagian leher yang susah di jahit ialah baju kemeja dan baju melayu.


Cara untuk buat pola leher bulat


Mula-mula ukur panjang leher seperti di atas.



Tanda seperti di atas, garisan ini untuk leher bahagian belakang


Ukur lebar seperti dalam gambar kemudian tanda.


Tanda melengkung menggunakan pembaris L kemudian gunting mengikut bulatan.

Ukuran inilah yang anda tekap semasa membuat lubang leher. Lihat gambar dibawah.

Selamat mencuba.

Jika berminat untuk mendapatkan Panduan Menjahit baju kurung asli secara online sila hubungi saya.














Khamis, 30 Januari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog

Bissmillahirohmanirohim

 Assalamualaikum dan salam sejahterah

 Pertama sekali syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan segala kegembiraan yang tidak terhitung buat saya. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya masih lagi dalam proses menyiapkan entri yang entah bila akan siap ini. Jiwa sebenarnya nak sangat menyiapkan entri ini dengan cepat seperti rakan yang lain, tetapi seperti orang lain ada sahaja halangan. Namun sebenarnya jangan kita jadikan halangan itu satu alasan untuk melakukan sesuatu.

Alhamdulillah hari ini juga saya sangat-sangat gembira dan teruja untuk meneruskan usaha untuk menjadi salah seorang yang berjaya seperti mereka. Hari ini saya telah mendapat bayaran tempahan Nota Panduan Jahitan Asas saya yang pertama. Apatah lagi, saya sangat-sangat terkejut mendapat tahu yang dia bukannya di Malaysia tetapi di US.  Menurut katanya, di sana kalau hendak belajar satu jenis baju, kena bayar dalam 200 dollar bersamaan rm500. Masyallah!.. Inilah yang dikatakan kalau memang Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, sejauh langit dan bumi pasti akan tiba.

Mungkin juga kerana selama ini saya yakin dengan kita solat dhuha, insyaallah rezeki kita akan terbuka luas untuk kita. Sepertimana setiap kali kita berdoa ketika lepas melakukan solat dhuha, Ya Allah perluaskanlah rezekiku, jika reziki ku ada di langit turunkanlah untukku, jika ada di bumi keluarkanlah untukku, jika jauh dekatkanlah untukku, jika susah permudahkanlah untukku, jika sedikit perbanyakkanlah untukku dan jika haram maka halalkanlah untukku. Ya Allah, jika aku lalai peringatkanlah aku dan permudahkanlah aku membuat kebaikan dunia dan akhrat. Aamiiin..

Saya rasa ramai yang berdoa seperti itu kan. Apa pun dunia hanya persinggahan sementara. Sebagai manusia biasa kita banyak menghadapi pelbagai masalah yang berbeza. Tapi yakinlah setiap yang kita lakukan dan apa sehaja yang berlaku sama ada yang gembira atau yang tidak menggembirakan itu semuanya ujian untuk kita. Berbalik pada Ulasan ini.

Jika diungkapkan dengan kata-kata sukar untuk saya nyatakan, betapa saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjadi salah seorang rakan Akademi Berkerja Di Rumah. Syukur sangat-sangat Allah permudahkan saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru online saya Pn Normi M. yusof. Dengan kesabaran guru yang mengajar saya kerana bukan sekali dua bertanya itu ini. Guru pening anak murid pun pening. Tetapi akhirnya dapat juga diselesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran. Lagipun menuntut sesuatu ilmu mana ada yang senang kan. Kini melihat hasil dalam blog saya wow!! bestnya...cantiknya...macam-macam lagilah keluar di mulut. Suami pun kata o..gitu caranya baru tau. Apatah lagi dengan terhasilnya Panduan menjahit secara online ini, dapat pula pelanggan pertama dari US. Yang lucunya panduan belum siap sepenuhnya tetapi pelanggan dah bayar. Apa lagi bertambahlah semangat.

Sejujurnya saya sangat-sangat berterima kasih tidak terhingga kepada usaha guru online saya Normi M Yusof yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan begitu juga atas sokongan guru-guru online seperti Masayu Ahmad, Aishah Hussien dan lain-lain. Terima kasih Guru.

Jika saya yang ilmu cetek ini boleh melakukan sesuatu, saya pasti anda diluar sana yang mempunyai ilmu yang lagi hebat dari saya mesti mampu buat yang lebih baik dari saya. Apa yang anda perlukan jadilah salah seorang rakan Akademi kami. Insyaallah manalah tahu dah tertulis anda mampu merubah hidup. Malu rasanya meluahkan kata-kata seperti ini, kerana kita belum tahu kesudahan benda yang kita lakukan tetapi rezeki masing-masing kita tak tahu. Mungkin rezeki anda lagi lebih dari saya.
Aamiiin..


Sabtu, 25 Januari 2014

Pola Leher Kemeja

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalaamualaikum.

Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu dalam tajuk Pola Leher Kemeja.  Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana hendak mencantumkan kolar baju kemeja. Sebelum itu terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi laman seni jahitan ini. Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.

Lakaran pola leher baju kemeja.

Ini adalah gambaran pola leher baju kemeja. Pola ada dua iaitu bahagian Krah dan Kaki Krah. Bahagian kaki krah adalah bahagian yang hendak di cantumkan ke leher bulat baju kemeja.



Langkah pertama:

Lukis pola krah leher dan kaki krah berasingan di atas pengeras kain bergam. Maknanya, krah 1 dan kaki krah 1. Setelah itu seterika pengeras tadi di atas kain. Kain untuk krah 2 keping dan kain untuk kaki krah 2 keping. Seterika ke atas satu kain sahaja, kemudian pin bersama dengan  kain yang yang satu lagi ( pasangan kain masing-masing). Selepas pin barulah jahit menjadi seperti gambar di bawah.


Langkah kedua:

Bahagian kaki krah di pin ke leher baju. Pastikan bahu sudah di cantum baru pin dan jahit.



Langkah ketiga:

Pin dahulu di bahagian leher baru jahit



Langkah keempat:

Barulah di jahit sekeliling krah dalam 1/2 inci untuk mengemaskan jahitan.
Daa...siap....


Semoga ilmu yang sedikit ini dapat menambah lagi ilmu anda dalam kaedah menjahit.

Insyaallah jika ada masa, panjang umur dan di murah kan rezeki kita bertemu semula di lain tajuk.

Selamat mencuba....



Jumaat, 24 Januari 2014

Pola Baju Kurung Asli

Bismillahirrohmaanirohiim.

Assalaamualaikum.

Pertama: Lakaran baju kurung asli


Langkah pertama: Bahagian badan

Ukur bahu dari A ke B, ukuran ( C ke D ) sama dengan A ke B
A ke C atau B ke D ukuran sama untuk panjang baju.


Langkah kedua: Bahagian kekek, pesak dan kain untuk leher.

Ukur A ke B lebar pesak atas x 2 kain ( pesak kiri 2, dan kanan 2 )
= Panjang pesak dari B ke B untuk panjang pesak kanan ( cantum ke badan )dan A ke C untuk tepi.
= Panjang pesak A ke C untuk panjang pesak kiri ( cantum ke badan ) dan B ke D untuk tepi
= C ke D adalah lebar pesak bawah.

Bahagian kekek:
A ke B dan C ke D, sama ukuran 4 segi. Selalunya badan saiz S dan L kekek 3 1/2 inci 

Bahagian kain untuk leher:
A ke B dan C ke D sama ukuran ( sila ambil kain lebihan setelah anda potong semua bahagian kain).



Lakaran bahagian tangan:

A ke B dan C ke D ukuran sama panjang tangan.
B ke D lebar ketiak
A ke C lebar lengan


Lakaran kain untuk leher dan lubang leher:
Kain untuk leher sudah diterangkan di atas.
Lakaran lubang leher adalah saiz untuk di tekap ke atas kain agar terbentuk lubang untuk leher anda.

( Maaf lah senget pula lakaran di bawah sebab masa nak scan gambar tak betul he...)


   








Semoga pola baju kurung ini dapat memberi sedikit ilmu kepada anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku panduan kelas jahitan asas baju kurung secara online sila hubungi saya dan sila klik panduan asas jahitan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isi kandungannya.

Selamat mencuba...

Isnin, 20 Januari 2014

Panduan Asas Menjahit Untuk Dijual


Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana limpah rahmat-Nya, ilmu dan idea yang tak seberapa ini dapat juga saya menghasilkan panduan ringkas mengenai cara-cara mengukur, memotong dan mencantum baju kurung walaupun tidak setanding dengan orang lain.

Sememangnya bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu. Keinginan dan azam yang kuat demi untuk memajukan diri menjadi pendorong agar dapat menghasilkan nota panduan ini. Walaupun ilmu ini mungkin amat sedikit bagi mereka yang lebih mahir dalam jahitan, tetapi bagi saya dan mungkin anda yang tidak mempunyai asas menjahit, merasakan panduan ini sangat bermakna.

Sebelum itu tujuan utama saya menghasilkan nota ini adalah untuk membantu suri rumah atau para isteri dan juga bagi mereka yang ingin belajar menjahit. Menjahit bukan sahaja dapat mengisi masa yang terluang, malah dapat mengurangkan kos untuk menempah jahit di luar. Ramai juga di antara kita yang ingin mempelajari sesuatu namun masa yang tidak mengizinkan, malah jauh dan mahal. Begitu juga dengan mereka yang ingin belajar menjahit untuk menjadikan ilmu ini untuk menambah pendapatan. Kerana upah menjahit di luar sekarang telah pun semakin naik berikutan dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Yela kan..gaji dah naik, harga barang dah naik, tambang teksi, dan macam-macam lagi keperluan dah naik, jadi tak kan upah jahit tak naik. Kasihan pula tukang jahit.

Nota panduan ini mungkin bukanlah yang terbaik, kerana di pasaran terdapat banyak buku mengenai jahitan. Oleh kerana itu saya mencari idea bagaimana hendak menghasilkan sesuatu yang berlainan. Selain daripada anda mendapat nota ini, anda juga boleh bertanya secara online sekiranya anda mempunyai kemusykilan atau tidak memahami mana-mana bahagian dalam nota ini. Apa yang perlu anda lakukan hanya nyatakan muka surat yang anda tidak fahami dan bertanya pada saya secara online. 

Untuk pengetahuan anda belajar secara online bukanlah bermakna cikgu sentiasa mengadap laptop atau komputer menunggu anda belajar. Anda boleh nyatakan masa bila anda perlu online dan cikgu akan online pada masa yang sama untuk membincangkan kemusykilan anda.

Nota ini memuatkan gambar-gambar untuk memudahkan anda melihat cara memotong kain dan cara mencantum kain. Bonus yang di muatkan pula untuk menambah lagi ilmu jahitan anda. 

Antara isi kandungan nota panduan ini ialah:


Isi kandungan:                                                                    muka/surat


= Bicara penulis                                                                                                 1
= Peralatan asas menjahit                                                                                   2            
= Saiz baju kurung                                                                                             3
= BAB PERTAMA                                                                                 
.                baju kurung asli                                                                                               4
b              Lakaran baju kurung                                                                                       5
c              Cara mengukur badan                                                                                     6 - 7
d              Bahagian leher                                                                                                8
= BAB KEDUA                                                                                
a               Kekek dan pesak                                                                                           13 - 14
= BAB KETIGA                                                                   
a              Bahagian tangan                                                                                              15 - 16
= BAB KEEMPAT                                                                         
a               Cara memotong dan mencantum kekek dengan pesak                                     17                                       = BAB KELIMA                                                                                     
a               Cara mencantum pesak dengan tangan                                                            18
= BAB KEENAM                                                                            
a               Cara mencantum pesak dengan badan                                                            19
= BAB KETUJUH
a               Cara jahit sembat                                                                                            21
= BAB KELAPAN
a               Cara jahit mata lalat / karipap                                                                          21 – 25
= BAHAGIAN KAIN
a               Cara memotong dan menjahit                                                                          25 – 40
=BONUS
a               Baju kurung pesak gantung                                                                              40 - 
b            
       
     Nota panduan ini mengandungi 44 halaman tidak termasuk muka depan. Isi kandungan sentiasa berubah bagi memantapkan lagi pengisian.

      ( membeli dan belajar sambil menderma ) Anda boleh membeli secara PDF atau secara print.
       
 =  Harga PDF : Rm30.00  dan harga Print: Rm40.00 bagi Semenanjung 
    ( termasuk pos )
 = Harga PDF: Rm30.00 dan harga Print: Rm 50.00 bagi Sabah dan Sarawak 
    ( termasuk pos )
 =  Harga PDF: Rm100.00  dan harga Print: Rm100.00 bagi  Luar malaysia 
    (Tidak termasuk pos )

Apa yang saya harapkan, semoga nota panduan asas menjahit baju kurung ini dapat memberi manafaat kepada kita semua dan berkekalan di dunia dan menjadi bekalan ke akhirat. Kerana setiap rezeki kita ada bahagian orang lain. Mudah-mudahan kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Aamiin.

IKHLASKAN DIRI BELAJAR SESUATU ILMU YANG BERMANAFAAT KERANA DI DALAMNYA ADA KEBERKATAN DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA.

Jika anda berminat sila hubungi saya.

Selamat mencuba.






                                  

Jumaat, 17 Januari 2014

Kelas Jahitan Secara Online

Bismillahirrohmaanirrohhiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah nota kelas jahitan 85% dah siap. Hanya perlu mencari idea untuk menambah pengisian agar pelanggan merasa mudah memahami cara penyampaiannya. Insyaalah nota ini akan di pasarkan secara online tidak lama lagi. Ingin saya nyatakan di sini bahawa nota ini saya telah mengumpul dan menyusun sendiri isi kandungan agar pelanggan mudah memahami isi kandungannya. Nota kelas secara online ini adalah idea saya. Caranya adalah mudah. Anda hanya menempah nota ini untuk dijadikan rujuk kan dan jika ada isi kandungan atau cara penyampaiannya yang kurang difahami, anda boleh bertanya pada saya tentang masalah tersebut secara online dengan hanya melihat muka surat nota dan kita bincang bersama. Tujuan ini untuk memudahkan anda bertanya dan hubungan antara pelajar dengan saya sentiasa ada.

Nota kelas jahitan secara online ini memuatkan cara-cara mengukur, memotong kain dan cara mencantumkan kain. Penyampaian setiap tajuk juga di sertai dengan gambar dengan secara terperinci.

Antara isi kandungan nota ini:

Isi kandungan:                                                                    muka/surat

= Bicara penulis                                                                                                    1
= Peralatan asas menjahit                                                                                      2
= Saiz baju kurung                                                                                                3
= BAB PERTAMA                                                                                 
a         baju kurung asli                                                                                                 4
b         Lakaran baju kurung                                                                                          5
               Cara mengukur badan                                                                                        6 - 7
d          Bahagian leher                                                                                                    8
= BAB KEDUA                                                                                
a          Kekek dan pesak                                                                                               13 - 14
= BAB KETIGA                                                                   
a         Bahagian tangan                                                                                                 15 - 16
= BAB KEEMPAT                                                                         
a        Cara memotong dan mencantum kekek dengan pesak                                         17                                                      
= BAB KELIMA                                                                                     
a          Cara mencantum pesak dengan tangan                                                                18
= BAB KEENAM                                                                            
a         Cara mencantum pesak dengan badan                                                                 19
= BAB KETUJUH
a         Cara jahit sembat                                                                                                20
= BAB KELAPAN
a        Cara jahit mata lalat / karipap                                                                              21 – 22
= BAHAGIAN KAIN
a.            Cara memotong dan menjahit                                                                              23 – 32
= BONUS
a           Baju kurung pesak gantung                                                                                  33 - 36
b           Kain lipat belakang                                                                                              37

                                   


Isi kandungan nota ini masih lagi dalam proses kerana saya masih mencari idea untuk memantapkan lagi agar lebih mudah dan berkesan penyampaiannya. Diluar sana banyak buku-buku yang menerangkan cara menjahit dan sebagainya. Nota ini tidak jauh bezanya, cuma saya tambah dengan cara belajar secara online. Mungkin ia kurang berkesan jika di bandingkan dengan kelas yang diadakan secara berdepan namun, bagi mereka yang tidak mempunyai masa dan mungkin tidak mempunyai wang untuk membayar kos yang mahal, anda bolehlah cuba cara ini. Saya juga sangat mengalu-alukan jika ada pelanggan memberi komen tentang kelas ini melalui emel supaya saya dapat menambah baik lagi isi kandungannya.

Melintuk liuk pohon kelapa,
Membias taufan datang melanda,
Lebih bererti kekuatan bangsa,
Berpasak pada keanjalan jiwa.

Apabila fajar mula bernafas,
Roh tersenyum bersama diri,
Hamba memohon budi seberkas,
Tegur lah hamba dengan berseni

Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada kita. Sebagai manusia biasa kita hanya melakukan apa yang termampu dan selebihnya adalah dari pada yang ESA. Inyasallah, semoga anda juga, di permudahkan untuk menuntut ilmu yang baik. Segala apa yang kita lakukan bermula daripada niat di hati. Jika niat yang baik maka kesudahannya adalah baik. Aamiiin.

Buatlah pilihan semuanya ada di tangan anda.


Selamat maju jaya.