Memaparkan catatan dengan label pola baju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pola baju. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Cara Mengukur Baju Kurung Asli

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..hari ini saya inging kongsikan pada anda bagaimana caranya mengukur baju kurung asli.
Sebagaimana cara mengukur baju kurung asli, begitu juga cara mengukur baju kurung pahang. Cuma anda lihat dimana sambungan setiap kain yang dipotong dan bagaimana cara untuk menyantumkannya. Jika sekiranya anda tidak faham cara yang di tunjukkan dalam gambar di bawah ini, sila-silalah rajin cari dalam pola baju kurung sebelum ini.





















Lihat gambar di atas.


1. Lebar bahu: Bagi badan saiz s ukurannya 15 inci x2
2. Labuh baju: 35 inci x 2
3. Lebar ketiak: 7 inci
4. Labuh tangan: 19 inci
5. Lengan: 6 inci
6. Lebar pesak atas: 2 1/2 inci
7. Lebar pesak bawah: 4 inci
8. Panjang belah dada: 4 1/2 inci

Oppss!!! minta maaf semua saya terlupa letak anak panah untuk kekek dan lubang untuk leher. Apa pun anda boleh juga lihat dalam bahagian pola. Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada anda.

SELAMAT MENCUBA......


Khamis, 15 Mei 2014

Lengan Bergetah Part 2

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Seperti tajuk yang lepas, kita akan sambung dengan lebih sedikit maklumat agar dapat memahami penerangannya.

Langkah pertama:

Benang getah diisi ke dalam skuici. Pastikan skru skuici ( besi dalam gambar di bawah ) anda longgarkan sedikit supaya benang getah boleh muat.















Langkah kedua:

Hanya benang getah di skuici yang digunakan, bagi benang di atas adalah benang biasa.
Apabila jahit pastikan anda jahit diluar kain seperti gambar di bawah ye.

















Langkah Ketiga:

Setelah siap ke dua belah tangan, barulah anda cantumkan pada badan.


















Langkah keempat:

Seterusnya cantum dari tangan hingga ke badan ( bawah ). Pastikan anda temukan bahagian ketiak dan pin supaya kain sama panjang. Teknik ini lebih mudah dan cepat.
















Langkah kelima:

Hujung kain boleh jahit tepi. ( sorylah gambar tertindih pula...dah tak lawa. )




































Dah siap....

SELAMAT MENCUBA....

Rabu, 14 Mei 2014

Lengan Bergetah Part 1

Bismillahirohmanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rindu rasanya nak buat entry. Dua minggu balik kampung merumitkan saya untuk membuat entry kerana line tak berapa ok. Lagipun masa diluangkan sepenuhnya bersama keluarga tersayang.

Apa khabar semua?... moga semuanya sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana cara untuk menjahit lengan bergetah seperti gambar di bawah.

























Pertama:

Pastikan anda mempunyai peralatan seperti gambar dibawah.
















Kedua:

Longgarkan skru kecil di skuci ( tempat benang ) untuk memudahkan benag getah dimasukan kedalam skuci tersebut.

Ketiga:

Semasa menjahit kain yang hendak dijahit mestilah  di bahagian atas atau luar. Apabila siap dijahit getah dibahagian dalam kain manakala benag biasa di luar kain. Bagi warna kain gunakan warna benang getah hitam jika kain warna gelap dan warnah putih bagi kain warna cerah. Manakala benang biasa gunakan mengikut warna kain.

Selamat mencuba...

Jumaat, 25 April 2014

Baju Paling Senang Dijahit

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, dapat juga saya idea untuk memiliki baju untuk di pakai bila nak balik kampung 28hb ni. Asyik baju ala-ala penjabi di padankan dengan seluar panjang kerana mahu mudah untuk melangkah. Kalau nak pakai baju kurung, jarang sekali. Baju kurung hanya dipakai ketika ada kenduri. Jika ada kelas saya suka memakai jubah. Pergi membeli belah pun asyik baju yang sama. Apalah tukang jahit.

Nak beli baju yang dah siap di kedai, kalau bukan sebab harga yang mahal, warna, corak dan bentuk dan panjang yang kurang di sukai. Almaklumlah cerewet. Jadi saya tiba-tiba terfikir untuk buat baju seperti baju tidur kelawar. Cuma saya panjangkan tangan dan pendekkan baju dan saya tambah dengan getah. Baju ini saya padankan dengan gaun panjang yang saya jahit kembang. Baju ini sangat mudah dijahit dan cepat.

Mungkin anda pernah jumpa baju seperti ini di pasaran. Saya gabungkan bentuk-bentuk baju yang saya pernah lihat sebelum ini. Jom kita tengok cara-caranya.

Gambar dibawah. Gaun panjang dan kembang sesuai bagi mereka yang tidak mahu menampakkan bentuk badan.




















Gambar rajah dibawah:
A ke B= jangan dipotong. Kain hendaklah dilipat dua barulah ukur seperti dalam gambarajah.
A ke C= lengan lebar untuk dijahit getah.
C ke D= dilengkung apabila memotong. A-D labuh baju
D ke E= lebar bawah baju
2 ke 3 lebar bahu
A ke 2 dan 3 ke B= panjang tangan ( tiada basi kerana kain terus dipotong keliling )

















Gambaran cara memotong




















Gambar:
Getah pinggang di belah dua.















Getah dijahit dibahagian lengan dan bawah baju. Jahit seperti cara jahit pinggang kain baju kurung. Getah hendaklah pendek supaya berkedut. Lebar getah, terpulag kepada anda, jika mahu sempit, pendekkan, tetapi jika tidak bolehlah panjangkan ukurannya.















Dah siap pun dua pasang baju. Memang selesa nak pakai. Pastikan labuh baju anda panjang supaya ketika anda mengangkat tangan, baju tidak tertarik dan nampak pula pinggang anda ketika mengambil barang tempat yang tinggi.



















Memang sangat mudah untuk disiapkan. Jahit bahagian tepi kiri dan kanan dan jahit getah sahaja. Bahagian leher terpulang kepada anda sendiri. Saya hanya jahit bulat agak-agak muat kepala sahaja kerana ini adalah leher paling mudah.

Maaflah sebab gambar tak cantik. Tapi saya sangat terujah untuk memakai baju ni. Memang cantik, apatak lagi jika kena dengan warna dan corak. Cubalah sendiri.

Ok semua..semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda.

SELAMAT MENCUBA.

Khamis, 6 Februari 2014

Cara Menjahit Poket

Bismillahirrohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dalam satu ilmu jahitan Asas menjahit. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi meminjamkan saya umur, rezeki dan kesihatan dan idea untuk meneruskan pengisian entri  dalam blog yang tak seberapa ini.

Kali ini saya akan kongsikan pada anda bagaimana cara untuk menjahit poket baju kurung. Selalunya poket baju kurung terpulang kepada kita nak jahit sebelah kiri atau kanan. Begitu juga jika pelanggan nak sebelah kiri maka kita jahit sebelah pesak kiri.

Langkah pertama:
Seterika bahagian tengah pesak


Langkah kedua:
Sila tanda dan buka jahitan selebar yang dikehendaki. Selalunya bagi dewasa badan saiz S, L, M..ukuran 5 1/2 inci. Lebar dari ketiak ke tempat pencentas benang dalam gambar bawah ialah 3 inci.


Langkah ketiga:
Jahit keliling bahagian lubang poket yang anda buka tadi.


Langkah keempat:
Tampal kain untuk poket seperti dalam gambar di bawah kemudian jahit keliling. 















Dah siap...barulah cantumkan pesak ke badan baju.

Selamat mencuba....

Selasa, 4 Februari 2014

Cara Jahit Lengan Kemeja

Bismillahirohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dalam ruangan cara jahit lengan kemeja.

Langkah pertama
Ukur dari tepi yang anda cantumkan tangan baru gunting seperti gambar di bawah..





















Langkah kedua. Gunting mengikut panjang yang dikehendaki seperti gambar di atas.
Langkah ketiga: Gunting kain sebesar yang dikehendaki untuk di cantum pada bahagian yang anda gunting tadi. Kemudian jahit seperti gambar di atas. Sebelum di jahit pastikan kain tersebut anda seterika dahulu untuk memudahkan anda jahit.


Langkah ketiga: Jahit pada kedua-dua bahagian yang anda gunting seperti gambar di atas. Bahagian ini di jahit seperti kita jahit bahagian leher baju melayu. Bahagian ini memang susah untuk di jahit. Jadi sabar jela....

Gambar dibawah menunjukkan lengan bagaimana cara mendapatkan kaff tangan. Bahagian ini akan saya terangkan cara-cara bagaimana menjahit dan mencantumkan ke bahagian lengan seperti gambar di atas.

Buat 2 keping kain yang di seterika kertas pengeras putih seperti gambar di atas. Kain mesti melebihi dari pengeras. Gambar di atas menunjukkan kain dilipat. Ambil kain dan lipat dua kemudian tekap pengeras dan seterika.


Dah siap....alhamdulillah. 

Insyaallah dalam ruang yang lain saya akan terangkan bagaimana cara menjahit bahagian kaff lengan seperti gambar di atas.

Selamat mencuba....



Jumaat, 31 Januari 2014

Pola Leher


Bismillahhirrohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya akan kongsi dengan anda cara untuk membuat saiz ukuran lubang leher. Saiz ukuran leher ini adalah bentuk bulat. Selepas di tebuk lubang bulat leher barulah anda jahit leher dengan pelbagai cara.

Selalunya cara mengukur leher seseorang cuma lilit kan pada leher kita kemudian bolehlah buat saiz ukuran.
Leher pula di pelbagaikan bentuk. Ada yang setelah ditebuk lubang leher bulat barulah pasang kan dengan collar kemeja atau pun apa  collar baju melayu dan lain-lain.

Antara bentuk leher baju.

Bentuk leher bulat dipasangkan dengan bentuk leher baju melayu dan bahagian bawah dipasang dengan zip.




Bentuk leher baju melayu 


Leher baju kurung di jahit list.



Bentuk leher yang di jahit dengan tangan.


Bentuk leher yang lain sedikit, bentuk leher moden.


Bentuk leher bulat di jahit mata lalat atau karipap.


Bentuk leher bulat ditambah dengan kain leher kemeja.
Selalunya bahagian leher yang susah di jahit ialah baju kemeja dan baju melayu.


Cara untuk buat pola leher bulat


Mula-mula ukur panjang leher seperti di atas.



Tanda seperti di atas, garisan ini untuk leher bahagian belakang


Ukur lebar seperti dalam gambar kemudian tanda.


Tanda melengkung menggunakan pembaris L kemudian gunting mengikut bulatan.

Ukuran inilah yang anda tekap semasa membuat lubang leher. Lihat gambar dibawah.

Selamat mencuba.

Jika berminat untuk mendapatkan Panduan Menjahit baju kurung asli secara online sila hubungi saya.














Sabtu, 25 Januari 2014

Pola Leher Kemeja

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalaamualaikum.

Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu dalam tajuk Pola Leher Kemeja.  Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana hendak mencantumkan kolar baju kemeja. Sebelum itu terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi laman seni jahitan ini. Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.

Lakaran pola leher baju kemeja.

Ini adalah gambaran pola leher baju kemeja. Pola ada dua iaitu bahagian Krah dan Kaki Krah. Bahagian kaki krah adalah bahagian yang hendak di cantumkan ke leher bulat baju kemeja.



Langkah pertama:

Lukis pola krah leher dan kaki krah berasingan di atas pengeras kain bergam. Maknanya, krah 1 dan kaki krah 1. Setelah itu seterika pengeras tadi di atas kain. Kain untuk krah 2 keping dan kain untuk kaki krah 2 keping. Seterika ke atas satu kain sahaja, kemudian pin bersama dengan  kain yang yang satu lagi ( pasangan kain masing-masing). Selepas pin barulah jahit menjadi seperti gambar di bawah.


Langkah kedua:

Bahagian kaki krah di pin ke leher baju. Pastikan bahu sudah di cantum baru pin dan jahit.



Langkah ketiga:

Pin dahulu di bahagian leher baru jahit



Langkah keempat:

Barulah di jahit sekeliling krah dalam 1/2 inci untuk mengemaskan jahitan.
Daa...siap....


Semoga ilmu yang sedikit ini dapat menambah lagi ilmu anda dalam kaedah menjahit.

Insyaallah jika ada masa, panjang umur dan di murah kan rezeki kita bertemu semula di lain tajuk.

Selamat mencuba....



Jumaat, 24 Januari 2014

Pola Baju Kurung Asli

Bismillahirrohmaanirohiim.

Assalaamualaikum.

Pertama: Lakaran baju kurung asli


Langkah pertama: Bahagian badan

Ukur bahu dari A ke B, ukuran ( C ke D ) sama dengan A ke B
A ke C atau B ke D ukuran sama untuk panjang baju.


Langkah kedua: Bahagian kekek, pesak dan kain untuk leher.

Ukur A ke B lebar pesak atas x 2 kain ( pesak kiri 2, dan kanan 2 )
= Panjang pesak dari B ke B untuk panjang pesak kanan ( cantum ke badan )dan A ke C untuk tepi.
= Panjang pesak A ke C untuk panjang pesak kiri ( cantum ke badan ) dan B ke D untuk tepi
= C ke D adalah lebar pesak bawah.

Bahagian kekek:
A ke B dan C ke D, sama ukuran 4 segi. Selalunya badan saiz S dan L kekek 3 1/2 inci 

Bahagian kain untuk leher:
A ke B dan C ke D sama ukuran ( sila ambil kain lebihan setelah anda potong semua bahagian kain).



Lakaran bahagian tangan:

A ke B dan C ke D ukuran sama panjang tangan.
B ke D lebar ketiak
A ke C lebar lengan


Lakaran kain untuk leher dan lubang leher:
Kain untuk leher sudah diterangkan di atas.
Lakaran lubang leher adalah saiz untuk di tekap ke atas kain agar terbentuk lubang untuk leher anda.

( Maaf lah senget pula lakaran di bawah sebab masa nak scan gambar tak betul he...)


   








Semoga pola baju kurung ini dapat memberi sedikit ilmu kepada anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku panduan kelas jahitan asas baju kurung secara online sila hubungi saya dan sila klik panduan asas jahitan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isi kandungannya.

Selamat mencuba...

Khamis, 16 Januari 2014

Pola Baju Kurung Pesak

Bismillahirrohmaanirrohiim

Lakaran baju kurung pesak gantung





Cara mengukur kekek kiri
A ke B = lebar kekek ke lengan
A ke C = panjang kekek bawah ketiak
C ke D =  lebar kekek ( cantum pada pesak A ke B )
B ke D =  panjang kekek bawah ketiak ( bahagian  cantum  pada badan )

Cara mengukur kekek kanan
A ke B = lebar kekek ke lengan
A ke C = panjang kekak bawah ketiak ( bahagian  cantum  pada badan )
C ke D = lebar kekek ( cantum pada pesak kanan A ke B )

Sepertimana yang diterangkan pada tajuk entri yang lepas, cara mencantum atau menjahit baju kurung pesak sama dengan baju kurung asli. Dua pesak di kiri dan dua pesak kanan. Kedua-duanya ukuran adalah sama.
Ketika mencantum lihat lakaran dan cantum seperti cara mencantum baju kurung asli sahaja.

Selamat mencuba.

Jika berminat sila hubungi saya untuk mendapatkan nota asas jahitan baju kurung kelas jahitan secara online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...