Halaman

Selasa, 4 Februari 2014

Kain Batik Licin

Bismillahirohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah sekali lagi kita masih dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki. Rezeki kesihatan, ilmu, idea dan apa sahaja yang perkara yang melancarkan kerja harian kita.

Kali ini saya ingin kongsikan pada anda mengenai Kain Licin. Kain licin lembut dan memang selesa dipakai. Apatah lagi jika kain batik bercorak memang cantik lah orang lihat. Tetapi bagi mereka yang menjahit kain licin adalah kain yang paling susah untuk di jahit. Jahit sini salah jahit sana pun salah. Jahit buka, jahit buka.














Inilah contoh kain licin. Kain ini adalah kain suami yang mahu dipakai dalam unitnya. Kain ini bahagian unit suami yang pilih. Dah lah harga sahaja rm52 dua meter setengah. Belum lagi upah jahit di kedai. Kain pula nipis dan licin. Aduhai...melihat sahaja kainnya yang licin ini memang mahu sahaja menangis nak jahit. Sampai saya sarankan suami hantar ke kedai jahit. Maklumlah saya dah lama sangat tak jahit baju kemeja. Dulu belajar pun hanya baju kemeja sekolah budak lelaki. Yang ini pula dia nak saya jahit tangan panjang. Apa lagi memerah otak lah saya mencari idea. Selama empat hari barulah siap. Paling payah di jahit ialah bahagian lengan yang dipasang seperti bahagian leher baju melayu. Ketika jahit bahagian ini sahaja satu hari saya nak siapkan. Dah lah kain licin, bila di jahit kain asyik lari sahaja. Ditambah pula kemahiran terbatas dalam bahagian ini. Tapi kerana nak juga siapkan kenalah sabar. Cara menjahit pula saya lihat saja contoh baju kemeja suami yang di beli di kedai.

Ketika menjahit baju ini saya betul-betul fokus dan tidak memikirkan kerja lain yang belum diselesaikan. Jika hati tak tenang kerja yang susah akan bertambah susah untuk di laksanakan. Jadi ketika menjahit baju ini saya kena tenang. Sekiranya anda mahu menghantar kain licin ke kedai jahit, janganlah mengeluh jika upahnya mahal. Faham-faham sajalah.


Lihat gambar di atas jahitan tak kemas. Maknanya saya pun kenalah mahir lagi jahit baju kemeja lengan panjang.

Alhamdulillah syukur akhirnya siap juga. Walaupun jahitan tak kemas yang penting siap. Lihat poket baju kemeja ini. Poket ini pun saya ikut cara jahit baju kemeja suami yang dibeli kat kedai. Sebenarnya tak adalah susah di jahit tapi kerana kain yang licin menyebabkan baju ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan sangat susah di jahit.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana segala urusan kita dipermudah kan.




2 ulasan:

  1. assalammualaikum.. saya follow log puan.. tahniah.. siap juga baju itu.. kalau saya.. dah mnyerah kalah barang kali...

    salam kenal...

    kuazue.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tQ sbb sudi follow...salam brkenalan juga....

      Padam