Isnin, 16 Mei 2016

Kelas Sabtu Dan Ahad

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar semua...semoga saya dan anda semua sentiasa sihat dan di bawah lindungan kasih Allah. Aamiin.

Berbicara tentang tajuk hari ini. Kelas Sabtu dan Ahad hanya bila saya dapat luangkan masa untuk mengadakan kelas. Al-maklum kita ini ada suami jadi bergantung pada keadaan. Jika hujung minggu kami balik kampung, kelas pun di tangguh ke minggu hadapan.

Walau apa pun untuk bulan Mei ini, saya memujuk suami supaya tidak balik kampung kerana mahu adakan kelas bagi mereka yang berkerja ini dapat belajar. Syukur suami memberi izin. Kebetulannya kelas pun hanya 3 jam sahaja, bermula jam9 am hingga jam12 tengahari. Jika ingin keluar ke mana-mana pun lepas zohor. Senang cerita.

Syukur alhamdulillah bila di bahagi orang 4 orang yang dapat hadir pada hari Sabtu, mereka yang telah datang kelas saya sebelum ini. Manakala 5 orang lagi untuk kelas hari Ahad. Mesti ada yang bertanya kenapa tak ramai. Saya hanya had kan sehingga 5 orang dalam satu kelas dan hari-hari biasa Isnin hingga Jumaat hanya 3 orang sahaja. Manakala bayaran adalah sama iaitu rm10 sejam.

Kelas di Bandar Seri Botani Ipoh.
















Semoga ilmu mudah di fahami, mudah di ingati dan dapat di manafaatkan. Aamiin

Khamis, 12 Mei 2016

Mereka Seronok Belajar Jahit

Alhaamdulillah..sekali lagi dapat meluangkan masa untuk menulis.

Mengenai kelas Asas Jahitan, syukur alhamdulillah. Isnin hingga khamis sentiasa ada yang datang untuk belajar jahit. Manakala hari sabtu dan ahad saya kena kumpul dan asingkan siapa yang telah datang kelas dan yang belum lagi.

InsyaAllah sabtu dan ahad ini bagi mereka yang bekerja pula.

Bagi mereka yang datang, merasa seronok kerana dapat siapkan beberapa pasang baju dan drees untuk si anak.











Si ibu datang belajar jahit baju kurung asli, popet-popet bagi tau cara jahit drees dan blous secara tekap kain contoh saja, balik rumah si ibu try jahit drees untuk si anak. Terkejut juga tegok, apataknya..memang si ibu  tak ada asas langsung.

Dan inilah hasilnya.











Alhamdulillah, rasa seronok hati kerana ilmu yang kita beri dapat juga di manafaatkan.

InsyaAllah, moga kelas-kelas akan datang, mudah di fahami oleh kalian semua. Aamiin.

Selasa, 3 Mei 2016

Kelas Sementara Di Botani

Alhamdulillah syukur dapat lagi menulis entri hari ini.

Terima kasih Ya Allah, kerana saya masih sihat menjalani rutin harian untuk melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan sebagai hamba Mu.

Al hamdulillah juga telah berbulan-bulan kelas Asas menjahit tertangguh, akhirnya kelas saya adakan berikutan ramai yang bertanya. Walaupun bulan ini bulan untuk menanti keputusan untuk pindah ke Teluk Intan pula. Inilah nasib perantau dan bekerja di bawah orang. Jika pindah maka pindahlah, jika tidak maka tidaklah.

Bebalik pada Kelas Asas menjahit di Botani, oleh kerana ramai yang ertanya dan hanya dapat datang pada sabtu dan ahad sahaja kerana bekerja. Saya meluangkan masa untuk merka dengan memberi jadua dan yuran seperti berikut.

Kelas: Isnin hingga Jumaat : Bermula jam 9 am hingga jam12 tengahari

Kelas : Sabtu dan Ahad : Bermula jam9 am hingga jam 12 tengahari

Yuran rm10 sejam.

Buat masa ini, hanya 14 orang yang memberi respon, dan 6 orang yang baru dapat luangkan masa untuk datang belajar. Kelas ini sentiasa terbuka untuk memberi ilmu pada surirumah yang sentiasa sibok dengan urusan kerja dan keluarga. 

Semoga urusan kita semua di permudahkan. Aamiin.












InsyaAllah kelas ini akan berpindah di Teluk Intan berikutan dengan perpindahan tempat kerja suami. Apa pun terima kasih kerana  menyertai kelas ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...