Halaman

Khamis, 9 Januari 2014

Seronoknya Berkerja Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahhirrohmaanirrohiiim.

Syukur alhamdullilah sekali lagi saya dapat menulis entri. Alhamdulillah nampaknya dah mula di kenali laman ini. Pagi tadi seorang telah mesej dalam laman saya untuk bertanyakan tentang kelas menjahit. Saya kenalah berusaha keras untuk menyiapkan entri saya dan kena siapkan nota jahitan supaya mereka yang berminat dapat memperolehinya.

Saya masih lagi mempelajari cara memproses gambar, susunan tajuk dan macam-macam lagi agar anda tidak merasa sia-sia membeli nota ini. Maklumlah saya pun masih lagi baru dalam bidang ini. Banyak perkara yang perlu di pelajari lagi. Insyaallah. semoga segala usaha dipermudah kan oleh Allah.

Mungkin anda juga berminat melakukan bisnes seperti saya. Apa salahnya kan...ilmu yang sedikit kita boleh kongsi-kongsi bersama. Mungkin ilmu kita tak seberapa tetapi di luar sana masih lagi ramai yang belum ada ilmu tentang menjahit atau ilmu memasak dan sebagainya. Jadi sangat-sangat bermanfaat jika di kongsi bersama bagi mengisi masa lapang atau untuk menambah pendapatan.

Syukur alhamdulillah juga satu lagi beg saya terjual pada hari ini. Ah..Kalau memang dah rezeki kita insyaallah tak akan ke mana. Cuma kena usaha sahaja. * Kalau memang dah tertulis rezeki kita banyak atau sedikit orang tak akan dapat mengambilnya, begitu juga dengan rezeki orang kita pasti tidak dapat mengambilnya kerana itulah yang tertulis di sana*. Sebab itu kita kena berusaha. Rezeki tidak akan datang menggolek dengan sendiri tanpa kita usaha. Tapi kenalah beringat biarlah dengan cara yang betul, kerana apa sahaja yang kita lakukan ada manafaatnya.

Ketika mengikuti seminar usahawan dulu, satu perkara yang amat jelas dan masih kekal dalam fikiran saya ialah, * semua benda itu mendatang kan wang*. Kira seakan-akan macam itu lah bunyinya. Apa yang saya faham, sebenarnya dalam dunia ini senang nak cari duit. Kerana semua yang kita lakukan boleh mendatang kan wang. Wow!...macam mana itu?...tak percaya?...Cuba lihat di luar sana banyak perkara yang boleh kita lakukan. Cari sahaja mana satu yang menjadi  minat kita. Menjahit, memasak, menanam sayur dan macam-macam lagi. Ambil lah satu benda sebagai contoh apa yang anda minat atau mungkin anda mahir dalam bidang tersebut. Wah...masih lagi tak faham ke?...Ada orang mula bisnes kerana minat makan burger, kerana minat makan satey, kerana minat makan sayur, kerana minat nak buat rumah dan banyak lagi banyak lagi lah. Bermula di situlah mereka akan mencari idea bagaimana cara untuk mendapatkan wang melalui minat tersebut.

Sama dengan mereka yang berkerja di rumah atau berniaga di rumah. Selain dari sentiasa bersama keluarga tersayang, mereka juga mencari idea bagaimana mendapatkan wang hanya duduk di rumah. Pendek kata cari sahaja di dalam internet. Semuanya di hujung jari kita. Senang kan?..

Saya juga seperti anda yang pada mulanya ingin berniaga di rumah dan mencuba pula secara kecil-kecilan melalui internet. Kini, permulaannya sudah ada yang bertanya tentang kelas ini. Apa pun saya akan berusaha untuk menyelesaikan nota ini secepat mungkin. Nampak macam riak pula kan...nau'zubillah. Tapi di hati saya hanya mahu semua suri rumah seperti saya keluar dari dunia yang kesempitan wang, bosan, buang masa, dan macam-macam lagi lah perasaan.

Insyaallah nantikan nota kelas menjahit baju kurung cara mudah dari saya .

Untuk pengetahuan anda, nota jahitan ini mengandungi.

isi kandungan seperti berikut.

1. Cara mengukur baju kurung
2. Cara memotong kain mengikut ukuran badan
3. Cara mencantum kain
4. Pola ukuran badan
5. Bonus

Penerangan akan diberikan dengan secara teratur, jelas dan yang pastinya anda akan merasa puas hati. Insyaallah.

Selebihnya saya memohon maaf kerana tidak dapat menerangkan secara jelas isi kandungan nota di sini. Sekiranya anda berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nota kelas asas menjahit ini sila hubungi saya.




    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan