Sabtu, 4 Oktober 2014

Manafaat Suka Membaca

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang sudi mengunjungi blog saya. 

Kali ini entri saya mengenai Buku. Sebut  pasal buku, suami saya sangat minat membeli Buku mengenai perniagaan. Beliau juga sering kali mengunjungi Blog mengenai kursus yang berkaitan. 

Setiap bulan beliau mempunyai peruntukkan untuk membeli buku yang diminatinya. Kebanyakan buku yang dibeli pula berharga lebih rm20 ke atas. Bila saya tegur, katanya..lebih baik beli buku daripada beli rokok. Jawapan itu membuatkan saya terdiam. Jauh di hati saya sangat bersyukur kepada Allah. Saya pula suka buku yang berkaitan dengan agama. Bukan semua buku mengenai perniagaan itu tidak berkaitan dengan agama. Malah buku-buku tulisan Chef Le kebanyakannya mengajar cara berniaga dan banyak menyentuh soal agama.

Insyaallah saya akan kongsikan bersama anda serba sedikit isi kandungan yang terdapat di dalam buku -buku ini. Saya juga sarankan anda agar membeli buku dibawah ini sebagai rujukan kita. Moga pengisiannya dapat kita amalkan dan sampaikan pada orang lain. Kerana di antara amalan yang yang berkekalan ialah ilmu yang berpanjangan. Moga para penulis buku-buku ini mendapat pahala dari Allah S.W.T.






Gambar di atas: Kedai Buku Badan  ( Angsana Johor )






Gambar di atas: Antara koleksi buku-buku di rumah.






















Gambar di atas: Best Gila!! buku-buku ni.

























Oleh kerana minat  memasak, saya pun beli cd buat Cupcake.





Satu lagi Cd yang saya beli. Buat coklat made Hand. Cd ni pun best tapi banyak modal kena keluar.





Yang ini suami beli juga. Katanya nak belajar komputer,nanti kalau nak format tak payah dah hantar ke kedai.




Apa pun semua buku banyak beri manafaat kepada kita. Sama ada kita yang mahu berubah atau tidak. Moga yang tidak minat mahupun malas membaca tu, cuba-cubalah ceburkan diri membaca ya. Banyak manafaatnya.





Isnin, 29 September 2014

Lebihan Kain Lycra

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih pada anda yang sentiasa sudi mengunjungi Blog saya yang tak seberapa ini dan selamat berkunjung ke Laman saya.

Seperti barang lain yang masih boleh dikitar semula, begitu juga dengan kain. Segalanya bergantung pada kita sama ada kita rajin atau tidak sahaja. Begitu juga dengan saya, kadang-kadang rajin kadang tu malas. Kali ini kebetulan kain lycra saya banyak jadi saya buat tudung. Boleh jugalah dipakai walaupun tak secantik tudung yang kita beli di luar sana. Tapi bila dah jahit tudung sendiri rasa puas hati dan jimat pula tu. Lihat sahaja gambar tudung yang saya jahit di bawah ini.


Tudung tanpa awning.









































































































Dapat tiga helai tudung baru.





Sabtu, 27 September 2014

Baju Doktor

Bismillahirohmaanirohiim

Salam satu blog untuk semua rakan-rakan blog. Moga semuanya sihat sejahtera.

Kali ini saya mahu kongsikan pada anda semua mengenai Baju Doktor. Mesti ada yang tertanya, suami saya doktor ke?..Bukan. Cuma suami bila bertugas mereka kena memakai baju doktor. Malah tiap tahun mereka mendapat rm200 untuk tiga helai baju doktor. Dah lah tiap tahun pun dapat peruntukan kasut rm300. Beruntung lah kerja kat hospital kan?

Dah alang-alang tau jahit,suami pun mintalah saya jahit kan baju doktor. Mula lah saya terkial-kial memotong dan jahit. Pelik saya, hari tu ok je potong dan jahit. Sekarang dah macam lupa pula. macam tulah kalau dah lama tak jahit boleh pula lupa. Nak tau apa saya buat, oleh kerana baju lama tu kecil sedikit, saya pun koyak, lepas tu saya tampal je atas kain putih dan gunting lebih besar sedikit. Boleh le pakai walaupun tak secantik mereka yang pro jahit ni.









































Jadilah kan. Selamat menjahit....



Jumaat, 26 September 2014

Tanjung Piai Johor

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam satu blog.

Kali ini suami dengan hati yang baik sangat kerana mahu membawa kami  ke Tanjung Piai Pontian. Katanya, nak tengok apa ada kat sana. Jauh juga rasanya perjalanan. Dari Kulai Johor ke sana kira-kira mengambil masa 1 jam lebih. Mungkin sebab kami tidak tahu jalan yang mungkin dekat untuk ke sana. Pergi pun lepas solat Zohor.

Tak ramai pelawat ketika kami tiba, mungkin hari dah petang atau mungkin sebab bukan hari cuti. Yuran masuk rm5 seorang. Masuk sahaja, terus ke Jeti. Memang lawa, sampai saya dengan adik begitu teruja. Suka sangat dengan pemandangan laut. Tambahan pula kelihatan Kapal-Kapal besar di Laut sana. Memang indah ciptaan Allah. Tak banyak yang boleh kita lihat, kayu-kayu bakau dengan akar-akar yang memukau hati, tapisedikit seram. Tempat payah bakau dimana sesekali kelihatan biawak. Kami adalah pelawat terakhir keluar dari tempat tersebut. Begitu cepat masa berlalu, tak terasa jam menunjukkan masa melawat jam5.30 pm telah tamat.

Ketika keluar menuju ke tempat parking kereta, terkejut melihat begitu banyak beruk di tengah jalan. Kerana takut punya pasal sampai takut nak tangkap gambar si beruk ni. bila dah rasa selamat baru nak tangkap tapi si beruk dah lari. Macam tau je kita nak tangkap gambar. He he he....










































































































Lihat gambar di atas ni. Kriatifnya mereka menyentuh hati sesiapa yang nakal. Terbaik!!!..





Khamis, 25 September 2014

Keluargaku Tercinta

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rindu rasanya nak balik kampung. Walaupun sering berada jauh dari mereka, namun perasaan ingin balik menjenguk mereka sentiasa terbuku di hati. Setahun dua kali balik rasanya tidak memadai. Tanggung jawab sebagai seorang isteri harus saya utamakan walaupun rindu pada mereka. Betul kata orang,bila berjauhan kita akan merasa rindu namun bila berdekatan  sentiasa bergaduh .

Teringat ketika semuanya kecil dahulu, ada sahaja perkara yang buat adik beradik bergaduh. Sering menjadi kemarahan emak tersayang. Memang lumrah adik beradik menghadapi situasi ini. Kini semuanya sudah memiliki keluarga masing-masing, hanya 3 orang yang belum berkahwin. Terasa rindu bila teringat masa kecil dahulu. Hanya cerita yang mengingatkan gelagat dan perangai masing-masing.

Keluarga yang berlainan Agama menambahkan lagi liku-liku kehidupan yang mewarnai. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit untuk di kenang. Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza. Begitu juga dengan kami adik beradik. Bermula dengan kakak sulung saya yang berstatus seperti janda. Mahu dikatakan janda tapi mempunyai suami. Ini kerana suaminya telah bertahun lama sakit dan tidak tinggal bersama mereka. Manakala yang lain mempunyai cerita perkahwinan masing-masing.

















Gambar di atas. ( Kolam Air Panas Poring ). Kira-kira 9 kilometer dari Kampung kami.

















Gambar di atas pula: Tinompok. Memang cantik pemandangan di sini. Tempatnya adalah kawasan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.


















Gambar atas: Abang bersama keluarganya.



















Gambar atas: Kakak yang sangat tabah bersama sebahagian anak-anaknya.























Gambar di atas: Adik no 6 bersama suami dan anaknya.






















Gambar di atas: Adik lelaki yang ke 7 dan perempuan adik ke 8.

















Gambar di atas: Adik bongsu ( ke 10 ) .



















Gambar di atas: Ayah bersama salah seorang cucunya. Kini ayah tak berapa sihat. Kasihan kerana kesudahan hidupnya begini. Dulu seorang yang sangat pendiam, suka membantu orang , peramah dan jarang memarahi anak-anaknya. Moga Allah sembuhkannya. Tiada mustahil bagi Allah. Aamiin.


















Adik no 5 bersama anak tunggalnya. Moga Allah berikan kami kehidupan baik di Dunia dan baik juga di Akhirat.

Aamiiin.







Jumaat, 19 September 2014

Rimasnya

Bismillahirohmaanirohiim

salam untuk semua...






Entri kali ini hanya sekadar untuk meluahkan perasaan rimas di blog yang tak seberapa ini. Nak luah pada sekeliling macam-macam pula jadi isu dan fahaman. Muka pun dah macam garfield kat atas tu.

Aduh, macam inilah hidup kita yang tak habis dengan dugaan. Semalam sampai ke pagi suami tiba-tiba sakit perut yang teramat. Kasihan pula saya, sampai dia menangis menahan sakit, perut kembung. Saya urut dengan minyak angin, sambil baca selawat dan tiga Qul bersama ayat Qudsi. Sampai pagi tak lena tidur kerana suami sering ke bilik air tapi tak buang apa-apa pun. Risau juga dibuatnya.

Fikiran bertambah tak tenang kerana telipon ada saja sms. Dua tiga hari ini, saya rimas betul dengan orang yang bertanya itu ini. Baru nak tidur phon dah bunyi. Tengah malam ada sms. Tolonglah jadi matang. Kalau orang dah tak nak tak payahlah beria-ia lagi. Bila kita tak bagi telipon, tak bagi jumpa, katanya nak koyak tiket bas. Mak oi! Kebudak-budakan betul. ( suami kata nak koyak? koyak lah ). Betul-betul buat hati rasa geram. Macam ni nak jadi ketua keluarga? Nak pinang anak orang tu jadilah matang. Apa salahnya dia nak balik kampung jenguk ayah yang sakit. Saya rasa macam tercabar betul kalau orang pandai-pandai nak tentukan, sedangkan keluarga masih hidup. Suka hati kita lah nak buat apa, kita lagi ada pertalian darah. Belum jadi suami dah mengongkong, apa lagi dah jadi suami nanti. Sebelum jadi suami dah pandai pukul, menghabiskan wang makwe. Boleh saya bayangkan kalau dah jadi suami isteri nanti bagaimanalah. Sekarang pun berani bergaduh depan mak sendiri. Tolonglah..banyak lagi masalah yang kami kena uruskan. Nak fikir tentang hubungan korang yang belum pasti ni tak payahlah, buang masa sahaja.

Pengajaran nak cari pasangan biar yang elok budi pekerti. Bukan rupa dan harta yang di ukur. Walau ayah berkerjaya, punya kedudukan yang tinggi tapi itu bukan ukuran hidup kita bahagia. Biar bertanggung jawab. Yang penting dahulukan Allah dari segalanya. Bukan cinta pada manusia yang lebih dari cinta pada Allah. Biar nanti lepas kahwin boleh solat berjemaah, cari rezeki yang halal. Biar tak kaya harta tapi kaya dengan budi dan ilmu agama yang dijadikan panduan hidup.

Mohon maaf dari saya, kerana terkasar bahasa.

Marah marah juga tapi dalam hati, moga kita semua mendapat yang terbaik dari Allah.

Wallahua'lam.





Khamis, 18 September 2014

Dilema Kritikan Bekerja Dirumah

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera







Entri yang lepas saya telah menyentuh tentang Musuh Soho. Musuh yang menjadi  penghalang bagi Soho untuk mencapai kejayaan. Sekali lagi saya ingin perjelaskan apa itu Soho bagi mereka yang tidak memahami. Small Ofice Home Ofice ( SOHO).

Mereka yang memiliki Soho pasti tidak dapat lari daripada permasaalahan ini. Antara Kritikan yang kita terima ialah:

1. Kritikan ahli keluarga.

Bermula daripada kritikan ibubapa sendiri. Mereka merasakan bahawa anak mereka malas keluar rumah untuk berkerja.  Sama ada kita mendengar kritikan tersebut dari mereka sendiri ataupun melalui orang lain. Mungkin juga kritikan daripada adik beradik kita sendiri.

2. Kritikan keluarga mertua.

Masalah ini amat rumit kerana melibatkan keluarga mertua. Keluarga sendiri mungkin boleh memahami. Apa lagi jika anak mereka perempuan pula yang keluar bekerja. Sedang si suami ( menantu ) pula jadi suri rumah.

3. Kritikan rakan

Mungkin rakan sekolah, atau kenalan. Mereka mungkin sudah berkerjaya dan mempunyai gaji yang tinggi. Gaji yang mana membuatkan seseorang itu merasa bangga. Mereka ini akan memandang serong pada kita yang hanya bekerja di rumah.

4. Kritikan sanak saudara

Sanak saudara juga tidak lari daripada mengata kita yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi akhirnya hanya bekerja di rumah. Mula lah mereka sama kan kita dengan anak-anak mereka dan orang lain. Malah sering menjadi umpatan.

5. Kritikan jiran tetangga.

Apa yang penting sama ada wanita atau lelaki yang bekerja di rumah haruslah memberi penerangan dan jika boleh tunjukkan pada mereka contoh kerja yang kita lakukan di rumah. Dengan ini mereka akan memahami bahawa walaupun kita bekerja di rumah tetapi masih boleh memperolehi pendapatan. Yang penting bukti bahawa kerja yang kita lakukan tersebut benar-benar memberi keyakinan kepada mereka. Mungkin juga apa yang kita lakukan tersebut akan memberi ilham kepada mereka betapa banyak keuntungan bagi kita yang bekerja di rumah.

Betapa banyaknya dugaan kita sebagai hamba Allah. Namun dugaan itu menjadi bunga-bunga yang bercahaya menjadi sinaran buat penyuluh jalan bagi kita yang sentiasa mencari kemajuan diri. Moga setiap dugaan dapat kita atasi dengan mudah. Moga rezeki yang ada di langit diturunkan untuk kita, moga yang di bumi akan keluar, moga yang jauh didekatkan, moga yang susah dimudahkan, jika yang sedikit menjadi banyak, moga yang haram dihalalkan bagi kita. Moga dengan rezeki ini, hati yang susah untuk bersedekah akan menjadi ringan bersedekah. Hati yang sentiasa resah akan menjadi tenang. Yang berat menunaikan seruan Allah ringgankan. Yang bengis menjadi lembut hatinya. Yang sedih merasa gembira walau sedikit rezeki.

Aamiin Ya Rabb.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...