Bismillahirrohmaanirrohiim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana limpah
rahmat-Nya, ilmu dan idea yang tak seberapa ini dapat juga saya menghasilkan panduan ringkas mengenai
cara-cara mengukur, memotong dan mencantum baju kurung walaupun tidak setanding
dengan orang lain.
Sememangnya bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu. Keinginan dan
azam yang kuat demi untuk memajukan diri menjadi pendorong agar dapat menghasilkan nota panduan ini. Walaupun ilmu ini mungkin amat sedikit bagi mereka yang lebih mahir
dalam jahitan, tetapi bagi saya dan mungkin anda yang tidak mempunyai asas
menjahit, merasakan panduan ini sangat bermakna.
Sebelum itu tujuan utama saya menghasilkan nota ini adalah untuk
membantu suri rumah atau para isteri dan juga bagi mereka yang ingin belajar menjahit. Menjahit
bukan sahaja dapat mengisi masa yang terluang, malah dapat mengurangkan kos
untuk menempah jahit di luar. Ramai juga di antara kita yang ingin mempelajari sesuatu namun masa yang tidak mengizinkan, malah jauh dan mahal. Begitu juga dengan mereka yang ingin belajar menjahit untuk menjadikan ilmu ini untuk menambah pendapatan. Kerana upah menjahit di luar sekarang telah pun
semakin naik berikutan dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Yela kan..gaji dah naik, harga barang dah naik, tambang teksi, dan macam-macam lagi keperluan dah naik, jadi tak kan upah jahit tak naik. Kasihan pula tukang jahit.
Nota panduan ini mungkin bukanlah yang terbaik, kerana di pasaran terdapat banyak buku mengenai jahitan. Oleh kerana itu saya mencari idea bagaimana hendak menghasilkan sesuatu yang berlainan. Selain daripada anda mendapat nota ini, anda juga boleh bertanya
secara online sekiranya anda mempunyai kemusykilan atau tidak memahami
mana-mana bahagian dalam nota ini. Apa yang perlu anda lakukan hanya nyatakan muka surat yang anda tidak fahami dan bertanya pada saya secara online.
Untuk pengetahuan anda belajar secara online bukanlah bermakna cikgu sentiasa mengadap laptop atau komputer menunggu anda belajar. Anda boleh nyatakan masa bila anda perlu online dan cikgu akan online pada masa yang sama untuk membincangkan kemusykilan anda.
Nota ini memuatkan gambar-gambar untuk memudahkan anda melihat cara memotong kain dan cara mencantum kain. Bonus yang di muatkan pula untuk menambah lagi ilmu jahitan anda.
Antara isi kandungan nota panduan ini ialah:
Isi
kandungan:
muka/surat
=
Bicara penulis
1
= Peralatan asas menjahit 2
= Saiz baju
kurung
3
= BAB PERTAMA
. baju kurung asli 4
b Lakaran baju kurung 5
c Cara mengukur badan 6 - 7
d Bahagian leher 8
= BAB KEDUA
a Kekek dan pesak 13 - 14
= BAB KETIGA
a Bahagian tangan
15 - 16
= BAB KEEMPAT
a Cara memotong dan mencantum kekek dengan pesak 17 = BAB KELIMA
a Cara mencantum pesak dengan tangan 18
= BAB KEENAM
a Cara mencantum pesak dengan badan 19
= BAB KETUJUH
a Cara jahit sembat
21
= BAB KELAPAN
a Cara jahit mata lalat / karipap 21 – 25
= BAHAGIAN KAIN
a Cara memotong dan menjahit 25 – 40
=BONUS
a Baju kurung pesak gantung 40 -
b
Nota panduan ini mengandungi 44 halaman tidak termasuk muka depan. Isi kandungan sentiasa berubah bagi memantapkan lagi pengisian.
( membeli dan belajar sambil menderma ) Anda boleh membeli secara PDF atau secara print.
= Harga PDF : Rm30.00 dan harga Print: Rm40.00 bagi Semenanjung
( termasuk pos )
= Harga PDF: Rm30.00 dan harga Print: Rm 50.00 bagi Sabah dan Sarawak
( termasuk pos )
= Harga PDF: Rm100.00 dan harga Print: Rm100.00 bagi Luar malaysia
(Tidak termasuk pos )
Apa yang saya harapkan, semoga nota panduan asas menjahit baju kurung ini dapat memberi manafaat kepada kita semua dan berkekalan di dunia dan menjadi bekalan ke akhirat. Kerana setiap rezeki kita ada bahagian orang lain. Mudah-mudahan kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Aamiin.
IKHLASKAN DIRI BELAJAR SESUATU ILMU YANG BERMANAFAAT KERANA DI DALAMNYA ADA KEBERKATAN DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA.
Jika anda berminat sila hubungi saya.
Selamat mencuba.