Sabtu, 24 Januari 2015

Tilam Kekabu Baby Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur pada yang Khaliq. Sekali lagi saya dapat menulis Entri yang tak seberapa ini untuk di kongsi bersama. Kali ini saya bercerita mengenai tilam kekabu. Tilam baby ini di order oleh pelanggan. Moga semuanya selamat.

Pada mulanya saya pening juga macamana cara jahit tilam ini. Jadi saya google mengenai tilam baby. Dapatlah beberapa info. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi ilmu buat kita. Moga di beri ganjaran. Aaamiin.


Ini kekabu yang saya beli ketika balik kampung dulu. Dapatlah 4 kilo.







Pertama: Jahit dulu kain untuk sarung tilam. Pastikan bahagian depan jangan di jahit. Sila lihat gambar di bawah moga anda memahami cara memasukkannya. Sediakan kayu untuk mencucuk kekabu hingga ke hujung. Kalau guna tangan memang payah nak sampai ke hujung. Seeloknya ukur lebar sarung tersebut sebelum anda jahit supaya sama ukuran dan cantik bila dah siap. 







Ini cara untuk memasukkannya.







Dah siap pun. Tinggal nak jahit sarung sahaja. Jahit sarung tu pandai-pandai lah. Buat ropol ke atau biasa pun boleh.







Bantal kekabu. Oleh kerana banyak kain perca lebihan di rumah jadi saya nak kitar semula. Buat sarung untuk isi kekabu, tak lah juga membazir. Cuma kena jahit sarung bantal untuk bantal tersebut. Kalau tak nanti habuk kekabu itu terkeluar. Kasihan si pemakai.







Jika sesiapa yang mengambil  sebarang gambar di laman ini sila kan, cuma mohon jangan mengaku sebagai pemiliknya ya.

Selamat mencuba...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...