Memaparkan catatan dengan label tentang diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang diriku. Papar semua catatan

Khamis, 25 September 2014

Keluargaku Tercinta

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rindu rasanya nak balik kampung. Walaupun sering berada jauh dari mereka, namun perasaan ingin balik menjenguk mereka sentiasa terbuku di hati. Setahun dua kali balik rasanya tidak memadai. Tanggung jawab sebagai seorang isteri harus saya utamakan walaupun rindu pada mereka. Betul kata orang,bila berjauhan kita akan merasa rindu namun bila berdekatan  sentiasa bergaduh .

Teringat ketika semuanya kecil dahulu, ada sahaja perkara yang buat adik beradik bergaduh. Sering menjadi kemarahan emak tersayang. Memang lumrah adik beradik menghadapi situasi ini. Kini semuanya sudah memiliki keluarga masing-masing, hanya 3 orang yang belum berkahwin. Terasa rindu bila teringat masa kecil dahulu. Hanya cerita yang mengingatkan gelagat dan perangai masing-masing.

Keluarga yang berlainan Agama menambahkan lagi liku-liku kehidupan yang mewarnai. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit untuk di kenang. Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza. Begitu juga dengan kami adik beradik. Bermula dengan kakak sulung saya yang berstatus seperti janda. Mahu dikatakan janda tapi mempunyai suami. Ini kerana suaminya telah bertahun lama sakit dan tidak tinggal bersama mereka. Manakala yang lain mempunyai cerita perkahwinan masing-masing.

















Gambar di atas. ( Kolam Air Panas Poring ). Kira-kira 9 kilometer dari Kampung kami.

















Gambar di atas pula: Tinompok. Memang cantik pemandangan di sini. Tempatnya adalah kawasan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.


















Gambar atas: Abang bersama keluarganya.



















Gambar atas: Kakak yang sangat tabah bersama sebahagian anak-anaknya.























Gambar di atas: Adik no 6 bersama suami dan anaknya.






















Gambar di atas: Adik lelaki yang ke 7 dan perempuan adik ke 8.

















Gambar di atas: Adik bongsu ( ke 10 ) .



















Gambar di atas: Ayah bersama salah seorang cucunya. Kini ayah tak berapa sihat. Kasihan kerana kesudahan hidupnya begini. Dulu seorang yang sangat pendiam, suka membantu orang , peramah dan jarang memarahi anak-anaknya. Moga Allah sembuhkannya. Tiada mustahil bagi Allah. Aamiin.


















Adik no 5 bersama anak tunggalnya. Moga Allah berikan kami kehidupan baik di Dunia dan baik juga di Akhirat.

Aamiiin.







Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka Di Melaka

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara tempat menarik di Melaka.








































































































































Setelah dua kali pergi ke Melaka, kali ini pergi ke Melaka rasa tak seronok langsung. Apa taknya pergi pada 31hb ogos, hari kemerdekaaan. Dah sedia maklum hari cuti, mesti jem dan parking penuh. Inilah kali pertama ke suatu tempat berpusing-pusing mencari tempat parking tapi langsung tak dapat turun dari kereta untuk bersiar-siar menikmati tempat yang cantik. Kebetulannya kami pergi menghantar sepupu yang di terima bertugas di sebuah kolej di Melaka.  Memandangkan semua orang penat, terutamanya tuan pemandu yang mula keletihan, mencari alamat Kolej yang hendak dituju pada awal pagi juga telah beberapa kali sesat, tapi akhirnya selasai pencarian. Niat di hati nak bawalah mereka berjalan-jalan di bandar Melaka. Tapi sampai jam5.30pm kami masih lagi pusing-pusing mencari parking dengan jem yang sangat teruk. Setelah  kami mengambil keputusan untuk balik sahaja. Kami balik tanpa dapat membeli satu barang mahupun ole-ole.

Balik ke Johor pula, tiba di lebuhraya tiba-tiba pula jem lagi. Pelik kenapa pula jem, tadi ok je. Berlumba-lubalah kereta lain menggunakan laluan kecemasan. Rasa geram pula, yela orang lain pun nak cepat juga. Mereka ni antara orang yang pentingkan diri sendir dan menyusahkan oerang lain. Dalam hati kalaulah ada Polis kat depan tu....tiba-tiba je kerata yang guna jalan kecemasan itu mulalah menyelit nak masuk balik kejalan biasa. Patutlah..rupa-rupanya ada polis ronda kat depan dan tak semena-mena tiba-tiba bomba datang dari arah jalan kecemasan. Rupanya depan sana ada sebuah bas hangus terbakar dan bomba sedang menjalankan tugas mereka. Terdetik dalam hati, hah!..kan mereka yang menggunakan jalan kecemasan ni betul-betul menyusahkan orang. Laluan yang sepatutnya menjadi laluan yang tidak boleh digunakan tetapi mereka masih degil.

Sampai di rumah ( Kulai ), jam10.30pm. Penat tak terhingga dalam kereta, lebih-lebih lagi sang suami menjadi pemandu. Kesihan-kesihan.


Insyaallah ada rezeki boleh bawa mereka kesana lagi. Namun dalam hati tak nak dah pergi masa cuti umum.
Apa nak buat bukan rezeki.



Sabtu, 2 Ogos 2014

Selamat Hari Raya


Bismillahirohmaanirohiim

Salam sejahtera....




















Selamat Hari Raya Aidilfitri. Seminggu balik kampung tanpa entri yang baru ni membuatkan saya rindu dengan laman saya yang tak seberapa ini. Tapi apa nak buat, kat kampung brodband ni tak dapat pula di buka atau di pakai. Pelik betullah.

Bagaimana pula dengan raya anda tahun ini. Bagi saya tahun ini adalah tahun yang seronok, apatahnya inilah kali pertama dapat beraya pada hari pertama di kampung suami. Dapatlah saya merasa suasana hariraya bersama suami. Beraya dari rumah kerumah beramai-ramai. Budak-budaklah yang paling seronok, apataknya dapat duit raya. Makan itu ini, tentulah sangat mengenyangkan, sehingga perut memulas. Walaupun kita makan sedikit sahaja setiap rumah, tapi cuba kita bayangkan jika sepuluh rumah kita ziarah, sepuluh jenis juadah dan jenis air yang pelbagai. Kuih raya pula ada yang tak terjamah, tengok sahaja macam dah muak. Carilah yang lain dari yang lain. Juadah pula, mereka seakan berpakat, masing-masing dengan jenis masakan supaya tidak sama jenis masakan. Nanti tak habis pula kalau sama. Namun apa yang saya lihat, menu yang wajib ada di setiap rumah mesti ada lemang dan rendang. Rendang yang paling saya suka dan tak pernah saya rasa ialah rendang Tok. Memang sedap, rasa nak pergi balik kat rumah tu nak makan rendang Tok. Tapi dah segan pula. he he he...ni nak kena belajar masak rendang Tok ni.























































Raya kedua jam 9 am, kami dah bertolak dari Perak ke Johor. Sepanjang perjalanan, ada setengah tempat sangat sesak dengan kereta. Malah yang paling tak selesa ialah setiap hentian tandas semuanya penuh hingga orang beratur hingga ke luar bangunan tandas. Bayangkan jika kita sakit perut, menahan sangat seksa, bila sampai giliran kita, lambat sedikit dah kena ketuk. Raya punya pasal.

Melihat petugas setiap Hentian sepanjang jalan ke Johor, rasa sangat berterima kasih kepada mereka, kerana tanpa mereka kita pasti merasa tidak selesa dengan pelbagai gelagat pengguna jalan dan kemudahan awam. Mereka tentulah lagi pening dengan kerena kita yang pelik-pelik. Contohnya tandas, dah ada kemudahan tong sampah tapi tisu-tisu tandas dibuang bersepah di atas lantai tandas mahupun dalam lubang tandas. Manusia-manusia.

Sampai di Rumah sekitar jam8 pm. Penat tak terkira kesihan sang suami lagilah penat.

Apapun syukur alhamdulillah selamat tiba. Moga anda juga telah selamat tiba di destinasi anda.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.




Jumaat, 18 Julai 2014

Jangan Buruk Sangka

Bismillahirohmanirohiim

Assalamialaaikum semua...

Saya ni nak bercakap tak adalah pandai sangat apatah lagi untuk berbahas tentang tajuk di atas. Apa pun hanya sekadar untuk meluah rasa di hati. Siapa yang mahu membaca dan mendengar, dengarlah tak ada paksaan untuk semua.

Bagi kami peniaga ini hanya mempromatkan barang jualan kami untuk mencari rezeki. Bukan niat untuk mengganggu para pembaca mahupun sesiapa. Yang penting ialah jika anda ingin membaca baca, jika anda ingin berkawan dengan kami kawanlah. Tak payah rasa nak meluat dengan iklan-iklan promosi kami dengan sebab keadaan di GAZA, kerana kami sibok mempromosikan jualan kami. Hanya sekadar ingin bertanya. Salahkah kami mencari rezeki dengan cara seperti ini. Adakah anda tahu bahawa dengan rezeki yang kami dapat ini mungkin sedikit sebanyak kami dapat membantu mereka yang kesusahan. Malah mungkin dengan rezeki ini ada di antara kami yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai seorang yang beriman, tak baik berburuk sangka. Adakah anda rasa diri anda seorang yang merasa balas kasihan, merasa sedih dengan keadaan saudara seislam kita?....Apapun sebagai islam mungkin anda merasa tekilan dan merasa etrtekan mungkin sebab kami sibok mempromosi iklan kami.

Jadi kepada mereka yang rasa tidak berminat dengan bisnes kami malah rasa meluat, kami juga tak memaksa anda. Jika anda mahu anda jangan baca dan keluar saja dari menjadi rakan fb dan apa-apalah.
Nada macam marah pula kan. Kalau anda rasa meluat dengan kami, kami jua ada perasaan kecil hati. Tapi takpelah sekarang kan bulan mulia. Moga segala amal ibadat kita diterima oleh yanga Maha Esa.

Maaf zahir dan batin

Ahad, 15 Jun 2014

Cuma Niat Di Hati

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam mendapat pos laju dari Bahagian Penerbitan sebuah Majalah. Alhamdulillah, siap dapat dua buah majalah lagi mereka beri. Cantik ruangannya. Saya sangat bangga kerana menjadi salah seorang ahli ABDR, yang mana memberi ruang pada saya mengenali ramai wanita yang sangat bisa! Maksud saya mereka berjaya mengharungi pelbagai hidup untuk meneruskan hidup sebagai hamba Allah. Mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Mereka berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan duri. Mereka seperti inilah yang sepatutnya menjadi inpirasi bagi seorang wanita seperti saya.

Niat dihati tidaklah sebanyak mana rezeki namun mendapat keberkatan dan menjadikan rezeki itu sebagai perkongsian bersama keluarga dan saudara seislam. Bukanlah menjadi kebanggaan untuk keluar cerita mengenai kehidupan saya dalam majalah. Tetapi semoga perkongsian cerita itu menjadi pendorong dan mungkin menjadikan para pembaca bertambah faham erti kehidupan yang berbeza. Mungkin juga kisah hidup seseorang itu menambah semangat pada kita.

Perkongsian yang banyak memberi seribu manafaat bagi mereka yang mengerti dan meghargai hidup yang sementara ini. Kita dapat menghargai bertapa beruntungnya kita yang diberi Hidayah. Betapa beruntungnya kita yang dipilih Allah menjadi salah seorang yang bergelar Islam. Menghargai kehidupan memiliki keluarga yang Islam semuanya. Walau terputusnya hubungan didunia, tetapi masih lagi dapat memberi pertolongan dengan bersedekah dalam bentuk apa pun bagi keluarga yang telah tiada.

Berkongsi cerita tambahan. Saya sememangnya sangat-sangat mahukan seluruh keluarga saya memeluk agama Islam. Malah jika mahu di tukar dengan nyawa saya sanggup asalkan mereka memeluk islam dengan ikhlas kerana Allah. Namun siapalah saya untuk meminta seperti itu. Sedangkan saya yakin hidayah itu milih Allah.

Hanya pada-Mu ku sandarkan niat ini, kerana Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang, lagi maha Pengampun.










Jumaat, 6 Jun 2014

Jom Memasak Pula

Bismillahirohmaanirohiim

Alhamdulillah ilmu dari Allah.

Pasti ramai yang minat memakan coklat kan?..Begitu juga dengan saya. Tapi tidaklah sampai sama seperti suami saya yang memang sangat suka dengan coklat. Minum susu coklat, kek coklat, jem coklat. Aduhai...saya pula hanya sekadar suka merasa. Takpelah...janji bahagia.

Mesti anda pelik tiba-tiba pula kali ini entri saya mengenai coklat. Saya sangat minat menimba ilmu, tentang jahitan dan masak-memasak. Lihat je coklat dalam gambar dibawah ni. Cara memasaknya juga sangat mudah. Kerana suka makan coklat saya membeli CD cara memasak coklat dan inilah hasilnya. Nak buat macam-macam jenis kenalah banyak modal dan kena mengambil masa memasak pada masa yang saya tak sibok. Apapun alhamdulillah dah dapat asasnya pun memadai. Lihatlah hasilnya. Rasanya pula sedap macam kat Kedai...he he he. Bentuk ni budak-budak suka lah dalam bentuk loli pop. Yang ini saya buat masa nak balik kampung. Ha..berebut-rebut bukan je budak-budak, yang dah beranak pinak pun berebut. Sampai tak cukup...biasalah. Maklumlah ramai adik beradik. Perkara yang sangat menyeronokkan ialah apabila kita dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Semoga ilmu bertambah.


















































































Selasa, 25 Mac 2014

Semuanya Dari Allah

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada kelalaian. Mendapat pelbagai kemudahan, kegembiraan , pendek kata segalanya rezeki. Kita terlalu ta'sub dengan dunia. Betapa kita tak sedar, sejak kecil kita telah ta'sub dengan kemewahan dunia. Berbanding dengan mereka yang kurang berkemampuan, jauh sekali bagi mereka yang langsung tidak mampu.

Membaca ruangan " Majalah Era Muslimah " Bil 22, saya tertarik hati untuk menulis entri ini setelah membaca ruangan, " Life begins at 40, sempatkah?..". Memikirkan usia sebegini, saya antara mereka yang mungkin banyak mengalami pelbagai warna kehidupan. Saya akui, diri sendiri sejak berusia ini seringkali mengingatkan sang suami agar beringat-ingat tentang keta'suban dunia. Jangan di dunia senang, di akhirat pula papa. Malah sering juga suami seperti dah bosan saya ingatkan. Tetapi saya terus ingatkan suami juga...apa tak suka ke dapat bini yang sentiasa ingatkan tentang akhirat?..Nak ke dapat bini yang, bila time suami dapat sahaja gaji..Bang!!! mana gaji abang bulan ini??..mai bagi kat saya...Itulah antara ayat yang saya guna untuk hiburkan dia. Namun diri ini masih lagi sangat kurang mendekatkan diri pada Allah SWT. Walaupun di usia ini sering terpanggil untuk melakukan kebaikan tapi tidak kesampaian. Saya rasa ramai di luar sana seperti saya. Astagfirullah. Semoga kita dipermudahkan melakukan kebaikan.

Di usia 40 keatas banyak terdorong melakukan kebaikan. Namun tak semua yang kita ingin lakukan dapat kita tunaikan. Saya sangat kagum dengan mereka yang sangat konsesten untuk melakukan kebaikan. Namun jangan terkejut jika ada di antara mereka yang seusia ini, makin menjadi. Nauzubillah. Mereka menganggap, tua-tua keladi, makin tua makin menjadi! Katanya..dulu masa muda penat mencari rezeki, masa Inilah nak enjoy! Masyaallah. Semoga kita di Jauhkan.

Segala apa yang Allah berikan pada kita semuanya ada hisab, tanggung jawab yang di pikul malah segalanya akan di tanya di akhirat. Jika kita di beri anak, pasti bukan mudah kita mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Jika tidak dididik dengan cara yang betul jawab lah di akhirat. Jika ada rumah yang mewah pula, pasti di akhirat akan ditanya, kenapa rumah mewah?, barang mewah didalam rumah, jika dijual dan di sedekahkan, berbulan-bulan makan minum anak yatim terjaga. Jika ada kereta mewah, kenapa mesti kereta mewah? Untuk apa?..Begitu juga waktu sihat dan masa yang ada. Masa sihat awak buat apa?..masa ada masa awak buat apa pula?..dan banyak lagi persoalan yang sememangnya  mungkin setiap kita ada jawapan tersendiri untuk mengelak daripada azab akhirat. Hanya sama ada jawapan itu dapat atau tidak kita melepaskan diri dari azab. Tidak  mustahil juga ramai di luar sana memiliki segala kesenangan didunia, seperti memiliki rumah yang sangat mewah dengan perabut yang  satu barang ribuan ringgit, kereta ratusan ringgit bersusun di luar rumah tetapi mereka ini juga tidak lupa dengan tanggungjawab pada Allah dan sesama manusia. Alangkah hebatnya mereka ini.

Pernah tak kita terfikir bahawa, mampukah kita menjawab setiap pertanyaan Malaikat yang tak termampu untuk di bayangkan kebengisannya agar terlepas dari hisab. Jawapan tersebut bukan lagi mulut kita yang menjawab namun hanya amal ibadat ketika di dunia dan anggota tubuh badan kita.

Betapa sedihnya kita apabila masih ramai yang tidak mengambil peduli akan perkara ini. Kadang-kadang bila kita mengingatkan seseorang, ada yang menjawab..ala..hidup di dalam kubur masing-masing. Alangkah pendeknya pemikiran. Sering di ingatkan namun masih lagi terus terusan melakukan maksiat. Subhanallah. Kalau dah kata begitu apa lagi kita nak kata. Paling pun kita jaga diri sendiri, ahli keluarga dari azab kubur dan api neraka. Kita hanya berusaha selebihnya ketentuan Allah. Doa kan sahajalah yang terbaik buat kita dan mereka. Semoga kita dan mereka ini diberi hidayah.

Semoga apa pun yang kita perolehi, walau harta, masa, kesihatan, dan sebagainya terlepas dari hisab Allah.
Aamiin..

Sabtu, 1 Mac 2014

Wanita Oh Wanita

Bismillahirohmaanirrohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi meminjamkan saya usia untuk menjalani kehidupan harian.

Seminggu tak menulis entri, saya rasa rindu untuk menulis. Menunggu masa untuk sedikit sihat dan berfikir apa entri yang saya hendak kongsikan bersama anda. Mungkin kali ini saya tidak akan kongsi cara menjahit tetapi mengenai saat-saat menghadapi bagaimana rasanya bila kita bangun sahaja perut kita telah pun di jahit.

Hari Rabu 19hb feb lepas saya telah di masukkan dalam wad pakar sebuah hospital kerajaan. Jam7 malam saya di beri minum sejenis ubat untuk membersihkan usus. Sepanjang malam saya ulang alik pergi ke tandas. Pada jam12 tengah malam saya dah di arahkan untuk berpuasa. Awal pagi saya dikejutkan untuk mandi dan menukar baju bedah. Pada jam 8 pagi saya di bawa ke wad bedah. Sepanjang masa yang ada sebelum proses di bedah saya tak henti-henti berzikir, istigfar kerana tiada mustahil bagi Allah jika perkara yang kecil pun boleh di jadikan sebab musebab bagi kematian seseorang. Sampai di bilik bedah saya di kerumuni oleh beberapa doktor dan pembantu pakar bedah. Seorang doktor memperkenal kan diri sebagai doktor bius, sementara seseorang sedang menyuntik sesuatu ke dalam jarum yang sedia mereka tinggalkan di tangan saya. Manakala yang lain meletakkan beberapa wayar di dada dan meletakkan alat pernafasan ke mulut saya dan mengarahkan saya menarik nafas. Dalam hati saya Subhanallah, Allahuakbar. Selepas itu saya tak sedar.

Saya terjaga setelah seseorang menepuk-nepuk bahu saya. Puan, bangun puan..dah selesai. Perut saya terasa pedih sedikit. Tetapi tiba-tiba saya merasa kesejukan dan merasa sukar untuk bernafas. Saya mengerang kesejukan dan doktor bertanya kenapa, dan mereka menyelimuti saya. Saya di bawa ke wad semula. Kali ini saya di pindah kan ke wad . Saya tertidur keletihan dan mungkin kerana ubat bius yang masih ada. Saya terjaga, dan melihat suami duduk menanti saya sedar. Suami tanya ok ke?..Saya angguk perlahan. beberapa jam kemudian saya merasa tiba-tiba sejuk dan sangat sukar bernafas. Bila bernafas dada saya sangat sakit lebih daripada sakit di tempat yang di bedah. Saya memegang kuat leher suami dan memberitahu susah bernafas. Dua orang jururawat dan seorang doktor muda lelaki berbangsa cina datang. Doktor lelaki bertanya , kenapa puan?.. dengan nada yang kuat. Saya menjawab dengan perlahan. Manalah dia dengar, saya nak bernafas pun dada sakit apa lagi nak bercakap kuat. Doktor tersebut tanya lagi, saya menjawab dengan kuat. Terus dia diam. Kalau lah doktor tu faham bagaimana sakitnya kita, apalah salahnya kalau tak dengar letak lah telinga tu dekat dengan mulut pesakit baru dengar. Kan dah kena jerit dengan pesakit. Tak taulah kalau ada pesakit yang pura-pura sakit. Selepas seorang jururawat menghampiri saya dan meminta saya bernafas cara menarik perlahan-lahan barulah saya rasa sedikit selesa walaupun dada masih lagi sakit bila bernafas.

Saya masih lagi tidak di beri makan apa-apa. Saya hanya boleh minum air sedikit. Setelah suami balik barulah doktor memberitahu bahawa saya hanya boleh minum air Milo dan susu soya tetapi minum secara sedikit. Saya hanya meminum air kosong kerana Milo dan susu soya tidak ada. Suami tidak beli kan kerana masa itu belum diberitahu oleh doktor. Saya bertanya pada seorang jururawat, tak ada ke yang boleh tolong beli kan. Jururawat meminta maaf kerana tidak dapat membantu. Maknanya saya kenalah menahan lapar. Malamnya doktor datang bertanya khabar dan bertanya dah makan ke?...saya kata belum, tak ada apa nak minum hanya minum air kosong. Kena tunggu suami datang jam4 petang untuk hantar kerana bertugas pagi dan malam hari tersebut. Doktor terkejut, kenapa tak ada, kan hospital ada. Tetapi saya tidak diberi apa-apa. Hinggalah pada makan tengahari saya diberi makan bubur. Barulah saya rasa bertenaga. Maknanya saya berpuasa dari jm12 malam Rabu hinggalah jm11  am Jumaat. Hanya minum air kosong.

Beginilah rasanya keadaan di hospital. Nak kata mereka terlupa..entah lah. Mungkin mereka sibuk dengan kerja sehingga lupa pada keperluan yang sepatutnya pesakit kena perolehi. Bukan itu sahaja setelah bertukar shiff, seorang jururawat bertanya khabar, saya kata alhamdulillah ok sedikit. Di bandingkan semalam susah bernafas. Apa yang mengejutkan dia bertanya, puan dapat tak alat bernafas seperti pesakit depan tu. Saya kata tidak. Dia lantas memberi dan mengajar cara menggunakan supaya bila terbiasa bernafas dada tak sakit. Cara ini adalah supaya paru-paru akan kembang.

Jadi kenapa semua itu berlaku. Adakah kerana???...tapi saya tidak mahu berburuk sangka kepada mereka kerana hanya beberapa sahaja perkara yang tidak memuaskan hati. Mereka juga manusia biasa. Mungkin Allah hendak menduga saja. Alhamdulillah dipanjangkan usia ini pun sangat-sangat bersyukur. Malah ramai di antara petugas yang sangat-sangat memberi kerjasama dan sangat-sangat best  layanan.

Hari ketiga pagi ,tiub kencing dibuka, tinggal lagi jarum yang bertampal di dada untuk ubat bius, dan di tangan untuk air, tiub getah darah yang bercantum di perut. Cuma boleh sedikit berjalan sendiri ke tandas. Bila saya memberanikan diri melihat perut, masyaallah. Ada tiga lubang yang ditebuk untuk memasukkan teropong untuk melihat cyst sebesar sabun. Oleh kerana tidak kelihatan cyst tersebut, mereka membedah perut untuk mengeluarkan cyst tersebut tetapi malangnya pecah dan mereka kenalah mencucinya. Apa yang saya di beritahu, cyst tersebut di buang dengan cara mengikis kantung tersebut dari melekat dinding kulit.
Dan apa yang saya lihat luka-luka tersebut di jahit menggunakan tangsi putih yang mudah reput yang akan menjadi daging kita.

Hari keempat barulah satu persatu yang bercantum dibuka dan saya di benarkan untuk balik. Walaupun berjalan seperti orang baru bersalin. Alhamdulillah syukur sangat-sangat semuanya dipermudah kan.

Oooo begitu rupanya...selama ini bila sakit saya hanya tahan walaupun seringkali pengsan bila sakit. Tapi kehendak Allah bila jodoh dengan pekerja hospital kenalah pergi. Di bandingkan dengan pesakit yang lain, saya rasa sakit saya tidaklah seberapa dengan mereka. Ramai wanita yang mempunyai penyakit yang lagi besar dari saya. Kerana itu saya sangat bersyukur kerana pengalaman ini sangat memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Ya Allah permudahkanlah wanita-wanita yang engkau berikan nikmat kesakitan dengan pahala yang hanya Engkau yang mengetahui, untuk mereka menghadapinya. Aamiin.

Terima kasih pada suami yang susah senang bersama saya, terima kasih kepada semua petugas hospital yang melayan, membantu, menghiburkan dan sebagainya. Terima kasih Ya Allah.


Selasa, 14 Januari 2014

Masalah Kita

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang masalah-masalah yang kita hadapi ketika berkerja di luar ataupun berkerja dengan majikan.

Sepanjang apa yang saya perhati ketika berkerja dahulu dengan perbezaan kerja sebagai suri rumah. Sekarang saya merasa aman dan seronok melakukan kerja dengan selesa dan  tenang. Saya hanya mengikut jadual yang saya sediakan. Jika ada ruang yang kosong saya akan mengisi jadual dengan perkara-perkara berfaedah. Tidak ada perasaan seperti terburu-buru dan perasaan takut jika kerja tidak selesai dan sebagainya. Sekiranya ada kerja yang perlu di percepatkan saya hanya menumpukan kerja tersebut hingga selesai barulah kerja-kerja yang tidak perlu di percepatkan. Jika letih saya akan berehat sebentar barulah meneruskan kerja yang lain kerana tidak ada sesiapa yang nak marah kerana kita lah pekerja dan kita lah majikan. Mahu dapat untung lebih, kerja lah dengan lebih.

Ada pun jika di bandingkan ketika saya berkerja dengan majikan dahulu banyak perbezaannya. Apa yang jelasnya bekerja di luar macam-macam masalah yang kita hadapi. Selain dari letih yang sememangnya semua orang tau kerja apa yang tak penat dan tak mempunyai masalah. Masalah dengan majikan, masalah dengan rakan sekerja, masalah dengan pelanggan, balik rumah berdepan pula dengan anak-anak dan suami. Jika di bandingkan dengan sebanyak-banyak masalah, masalah yang manakah yang sangat-sangat kita geruni?...Masalah dengan majikan?..dengan rakan sekerja?..masalah dengan pelanggan atau masalah dengan anak-anak dan suami?...

Setiap masalah sememangnya memberi kesan pada kita. Samada terhadap kerja kita, emosi,dan sebagainya. Masalah inilah yang membuatkan kita berkerja tak seronok, tak aman dan sebagainya. Sebagai contoh jika bermasalah dengan rakan sekerja. Ada rakan yang mengumpat kita, memfitnah dan memulaukan kita. Ada pula rakan yang mementing kan diri sendiri, rakan yang membuli dan sebagainya. Masalah yang berlanjutan seperti mengata dan memulaukan kita adalah perkara yang sangat-sangat memberi kesan pada kita. Sehingga balik ke rumah masalah tersebut masih kita terbawa-bawa hingga anak-anak dan suami menjadi sasaran kemarahan atau tempat kita melepaskan marah.

Keesokan harinya berdepan dengan rakan sekerja lagi. Apatah lagi jika hanya bertugas berdua sahaja. Bagaikan kata orang *ada malaikat lalu*. Sepanjang waktu berkerja hanya membisu kerana masing-masing ego. Masalah seperti ini sangat memberi kesan hingga ada yang sanggup berhenti kerja atau memohon pertukaran tempat kerja kerana sudah tidak sanggup berdepan dengan situasi sedemikian. Sewaktu majlis perpisahan pula tidak ada salam maaf atau sebagainya, kerana masing-masing mengaku dialah yang betul.

Adakalanya menunggu bulan puasa, hari raya Aidilfitri baru memohon kemaafan tapi hanya pada mulut. Selepas hari raya mulakan aktiviti lama, dengan membuka nota baru mengumpat dan sebagainya. Sangat mengerunkan. Ada sahaja kesalahan orang lain yang kita nampak tetapi kesalahan sendiri tidak di sedari. Adakalanya hari ini kita umpat rakan kita, esok hari rakan kita pula yang mengumpat kita. Pusing-pusing itu sahaja kerja harian. Saling mengumpat hingga lupa pada kerja yang sepatutnya tugas dia tetapi orang lain yang kena buat, dah asyik mengumpat kerja pun tak buat. Orang seperti inilah yang pembawa perkara nagetif. Kita pula kerana takut hilang rakan dengar jela. Siapa yang rugi dan seksa kita juga. Bila nak sedar akan kesilapan dan bila nak berubah tunggu jela. Itulah kata-kata yang sering kita dengar. Demikianlah sifat-sifat mereka yang berkerja dengan rasa ego jauh dari sifat sederhana, sifat pemaaf, dan sifat-sifat yang baik. Nau'zubillah.

Begitu juga  dengan sifat suka menunjuk-nunjuk. Mereka hanya mahu dia sahaja yang lebih hebat dari orang lain. Berebut-rebut membeli benda yang sia-sia. Setiap bulan ada sahaja barang order yang menjadi rutin bulanan.Selepas membeli barulah meluahkan kata-kata, duit dah habis dan sebagainya menjadi bahan bicara. Hingga tidak ada masa untuk muhasabah diri dan melihat orang sekelilingnya yang bermacam-macam situasi kehidupan kerana masalah. Mereka lupa bahawa setiap rezeki yang mereka dapat ada bahagian orang lain. Maka hidup kaya bertambah kaya kerana lalai dengan dunia. Inilah yang dikatakan jika kejar dunia maka hanya dunia sahajalah yang mereka dapat. Kelak bila menghadapi kesusahan barulah tersedar sebentar dan ingat pada yang Khaliq.

Tetapi bila kita berkerja di rumah jika ada yang tak puas hati, sekurang-kurangnya kita tak berdepan dengan mereka-mereka yang mempunyai sifat-sifat seperti ini. Jauh daripada mendengar dan melihat perkara yang nagetif. Apatah lagi terikut-ikut dengan sifat seperti ini. Alhamdulillah.

Pendek kata hidup hanya singkat. Ajal  maut, rezeki, jodoh semuanya ketentuan Allah yang patut disyukuri. Hidup bermasyarakat, saling tolong menolong , saling bermaafan, saling tegur menegur demi kehidupan yang harmoni. Jauhkan diri dari perkara yang tidak berfaedah. Sentiasa melihat pada mereka yang kurang dari kita, mengambil masa untuk menilai baik buruk diri.

Kita bergaduh, bertengkar, berkelahi, bertengkar dan bercerai-berai kerana dunia. Kita hanya beriya-iya dengan dunia, kita banyak berfikir pada dunia tetapi kita jarang mahupun kurang beriya-iya pada akhirat.

Orang berilmu dapat mulia,
di kurnia Allah yang Esa,
hidup mulia didalam dunia
mendapat taufik serta hidayah-Nya

Ilmu dituntut hendaklah mahir
biarpun anak menteri dan wazir
hati yang gelap dapat berfikir
orang yang jahil menjadi fakir

( Nasyid melayu )

Yang baik segalanya dari Yang Maha Esa, yang kurang dan silap itu  adalah kerana saya sebagai hamba-Nya.

Wallahua'lam.



Buat Jadual Harian

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalaamualikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita masih lagi di panjang kan usia, di beri kesihatan dan kenikmatan hidup di  dunia sementara ini.

Allamdulillah, walaupun kehidupan rutin  harian  saya sama, tetapi saya merasa seronok dengan kerja saya sebagai suri rumah. Mungkin ada yang menganggap suri rumah hanya melakukan kerja sebagai suri rumah sahaja, kerana hanya menjaga anak, menyediakan makan minum, keperluan anak-anak, suami dan kerja-kerja rumah semata-mata. Itu bagi mereka yang mempunyai anak, tetapi bagi mereka yang belum mempunyai anak ia memberi banyak pandangan serong daripada jiran-jiran dan masyarakat sekeliling. Berkemungkinan juga ada yang merasa pelik, apalah yang dilakukan di dalam rumah. Namun bagi mereka yang memahami dan sentiasa bersangka baik pasti mereka menganggap bahawa surirumah ini lagi banyak kerja dari mereka yang pergi kerja dan buat kerja yang sama tiap hari di pejabat, malah juga antara sesuatu pekerjaan yang sangat mulia.

Adapun saya sendiri seperti mereka yang hanya melakukan kerja rumah dan melakukan kerja sampingan melalui online untuk mengisi masa lapang. Saya juga mempunyai jadual harian. Suami kata sekarang saya dah kena tukar jadual harian sebab dah bertambah kerja dan kena juga ada masa untuk berehat sebab kalau dah sakit siapa yang nak buat kerja-kerja di rumah. Jadi saya pun ubah. Banyak kebaikan mempunyai jadual, antaranya kita dapat menafaatkan waktu-waktu terluang supaya kita menghargai masa. Kita juga merasa bertanggung jawab dengan kerja harian kita supaya kerja tidak tertangguh dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, adakalanya kita tidak dapat mengikut jadual tersebut seratus peratus, kerana masalah kecemasan dan sebagainya. Tapi sebaliknya kerja harian kita sama mengikut jadual yang ada.

Walaupun kita mempunyai jadual kita sendiri, kita boleh batalkan atau pun menunda jika ada keperluan yang lain. Kerana berkerja sendiri di rumah dan  boleh menambah atau mengurangkan jadual kita mengikut kemampuan diri. Biarlah jadual itu kita seimbangkan antara dunia dan akhirat. Mereka yang melebihkan dunia dari akhirat hanya dapat dunia semata-mata, tetapi bagi mereka yang melebihkan akhirat pasti dunia pun dia dapat.

Sebagai wanita yang mempunyai nafsu 9, sememangnya tak lari daripada keinginan yang bermacam-macam. Namun biarlah keinginan kita itu ada hadnya. Begitu juga dengan mereka yang langsung tak minat berbelanja, keluar untuk melancong keluar negeri, mahupun melawat tempat menarik sekitar negeri. Sekiranya kita mempunyai kemampuan dari segi masa, kesihatan dan wang ringgit yang melebihi dari perbelajaan bulanan apa salahnya kan. Hidup nak kena ada perancangan kewangan dan sebagainya. Kerana hidup walau sesibuk manapun kita, kenalah luangkan masa untuk keluarga, rehatkan minda dan badan yang penat berkerja. Barulah bahagia kerana kebahagian itu tidak dapat dibeli dengan harta. Sedangkan nafsu itu akan sentiasa terus menuntut mengapa ia kita manja kan, sedangkan jika kita mahu, nafsu menerima apa sahaja ia pasti menurutnya.

 * Jika kita kejar akhirat, dunia pasti akan tunggu kita * kata-kata daripada buku OKB.
 ( Orang kaya bertaqwa ) Chef Li.

Semoga kita sentiasa sama-sama beringat.





Sabtu, 4 Januari 2014

Kita Hanya Berusaha

Assalammualikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah sekali lagi saya dapat idea untuk menulis satu entri. Setiap kali menulis entri saya akan teragak-agak memberi apa tajuk yang lebih sesuai.

Hari ini saya menerima lagi satu tempahan Tudung Berdagu. Mudah-mudahan ini satu permulaan untuk ke maju depan. Tudung ini juga saya sangat berharap semua pelanggan akan berpuas hati dan menjadi pelanggan tetap. Bukan semua apa yang kita lakukan itu terus menjadi satu tarikan kepada semua orang. Dalam perniagaan sememangnya satu adat, yang maju akan jatuh dan yang belum maju akan maju.

Sebagai seorang yang masih baru bertapak, banyak dugaan dan pengalaman yang akan dihadapi. Namun saya tetap ingin mencuba melakukan yang terbaik. Jika jatuh tetap akan bangun dan jika maju tetap menjaga agar tetap maju ke depan.

Banyak perkara yang di angan-angan kan namun hanya mampu berusaha dan yang menentukan hanya Yang Khaliq. Mungkin tak salah jika kita mencuba apa yang ada di depan mata selagi tidak menyalahi syariat Islam. Seandainya sudah tertulis bagi kita, kehidupan yang baik kesudahannya, maka baiklah. Apa yang pasti kita tetap mengharap kan kesudahan yang baik. Jika sebaliknya, maka redha lah jawapannya sebagai hamba Allah, kerana siapalah kita untuk melawan takdir.

Seperti kata Dr.Azizan Osman dalam bukunya yang berjudul Rahsia Menjadi Kaya Dan Berjaya * sesiapa pun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya. '" Diam, dengar dan ikut"
Orang yang mencapai kejayaan yang 'luar biasa' asalnya adalah orang 'biasa-biasa'. Begitulah kata-kata hikmah Dr. Azizan Osman, 35, seorang pakar perunding motivasi dan potensi diri yang tidak asing lagi di negara ini.

Alangkah hebatnya para usahawan sama ada wanita mahupun lelaki. Mereka mampu bertahan untuk memerjuangkan keinginan untuk berjaya. Walaupun bermacam dugaan dan rintangan, mereka tetap berusaha. Tapi sememangnya dalam hati sangat bangga pada mereka yang berpendirian teguh dan tidak gentar pada halangan.

Sekali lagi hati ini sangat berharap dan berdoa agar kita semua  memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Selamat maju jaya.











Jumaat, 3 Januari 2014

Masih Berjuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kita masih lagi di beri keizinan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah. Perjuangan yang hanya Allah lebih mengetahui bilakah penghujungnya.

Semalam dapat panggilan telipon dari seorang ibu kepada anak didik mengaji saya di rumah. Dia sangat bersyukur dan berterima kasih kerana anak dia yang baru 4 bulan mengaji dengan saya telah pun boleh membaca Al-Quran. Yang bangganya anak dia baru je mula daftar pra sekolah Jan tahun ini. Tapi seramai-ramai anak didik saya anak ini sangat pintar. Saya mengambil masa mengajar selama 1 jam. Fokus pada dia seorang dan sepuluh minit saya ajar pula membaca rumi.

Sememangnya dia bagi saya cepat memahami apa yang kita ajar, kerana dia minat dan fukos semasa belajar.
Tapi yang saya kagum dengan ibubapa anak ini kerana mereka mengamalkan prinsip yang cukup berkesan bagi saya. Setiap bulan mereka membayar yuran di awal bulan. Kerana ayah anak ini beranggapan biar ilmu yang dituntut anaknya berkat. Subahanalllah. kalaulah semua ibubapa berfikiran seperti ini memang bestlah guru-guru yang mengajar mengaji.

Apa yang mengejutkan saya dan mengembirakan ketika dia bertanya *boleh ke anak buah dia ikut mengaji sama*?. Syukur pada-Mu ya Robbi. Alhamdulillah . Walaupun hanya sedikit tapi cukup besar maknanya bagi saya kerana sekurang-kurangnya dapat juga mennyampaikan ilmu yang sedikit ini. Semoga apaa yang kami lakukan ini akan berkekalan dan berterusan hingga ke akhrat. Aamiin.

Awal pagi seperti biasa saya akan melihat-lihat blog saya dan jika ada idea saya akan menambah entri yang baru. Sentiasa mencari idea agar dapat mencapai apa yang di inginkan. Alhamdulillah melalui tunjuk ajar sufu saya Pn Normie, insyaallah saya akan sentiasa berusaha memperbaiki dan buat yang terbaik setakat yang termampu. Sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan tetapi masa yang cukup singkat kerana kerja yang pelbagai. Kesibokan ini sekurang-kurangnya membuatkan saya lebih menghargai masa dan tida ada masa melakukan perkara yang sia-sia. Cuma kadang-kadang bila terasa penat saya akan mengambil masa sedikit untuk merehatkan minda dan jasmani.

Tapi walaupun penat yang penting hati gembira dan ceria kerana tidak terikat pada mana-mana pihak. Pagi ini saya telah pun memuatkan lagi gambar untuk promosi barang dalam fanpage saya. Apa yang inginkan untung tidak banyak tapi berterusan dan yang penting semua orang gembira serta puas hati.







Semoga kita sentiasa berjuang untuk mencapai apa yang kita inginkan. Seperti sebuah buku yang bertajuk, Aku Tak Nak Miskin dan satu lagi yang bertajuk Orang Kaya Bertakwa. Wallahua'lam.

Jika berminat kain ela seperti di atas jemput lah ke laman fanpage saya (seni jahitanku angiefarhana ) ada banyak pilihan untuk anda di sana.

Selamat maju jaya.





Khamis, 2 Januari 2014

Rutin Kehidupan


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan saya kesihatan hingga dapat meneruskan usaha untuk melakukan tanggung jawab sebagai hamba-Nya disamping kerja harian yang seperti biasa dan dapat meneruskan lagi usaha untuk menyiapkan entri ini.

Seperti biasa rutin harian saya, memasak, mengemas rumah, mengajar mengaji dan menjahit sambil menunggu suami balik dari kerja. Melakukan kerja harian sambil mendengar Radio pilihan hati saya iaitu Radio IKIM adalah pengisian harian saya. Sebagai seorang suri rumah inilah cara saya mengisi masa lapang dengan berbagai ilmu.

Alhamdulillah saya mempunyai sifat yang ingin mencuba. Bila melihat sahaja satu benda yang menarik minat, saya akan mencuba untuk melakukannya. Tujuan saya hanya mahu semua benda jika boleh, saya buat dengan sendiri tanpa membeli diluar.  Walaupun tidak secantik dengan barang yang kita beli di luar tetapi rasa seronok kerana hasil sendiri dan dapat berjimat. Saya yakin ramai wanita seperti saya di luar sana yang mempunyai minat yang sama. Malah mereka juga lebih mahir dan bijak dari saya. Alhamdulillah saya sangat gembira jika kita sama-sama dapat membantu keluarga dengan cara yang berbeza tapi matlamat yang sama.
Namun berapa ramai wanita yang sedar dan dapat membuat keputusan yang bijak untuk mengubah masa depan. Kadang-kadang bila saya menghadapi dengan wanita yang mempunyai pendapat yang kekal sama tiada perubahan dalam mengubah cara pemikiran, saya akan merasa kasihan dalam geram. Bukan apa bila kita memberi nasihat atau idea dia menjawab seperti menyerah pada takdir.

Tidak ada siapa yang hidup tidak mempunyai masalah. Semuanya mempunyai masalah namun masalah yang tidak sama. Tapi apa yang pasti dan kita yakin bahawa Allah tidak akan memberi dugaan yang di luar kemampuan kita. Cuma apa yang di galakkan ialah kita mesti mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Masalah itu mematangkan kita dan memberikan kita pengajaran bagaimana cara kita dapat mencari idea agar masalah tersebut tidak timbul dengan rupa yang sama. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah memandang ke masa depan agar hidup susah kita ubah menjadi lebih baik dari sebelum.

Mungkin kemudahan seseorang itu tidak sama. Bagi mereka yang banyak kemudahan seperti mempunyai internet, ia sangat memudahkan untuk mencari ilmu. Bagi mereka yang hanya menjual sayur memang jarang lah buka internet. Ramai yang langsung tidak tahu membuka internet dan nama internet itu sendiri tidak di ketahuinya. Jangan jadikan alasan ini, kerana ilmu itu tidak terbatas. Bak kata pepatah melayu * nak seribu daya tak nak seribu dalih*.

Selagi nyawa di kandung badan kita masih banyak peluang untuk berubah dari yang tidak baik ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan taraf kehidupan, jika mahu terus dibelenggu kemiskinan teruskan hidup yang menyerah pada takdir tanpa mahu usaha. Tetapi jika mahu hidup berubah, ubahlah cara pemikiran dan sikap yang seperti lepas. Bukan seorang dua atau berpuluh orang, namun saya yakin ribuan orang yang bersikap acuh tak acuh dengan gaya hidup yang menyerah pada takdir. Mereka ini menyerah kebanyakannya mempunyai sikap yang negatif seperti, malas, suka bertangguh, asyik buat benda yang sama, mengharap bantuan orang lain, pentingkan diri sendiri, membazir, membuang masa, dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, jika kita mahu hidup susah berubah jadi senang, berubah lah jadi seorang yang bijak menggunakan akal dan terus mencari ilmu yang menafaat. Insyaallah walaupun tak seratus peratus apa yang kita inginkan itu berjaya tapi bersyukur lah walaupun sedikit yang kita dapat. Mudah-mudahan ia menjadi permulaan untuk mencapai perubahan. Yakin lah Allah sentiasa bersama kita. Aamiin.


AZAM, USAHA, ISTIQAMAH, SABAR DAN TAWAKKAL.






































Cara membuat penyepit atau pengikat langsir ini adalah mudah.

Teruskan bersama saya dalam tajuk yang seterusnya.


Sabtu, 23 November 2013

HANYA ALLAH YANG TAHU

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Alangkah beruntungnya mereka yang sememangnya beragama islam kerana jika mati pun dapat juga sedekah kan al-fatihah buat mereka yang di sayang. Tetapi saya?....saya tak dapat pun sedekah kan apa-apa buat mereka yang saya sayangi. Siapa yang mahu berpisah dengan orang tersayang di dunia. Memang tidak dapat di nafikan yang hidup pasti akan mati. Tapi yang lebih menyiksa hati dan perasaan apabila berpisah  di dunia apa lagi di akhirat. Hanya di dunia sahaja saya akan bertungkus lumus untuk membantu mereka. Selain dari mahu berbakti kepada keluarga sebelum mati.

Ketika mendapat berita pemergian ibu saya rasa seakan-akan di alam lain. Semua yang saya lakukan tak tentu arah, malah hingga sekarang masih lagi kehilangan yang teramat-amat. Alangkah hati saya tenang seandainya dia seagama dengan saya.  Mungkin ada yang melihat saya menangis sedih  ketika itu tetapi mungkin mereka tak tahu kesedihan saya bukan kerana kematian tapi kerana berlainan agama. Maha suci Allah.Takdir Allah siapa yang tahu, bila? di mana? siapa? kenapa? dan bagaimana?..Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. ( Bagiku agama aku bagimu agama mu ).

Kadangkala saya akan berfikiran seperti mementing kan diri sendiri. Buat apa mahu membantu mereka sampai diri sendiri sakit  sedangkan mereka sendiri tidak mahu menolong diri mereka sendiri. Tetapi akhirnya saya akan memujuk diri. Takpelah biarlah saya dapat bantu mereka di dunia kerana di akhirat belum pasti saya dapat memberi pertolongan kerana seperti mana yang kita tahu apabila matinya anak Adam maka terputus lah amalan.

Mungkin di sebab kan sifat yang sensitif, bila nampak sesiapa yang melayan orang tua dengan buruk saya akan melenting marah. Kerana bagi saya tanpa ibu bapa siapakah kita. Tiada mereka maka tiada lah kita. Baik buruk mereka, mereka tetap ibubapa kita. Berapa banyak pun kebaikan yang kita lakukan pada ibubapa belum tentu kita dapat membalas budi terutama ibu yang melahirkan kita.  Saya juga  bukanlah anak yang sempurna. Ada kalanya terkasar bahasa tanpa disedari.

Ketika balik kampung suami baru-baru ini saya telah melihat seorang Pakcik yang sedang menjual buah durian di tepi jalan raya. Tidak semena-mena saya sedih dan menangis sambil bercerita pada suami. Macam itulah  emak dan ayah dulu. Mereka bertungkus lumus membesarkan kami. Dari membuka tanah yang berekar, menanam, mengutip buah,  mengangkat dan menjual demi sesuap nasi membesar kan anak-anak dan  membeli keperluan anak-anak ke sekolah. Mengangkat buah dari kebun yang jauh dari jalan raya. Mereka tak kenal panas, hujan dan penat demi anak-anak.

Kini setelah ketiadaan emak, ayah pula menunjukkan sifat seperti nyanyuk. Dia sering bercakap sendirian. Sering merenung jauh dan menunjukkan sifat yang pelik. Kami adik beradik sangat bimbang. Yang paling terseksa adalah kakak yang tinggal sekali dengan ayah. Kira kakak lah yang jaga ayah. Adik beradik yang lain sering keluar berkerja dan ada yang jauh di perantauan. Saya hanya berfikir macamana cara untuk dapat meringankan beban kakak. Walaupun sejak dulu saya memang sering membantu kakak untuk membesarkan anak-anaknya. Tetapi kini saya kena tolong lebih kerana bebanan kakak telah bertambah sejak ketiadaan emak. Nak urus anak-anak dan ayah adalah perkara yang bukan mudah kerana berstatus ibu tunggal.  Saya hanya berdoa untuk kesihatan ayah. Ikut kan hati mahu sahaja balik menjaga dia. Tapi saya ada suami yang lebih utama. Pernah juga saya bercadang untuk membawa ayah bersama tapi dia enggan. Saya sangat-sangat terhutang budi pada kakak kerana bukan sahaja penat lelah malah tekanan yang hebat menghadapi masyarakat kerana keadaan ayah yang sukar di kawal.  Moga bantuan yang saya berikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya.

Bagi saya ketika kita menghadapi masalah kita kena lihat masalah yang di tanggung oleh orang lain barulah hati kita akan rasa tenang. Kerana di luar sana ramai lagi yang menanggung masalah yang lagi hebat masalah daripada kita. Jadi sabar jelah....Redha dengan ketentuan Ilahi, usaha dan tawakkal.

Tanggal 12-12-2013 tanggal yang penuh dengan rasa sedih dan macam-macam lagi  yang kami sekeluarga alami berkaitan dengan ayah.

Moga Allah murah kan rezeki saya dan dengan rezeki yang saya salur kan pada keluarga.

Aamiiin Ya Rahiim Ya Rahmaan.

.

Jumaat, 15 November 2013

TENTANG DIRIKU..

                                 
Teks: angiefarhana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirahmanirahim.

Nama asal Angieline Samudin, Nurfarhana Abdullah (cahaya kegembiraan kami)  maksud  nama islamku yang diberi oleh abang kandungku yang sememangnya telah pun awal memeluk islam.  Memeluk islam di Negeri Selangor pada tahun 1991. Isteri kepada  seorang hamba Allah  yang bernama Mohd Azrul Mazlan. Nama panggilan banyak. Keluarga Kristian memanggil saya Angie, ada yang memanggil Farha, Farah, farhana, dan kak long. Berumur 40 tahun.

Anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik. Ayah seorang petani manakala ibu hanya suri rumah sambil membantu ayah di sawah. Inilah faktor utama saya hanya belajar setakat tingkatan satu sahaja dan berkerja untuk membantu keluarga. Tapi kerana keinginan untuk belajar masih ada saya mengikuti kelas malam untuk mengambil SRP. Setelah mendapat keputusan SRP tidak berapa memuaskan, saya mengambil keputusan untuk ke Semenanjung untuk berkerja sambil belajar.

Bukanlah mudah bagi saya merantau di rantau orang pada usia 16 tahun. Macam-macam yang hadapi. Hinggalah abang kandung datang menjenguk  di tempat kerja dan mendengar masalah yang saya hadapi. Dia menyarankan agar saya membuat pilihan samada mahu memeluk agama Islam. Jika mahu dia akan tolong daftarkan di PERKIM Kelantan. Tapi dia tak memaksa.

Malam itu saya berdoa dengan cara Kristian. Keesokan hari, bangun sahaja dari tidur saya tak sabar nak memeluk agama Islam. Saya tertanya-tanya dalam hati kenapa Tuhan buka kan hati saya memeluk agama Islam jika Islam itu tidak benar dan kenapa Tuhan buka kan pintu hati saya sedangkan saya sangat membenci agama Islam selama ini. Pernah sekali saya bertekad kalau abang nak jadi Ustaz saya nak jadi Sister. Ketika abang mendapat tahu saya ingin memeluk agama Islam, abang terkejut dan abang kata tak payah. Mungkin sebab takut saya terdesak dan takut selepas memeluk agama Islam pasti akan di buang keluarga. Tapi saya bertekad tetap dengan keputusan, kerana saya yakin Tuhan tidak akan sia-siakan doa hamba-Nya. 

Ketika belajar di PERKIM saya mengambil SPM secara persendirian. Memang betul seseorang yang memeluk agama Islam seperti bayi yang baru lahir. Ini kerana saya mudah memahami dan mempelajari Al-Quran. Hinggalah mendapat Sijil 4 Thanawi.

Ketika mendapat tawaran Diploma pada usia 35 tahun ( masih bujang ) maknanya lambat jumpa jodoh.. Sekali lagi Allah duga. Ketika sesi pendaftaran, pinjaman PTPTN pula tidak diluluskan.  Tetapi alhmdulillah, melalui seorang rakan saya mendapat bantuan Zakat dari Pusat Zakat Selangor malah pinjaman PTPTN pun lulus. Saya mengamalkan Solat Dhuha. Sebelum Kuliah bermula saya akan singgah di Surau. Mengaji, Solat Dhuha kerana amalan ini meyakinkan saya. Sebab itulah saya sering membantu rakan-rakan yang menghadapi kesusahan kerana saya pernah mengalaminya.

Maha suci Allah. Seorang yang hanya setakat Tingkatan Satu..boleh sampai ke peringkat Diploma dengan mendapat Cgpa 3.65. Syukur alhamdulillah inilah takdir yang telah Allah tentukan pada saya.  Mencapainya bukan mudah tapi tiada yang mustahil bagi Allah asalkan niat kita betul, semangat yang tinggi, usaha dan tawakkal. Tapi Cgpa itu bukanlah ukurannya. Kerana itu semua hanya keduniaan. Yang penting kita selaraskan dunia dengan akhirat. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki dan jika di panjang kan usia ingin lagi menambah ilmu. Setiap masalah dan dugaan selama ini amat berharga bagi saya. Pengalaman membuatkan saya tersenyum bila terkenangkannya.

 Jika saya boleh anda juga boleh. Jika mereka berjaya saya juga ingin berjaya. Saya tetap akan cuba dan mencuba. Kerana saya yakin selagi hidup, setiap manusia tetap akan menghadapi pelbagai dugaan kehidupan. Cuma jalan hidup masing-masing sahaja yang tidak sama.

Saya juga amat yakin anda juga mempunyai cerita hidup yang telah ditentukan oleh Allah. Walaupun cerita kita berbeza, tujuan kita adalah sama. Ingin menjadi hamba yang beriman dan mendapat tempat di sana (syurga ). Mungkin saya tidak layak untuk memberi nasihat, tetapi jika apa yang saya kongsikan dan nyatakan ini dapat menambah keyakinan dan meningkat kan keimanan para pembaca alhamdulillah. Ambil lah dan sebarkan perkara yang baik pada orang lain. Sebagai manusia biasa saya jua tidak dapat lari dari melakukan kesalahan, samada di sedari atau tidak. Namun bila kita sedar moga tak lupa untuk bertaubat kepada Allah dan meminta maaf jika bersalah pada sesama manusia.

Syukur alhamdulillah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ustaz dan ustazah di Perkim kerana atas sebab musebab didikan mereka berpandukan Al-Quran dan As-sunnah hingga menjadikan saya seorang yang tabah. Memiliki ilmu walau sedikit tapi insyallah akan mengamalkan dan menyampaikannya. Moga mereka yang masih hidup di berkati Allah dan yang telah pergi di tempatkan dalam golongan orang beriman. Aamiiin. Terima kasih segalanya.

Mungkin saya tidaklah pandai berdebat tentang Iman atau Agama tapi saya yakin pada Allah dan moga hati dan iman yang sedikit ini Allah sentiasa pelihara dan menjadikan saya seorang isteri, anak, kakak, adik dan saudara anda yang solehah. Aamiiin.

Penting.

Jika mereka yang beragama selain Islam membaca Blog ini, saya memohon maaf. Bukan bermaksud menyentuh soal Agama cuma ingin berkongsi. Setiap manusia memiliki keyakinan yang berlainan. Tiada paksaan dalam Agama. Setiap Agama mengajak melakukan kebaikan di Bumi Tuhan. Jadi bagi saya jika kita ada keyakinan pada Agama yang kita anuti jangan tergugat dengan apa sahaja yang bisa menggugat iman kita. Tapi percayalah pada diri sendiri dan buatlah pilihan supaya apa sahaja pilihan yang kita lakukan tidak tergugat dengan persekitaran. Dunia pun hanya persinggahan sementara banyak lagi persinggahan selepas ini. Apalah salahnya kita berbuat kebaikan. Kita pasti tak mahu  rugi di dunia apa lagi rugi di akhirat. Nau'zubillah.


Berbalik pada tajuk Laman saya.

Saya tidak menyedari masa bila saya minat Menjahit. Tapi ketika saya berkerja di sebuah Taska, saya mengisi masa hujung minggu mengikuti Kelas Asas Menjahit di sebuah kedai. Memang mahal jugalah tapi takpe yang penting dapat ilmu untuk sendiri dan keluarga. Tak adalah buang duit upah orang. Dapat jahit baju kurung sendiri pun jadilah. Pernah juga mengikuti Kelas Menjahit di sebuah tempat, tapi hanya mendapat satu ilmu sahaja dalam tempoh dua bulan, kerana banyak masa bersembang daripada belajar malah yang paling tidak menyelesakan saya kelas ini bercampur dengan lelaki dewasa yang sama-sama belajar menjahit. 

Maknanya saya  bukanlah pakar dalam jahitan tetapi kalau sekadar asas Insyaalhah saya akan kongsikan pada anda yang berminat. Saya seorang yang suka menambah Ilmu. Tak kiralah memasak atau menjahit. Jadi jika anda ingin belajar saya wajibkan anda supaya ikhlas kan hati. Moga apa pun yang kita perolehi mendapat keberkatan dan dapat membantu mereka yang memerlukan terutama keluarga dan mereka yang seagama dengan kita. Bagi saya berkongsi ilmu walaupun sedikit tapi mungkin dapat meringankan beban hidup orang lain sangat menyeronokkan.

BEST SANGAT-SANGAT JIKA DAPAT BANTU ORANG



ANTARA KOLEKSI JAHITANKU




    Langsir dan sarung kusyen coklat adalah hasil jahitanku



    Masa hari raya


            Inilah mesin jahit kesayanganku


        Pengikat Langsir


  Kelip langsir


Jubah


          Seluar pinggang bergetah



Blouse

                           
   Tudung dua layer


                                                                       Beg serbaguna







 



 Beg serbaguna





     Baju kurung asli


               Telekung dua lapis Tudung sekolah


Sarung bantal


 Sarung bantal







Sarung bantal siap



tudung berlapik dagu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...