Rabu, 30 Disember 2015

Terima Kasih Tuhan


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Alhamdulillah penghujung tahun 2015 ini, kita masih lagi di berikan peluang bersama insan tersayang. Sepatah dua pembuka cerita pagi ini. 

Kita mulakan hari dengan bersyukur, kerana kita masih lagi bersama keluarga yang tersayang. Jika kita hilang rasa syukur, jom lihat di sana, di sini juga ramai yang kehilangan insan tersayang. 

Penghujung tahun ini sahaja ramai yang kehilangan keluarga, malah pelbagai peristiwa yang sangat menyayat hati. Bukan bertujuan untuk mengungkit peristiwa pahit mereka cuma sekadar untuk menjadi tauladan dan ingatan buat kita bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Mati yang tiada sesiapa yang mengetahui mahu pun menduganya.

Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin tulat, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan atau mungkin tahun depan. Dengan cara apa pun tidak di ketahui. Malah mungkin kita sentiasa berhati-hati menghindarinya, namun semuanya urusan Allah, dan ini menandakan bahawa kita dan segalanya milik yang Khaliq. Sabarlah pada mereka yang menghadapinya..pasti ada sesuatu yang kita tidak ketahui. Berserah pada Allah dan jadilah hamba yang merima dan redha bahawa segalanya milik Allah. Anda adalah insan yang di pilih untuk menghadapinya kerana Allah tahu anda mampu. Moga anda tabah.

Maha suci Allah yang punya harta dan segala yang kita miliki. Maha suci Allah yang memegang nyawa, hati dan perasaan kita. Maha suci Allah yang sudi meminjamkan segalanya pada kita. Kita hanya menerima dan mengunakannya. Menggunakannya dengan pelbagai tujuan. Apa yang pasti setiap amalan menjadi tuaian kita di akhirat sana. Ingat! Apa yang kita pinjam bila tibanya saat, Allah pasti akan mengambilnya dengan cara yang kita tidak ketahui. 

Allahhuakbar! Subhanallah! Alhamdulillah! Laailaahaillallah. 

Syukur pada Mu Ya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...