Ahad, 10 Ogos 2014

QASEH GOLD

Bismillahirohmaanirohiim





































Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Inilah produk baru yang saya guna untuk diri sendiri dan ingin mengajak sahabat-sahabat untuk mencuba. Pada mulanya produk ini saya mula kenal melalui seorang rakan Fb. Terasa teringin pula untuk mencuba produk ini. Suami juga yang lebih memberi cadangan untuk mencuba. Bukan niat untuk bisnes tapi untuk kegunaan sendiri dan berkongsi dengan sahabat yang lain. Apa yang menarik mengenai produk ini, pengagihan bonus yang sangat baik. Saya tak reti sangat untuk memberi komen mengenai produk ini, cuma apa yang saya ingin kongsikan ialah produk ini sememangnya baik dan mempunyai potensi perniagaan yang baik jika anda berminat untuk mencari income yang lebih.

Produk yang mendapat piawaian IMP ( Halalan Toyyiban ) sejak 2005.



QASEH KEKANDA.

Qaseh Adinda dirumus dengan madu, kurma,habbatus sauda, buah tin, minyak zaitun, za'faran
dan air zam-zam.

Khasiatnya ialah:

= Membekalkan tenaga yang berpanjangan
= melancarkan sistem penghadaman
= melancarkan peredaran darah
= merawat sakit kepala dan migrane
= mengurangkan strees dan keletihan

Harga Rm 70 tidak termasuk pos






















QASEH ADINDA

Qaseh Adinda dirumus dengan madu, kurma,habbatus sauda, buah tin, minyak zaitun, za'faran, air
zam-zam, manjakani, pegaga, buah markisa dan herbe terpilih.

KHASIAT

= menstabilkan hormon
= awet muda
= mengatasi masalah keputihan dan haid tidak teratur
= membekalkan nutrisi serta menguatkan rahim
= meningkatkan tahap kesuburan
= melancarkan sistem penghadaman
= mengurangkan strees dan migrane


Harga Rm 70 tidak termasuk pos





QASEH JUNIOR 

Gabungan UNIK 15 Ramuan hebat.

Kurma, madu, delima, minyak zaitun, gingko, tiin, garam bukit, habbatus sauda, air zam-zam, za'faran, gam arab, pegaga, bayam, badam dan kismis.

KHASIAT

= merangsang daya tumpu
= mencerdaskan minda
= membekalkan tenaga dengan glukusa dan fruktosa semulajadi
=  membekalkan serat yang menyehatkan usus dan melegakan masalah sembelit
= menyokong tumbesaran lebih sihat
= meningkatkan sistem imun untuk perlindungan jangkitan penyakit
= menambahkan selera makan
= melegakan demam, batuk, selesema dan asma.

Harga Rm 60 tidak termasuk pos



Selamat mencuba....sila pm jika berminat. TQ.........






Jumaat, 8 Ogos 2014

Telekung Lycra

Bismillahirohmanirrohiim

Salam jumaat buat semua.

Masa solat Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni ramai pula yang pakai telekung Lycra berwarna. Jauh di sudut hati, balik nanti saya nak juga cuba jahit telekung Lycra. Tengok macam-macam warna, pink, pupule, biru.

Alhamdulillah, inilah telekung yang saya jahit. Kain ni lebihan kain tudung budak sekolah yang tak habis dijual. Daripada duk dalam plastik baik saya cuba jahit untuk telekung. Dah siap, saya cuba pula pakai, wah rasa sejuk je. Lihat jelah gambar kat bawah ini.

Cara jahit sama dengan cara jahit tudung yang saya beri dulu. Cuma bolehlah kita lapis sekeping kain kat leher supaya tidak jarang. Bolehlah pakai untuk balik kampung mahupun bila telekung yang sepasang tu tak kering bila dibasuh.


Langkah pertama:

Potong kain dan pinkan baru jahit biasa.















Langkah kedua:

Pinkan kain untuk dagu dan bolehlah jahit getah di dahi.


















Gambar setelah siap.





























Selamat mencuba.





Sabtu, 2 Ogos 2014

Selamat Hari Raya


Bismillahirohmaanirohiim

Salam sejahtera....




















Selamat Hari Raya Aidilfitri. Seminggu balik kampung tanpa entri yang baru ni membuatkan saya rindu dengan laman saya yang tak seberapa ini. Tapi apa nak buat, kat kampung brodband ni tak dapat pula di buka atau di pakai. Pelik betullah.

Bagaimana pula dengan raya anda tahun ini. Bagi saya tahun ini adalah tahun yang seronok, apatahnya inilah kali pertama dapat beraya pada hari pertama di kampung suami. Dapatlah saya merasa suasana hariraya bersama suami. Beraya dari rumah kerumah beramai-ramai. Budak-budaklah yang paling seronok, apataknya dapat duit raya. Makan itu ini, tentulah sangat mengenyangkan, sehingga perut memulas. Walaupun kita makan sedikit sahaja setiap rumah, tapi cuba kita bayangkan jika sepuluh rumah kita ziarah, sepuluh jenis juadah dan jenis air yang pelbagai. Kuih raya pula ada yang tak terjamah, tengok sahaja macam dah muak. Carilah yang lain dari yang lain. Juadah pula, mereka seakan berpakat, masing-masing dengan jenis masakan supaya tidak sama jenis masakan. Nanti tak habis pula kalau sama. Namun apa yang saya lihat, menu yang wajib ada di setiap rumah mesti ada lemang dan rendang. Rendang yang paling saya suka dan tak pernah saya rasa ialah rendang Tok. Memang sedap, rasa nak pergi balik kat rumah tu nak makan rendang Tok. Tapi dah segan pula. he he he...ni nak kena belajar masak rendang Tok ni.























































Raya kedua jam 9 am, kami dah bertolak dari Perak ke Johor. Sepanjang perjalanan, ada setengah tempat sangat sesak dengan kereta. Malah yang paling tak selesa ialah setiap hentian tandas semuanya penuh hingga orang beratur hingga ke luar bangunan tandas. Bayangkan jika kita sakit perut, menahan sangat seksa, bila sampai giliran kita, lambat sedikit dah kena ketuk. Raya punya pasal.

Melihat petugas setiap Hentian sepanjang jalan ke Johor, rasa sangat berterima kasih kepada mereka, kerana tanpa mereka kita pasti merasa tidak selesa dengan pelbagai gelagat pengguna jalan dan kemudahan awam. Mereka tentulah lagi pening dengan kerena kita yang pelik-pelik. Contohnya tandas, dah ada kemudahan tong sampah tapi tisu-tisu tandas dibuang bersepah di atas lantai tandas mahupun dalam lubang tandas. Manusia-manusia.

Sampai di Rumah sekitar jam8 pm. Penat tak terkira kesihan sang suami lagilah penat.

Apapun syukur alhamdulillah selamat tiba. Moga anda juga telah selamat tiba di destinasi anda.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.




Jumaat, 18 Julai 2014

Jangan Buruk Sangka

Bismillahirohmanirohiim

Assalamialaaikum semua...

Saya ni nak bercakap tak adalah pandai sangat apatah lagi untuk berbahas tentang tajuk di atas. Apa pun hanya sekadar untuk meluah rasa di hati. Siapa yang mahu membaca dan mendengar, dengarlah tak ada paksaan untuk semua.

Bagi kami peniaga ini hanya mempromatkan barang jualan kami untuk mencari rezeki. Bukan niat untuk mengganggu para pembaca mahupun sesiapa. Yang penting ialah jika anda ingin membaca baca, jika anda ingin berkawan dengan kami kawanlah. Tak payah rasa nak meluat dengan iklan-iklan promosi kami dengan sebab keadaan di GAZA, kerana kami sibok mempromosikan jualan kami. Hanya sekadar ingin bertanya. Salahkah kami mencari rezeki dengan cara seperti ini. Adakah anda tahu bahawa dengan rezeki yang kami dapat ini mungkin sedikit sebanyak kami dapat membantu mereka yang kesusahan. Malah mungkin dengan rezeki ini ada di antara kami yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai seorang yang beriman, tak baik berburuk sangka. Adakah anda rasa diri anda seorang yang merasa balas kasihan, merasa sedih dengan keadaan saudara seislam kita?....Apapun sebagai islam mungkin anda merasa tekilan dan merasa etrtekan mungkin sebab kami sibok mempromosi iklan kami.

Jadi kepada mereka yang rasa tidak berminat dengan bisnes kami malah rasa meluat, kami juga tak memaksa anda. Jika anda mahu anda jangan baca dan keluar saja dari menjadi rakan fb dan apa-apalah.
Nada macam marah pula kan. Kalau anda rasa meluat dengan kami, kami jua ada perasaan kecil hati. Tapi takpelah sekarang kan bulan mulia. Moga segala amal ibadat kita diterima oleh yanga Maha Esa.

Maaf zahir dan batin

Langsir

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selalunya pelanggan akan hantar kain untuk di jahit baju. Langsir pula kadang-kadang sahaja.Maklumlah kita pun bukan tukang jahit tegar. Berborak pasal langsir ni, jika jahit biasa bolehlah jahit, tapi kalau jahit berfesyion ni tak mahirlah sangat. Jahit langsir ni lenguh-lenguh tangan apa tak lagi jika di cantum, kain akan menjadi banyak untuk dipegang. Masa memotong pula sukar kerana kain yang banyak dan perlukan ukuran yang sama untuk di garis supaya tidak sengget. Masa nak jahit jika mahu di tampal dengan pengeras putih untuk penyangkut besi. Sebelum jahit pengeras tersebut kenalah dipinkan dahulu supaya senang untuk di jahit. Sebab tulah pelanggan pun kenalah faham.

Bercerita tentang langsir juga, pernah saya sanggup belajar jahit langsir kerana terpikat dengan satu tawaran belajar jahit cara mudah hanya satu hari dengan bayaran rm1000 termasuk belajar cara jahit telekung. Terasa teruja pergi belajar, suami sanggup hantar dan ambil. Bukan itu sahaja suami bayar atas permintaan saya yang agak keterlaluan. Mahukan hadiah sebagai ulang tahun kelahiran.





























Khamis, 17 Julai 2014

Blouse Nursing Ringkas

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah kita masih lagi di panjangkan usia untuk menikmati suasana Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekali lagi kita sentiasa mengharap moga segala amal ibadat kita di terima Allah.

Dalam sibok menjahit tempahan orang, saya masih lagi mencari ruang untuk mengisi entri. Sering kali kita menerima tempahan, adakalanya kain tak cukup jadi tukang jahit kenalah pandai-pandai mereka dan mencari ideasupaya dapat hasilkan apa yang di kehendaki. Tak jahit rasa sayang pula kaing yang banyak lebih kan. Pelanggan minta jahit jubah dengan blouse. Tapi dengan nursing. Jadi apa yang saya lakukan bahagian nursing tu saya buat sekedar menutup bahagian dada sahaja. Lihat gambar di bawah.


Langkah pertama:

Ukur lebih daripada panjang dada. Kemudian jahitlah bahagian mana-mana yang kita suka bahagian kiri atau kanan.














'



Lihat bahagian depan ni.

















Langkah kedua:

Jahitkan butang ketup di sebelah sahaja sebab kat sebelah dah dijahit.















Haa...dah siap pun macamana ok tak?.....




















Selamat mencuba....dan selamat berpuasa ....

Isnin, 7 Julai 2014

Baju Melayu Part 2

Bissmillahirrohmaanirohiim

Alhamdulillah rezeki kalian lah, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi ilmu. Bagaimana nak jahit baju melayu cara mudah. Inilah gambar baju melayu suami, potong kain pagi, terus jahit, lepas zohor siap. Bagi kita yang tak berapa terror nak menjahit ni, kira oklah kan?..


Langkah Pertama:

Mula-mula potong kain untuk badan baju dan buatkan leher mengikut ukuran. Gunting panjang sedikit kira-kira 7 inci kebawah dada. Kita siapkan dahulu bahagian leher. Ukur keliling leher, kemudian buatkan kain  untuk koller leher. Buatkan juga untuk bahagian dada. Jahit bahagian bawah dada dahulu baru bahagian atas. Lihat gambar dibawah, bahagian bawah kecil sedikit lebih kurang lebar 1 inci panjang 7 inci, bahagian atas atau luar lebih kurang 1.6 hun, tak sampai 2 inci dan panjangnya kira-kira 8 1/2 inci. Selepas anda jahit bahagian ini barulah jahit koller atas pula.  Pin dahulu barulah jahit ye...Maaflah sebab lupa ambil gambar masa ini. Insyaallah akan datang saya buatkan untuk anda. Anda boleh cari cara mencantum coller dalam ruang entry terdahulu saya.

















Langkah kedua:

Lihat bahagian dalam baju ini setelah dijahit. Bahagian dalam ( kecil) pendek dari yang atas kan?..






















Langkah ketiga:

Tanda dahulu tempat anda jahit untuk buat lubang butang ye. Sila lihat cara jahit lubang butang dalam entri yang lepas.






















Langkah keempat:

Setelah siap buat lubang butang, anda boleh tanda tempat untuk letak poket pula. Caranya ambil baju contoh yang dah siap..baju anak ke..ukur dari bahu ke poket atas. Kemudian Ukur dari tepi bahagian pesak ke poket dan dari poket ke leher. Harap-harap anda fahamlah. Begitu juga cara mengukur poket di bawah.


















Langkah kelima:

Poket mestilah sama ukuran dengan poket baju contoh. Garis dahulu kemudian barulah anda seterika. Mudah sedikit ketika jahit di badan baju.


















Langkah keenam:

Pinkan dahulu semua poket di tempat yang anda tanda tadi barulah anda jahit.

















Langkah ketujuh:

Setelah siap jahit poket barulah cantum bahagian pesak, kekek dan tangan hingga siap.

















Langkah kelapan:

dah siap bolehlah pasang butang...lari pula warna butang ni dari warna baju..he...hanya ini sahaja butang yang ada kat umah. Suami pakai kali ni selesa sedikit bahagian leher. Walaupun tak berapa kemas jahitannya. Maklumlah jari kita ini kurang mahir, ditambah lagi mesin jahit yang dah makin uzur. Macam nak minta beli yang baru pula.  Apapun mesin inilah banyak buat jasa, pendapatan yang saya guna bantu keluarga, malah di simpan untuk digunakan balik ke kampung. Memang berbaloi...he...
















Cubalah...kita jumpa dalam entri lain pula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...