Ahad, 11 Mac 2018

model tudung sekolah

Alhamdulillah...segalanya milik Allah.

Berniaga ni memang banyak dugaan dan halangan. Moga sahaja di permudahkan segala urusan kita.

Hari ini usaha juga ambi gambar anak comel saya ni gayakan tudung sekolah. Lama juga memujuk, almaklum umur pun baru 1 tahun 5 bulan.













Kain lecra, awning lembut, tidak panas,.
Kami juga menerima tempahan.

Jika berminat sila wasap ke, 0137491556



Khamis, 25 Januari 2018

KELAS MENJAHIT DI MULAKAN


Alhamdulillah...

Syukur dengan nikmat Mu...insyaallah kelas asas menjahit akan saya mulakan semua atas permintaan.

Semoga ia akan berjalan dengan lancar. Aamiin.

Namun kali ini kelas telah berpindah di Teluk Intan Perak kerana saya telah pun berpindah disini.

Jika sekiranya ada yang berminat sila pm saya.

Selasa, 23 Januari 2018

TUDUNG SEKOLAH 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhmdulillah, Allah permudahkan saya menulis hari ini.

Harga promosi tudung sekolah 2018.

- Warna putih.
- Awning lembut.
- Jenis kain Lecra

1. Saiz S dan M rm5.00 bagi pembelian 50 helai ke atas kos pos di tanggung oleh pelanggan.

2. Saiz L rm 6.00 bagi pembelian 50 helai keatas dan kos pos di tanggung oleh pelanggan.

3. Saiz Xl rm 7 bagi pembelian 30 helai keatas dan kos pos di tanggung oleh pelanggan.

Harga ini akan berubah mengikut keadaan. Sila pm awal untuk tempahan.

Selagi stok masih ada. HARAP MAKLUM.











Jumaat, 19 Januari 2018

Alhamdulillah...saya sihat2 sahaja. Semoga anda semua juga sama, sentiasa sihat dan di bawah rahmat Allah. Aamiin.

Syukur, kami baru dapat pindah dari rumah mertua. Sekarang dah duduk rumah sendiri walaupun menyewa namun lega.

Terima kasih ya Allah kerana memudahkan saya menulis kembali dan semoga Engkau permudahkan urusan ku untuk menulis dan kembali aktif seperti dahulu. Aamiin.

Rabu, 15 Februari 2017

Assalamualaikum..

Tak terasa begitu lamanya tak menulis d laman. Sejak ada baby ni, hampir semuanya kerja kena buat masa dia tidur.

Bertahun tak ada anak, pelbagai dugaan yang d hadapi. Apa nak d komen semuanya takdir Allah. Apapun rezeki besar atau kecil tetap di syukuri. Alhamdulillah.

Anak yang di beri nama Nuraishah Humairah. Walaupun hanya anak angkat tapi sangat saya dan suami hargai dan cintai.

Banyak sebenarnya yang hendak di ceritakan dalam laman kali ini mengenai di comel kami, namun masa yang tidak mengizinkan kan. Insyaallah jika panjang umur dan murah rezeki akan saya ceritakan.

Mengenai tudung sekolah secara borong saya masih lagi mempromosikan nya.

Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung d laman ini.


Khamis, 17 November 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sedih rasanye sebab dah lama laman saya menyepi....apa pun terima kasih pada semua yang sudi singgah di laman ini.

Alhamdulillah... Walaupun lama menyepi, tapi buat pengetahuan semua..saya masih lagi aktif untuk menerima tempahan tudung sekolah.

Bagi mereka yang bertanyakan kelas asas jahitan, maaf sebab buat masa sekarang kelas saya stop dulu ya. Mohon maaf semua.

Bagi mereka yang ingin menempah tudung sekolah sila hubungi saya melalui whatsapp.

Rabu, 27 Julai 2016

Tempahan Tudung Sekolah 2017

Assalamualaikum

Moga kita semua di bawah lindungai kasih Allah, di mudahkan segala urusan untuk melakukan kebaikan dan di jauhkan daripada melakukan larangan Allah.

Tempahan tudung sekolah untuk tahun depan telah pun di buka. Sekiranya anda ingin menempah tudung secara borong 10 helai ke atas sila maklumkan lebih awal supaya dapat di segerakan penghantarannya.

Harga. Saiz S dan M  = Rm7.00 sehelai termasuk Pos ( minimum 10 helai ) semenanjung
                                     Rm 8.00 sehelai termasuk ps ( minimum 10 helai ) sabah dan sarawak
Warna putih
         
           Saiz L dan XL =  Rm9.00 sehelai termasuk pos ( minimum 10 helai ) Semenanjung
                                      Rm 10.00 sehelai termasuk pos ( minimum 10 helai ) sabah dan sarawak
 Warna putih















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...