Ahad, 8 Mac 2015

Tempahan Raya Dah Mula


Salam buat semua pembaca blog.

Alhamdulillah, masuk bulan ke tiga tahun ini, telah pun mula pelanggan menghantar baju untuk raya. Kata mereka takut nanti bila lambat tukang jahit dah tak terima. Begitulah ragam tukang jahit kerana, mereka juga memerlukan masa untuk siapkan baju tempahan lebih awal.  Selalunya saya juga akan kira kain yang saya terima sama ada sempat siap sebelum hari raya. Setiap tukang jahit juga tidak akan terima tempahan jika telah melebihi had kemampuan berdasarkan pada masa dan keadaan. 

Bulan lepas saya telah mendapat tiga pasang baju untuk raya namun belum di jahit kerana dahulukan tempahan baju bukan hari raya. Sementara minggu ini beberapa pelanggan telah sedia menempah awal untuk menghantar baju raya. Ini menambahkan masa terluang saya semakin kurang. Apa yang lebih mengherankan ialah semangat menjahit yang menjadi-jadi. Dapat kain jahit terus, belum siap dah ada kain lain yang di hantar. Buat aturan jahit kain mana yang patut di dahulukan. Semuanya bergantung pada kehendak pelanggan. Memang memenatkan tetapi rasa seronok kerana sentiasa ada income masuk sebagai tambahan.

Bagi suri rumah seperti saya, walaupun kita hanya melakukan kerja sambilan di rumah pengurusan wang tetap di lakukan. Ini kerana setiap wang keluar dan masuk dapat kita kira pada setiap bulan malah mendapat perbezaan pendapatan setiap bulan. Perbezaan ini akan menyuntik semangat pada kita untuk mencari income sampingan. 

Setiap tahun saya sediakan jadual pendapatan supaya saya dapat lihat perbezaan pendapatan setiap tahun. Di bawah ini saya berikan contoh bagaimana untuk menyediakan jadual pendapatan. Jadual ini hanya untuk berkongsi idea semata-mata. Moga dapat di manfaatkan bagi mereka yang belum melakukannya. 




Pendapatan 2015

BIL
Perkara
Keluar
Masuk

1.


Mengaji

-

Rm

2.

Budak Transit

-

Rm



3.

Al-baghdadi



-

Rm

4.




Menjahit


Rm

Rm

5.


Jumlah

Rm

Rm


6.

Untung Bersih


















Selamat mencuba.....


Ahad, 1 Mac 2015

Seluar Ala-Ala Afdlin Shauki

Assalamualaikum


Lama menyepi kerana sebok dengan aktiviti harian dan tempahan yang hendak di siapkan. Namun menyelitkan masa menulis entri baru. Semalam terbaca sebuah Majalah Hartanah. Membaca artikel mengenai pelakon Afdlin Shauki, tergerak hati menjahit seluar ketika melihat gambar salah seorang wanita bergambar dengan beliau, memakai seluar rekaanya. Ringkas tetapi santai namun masih kelihatan cantik. Suami sendiri telah lama meminta saya jahit kan seluar seperti ini untuknya. Tetapi belum kesampaian.

Hari ini bila saya lihat ada beberapa kain batik yang tersimpan malah jarang di gunakan, kerana saya sendiri kurang memakai kain batik. Tiba-tiba tergerak hati untuk jahit kan ia seluar ala-ala Afdlin Shauki. Bagi wanita yang suka memakai seluar bawah kaki besar bolehlah mencuba. Lihat sahaja contoh yang dah siap di bawah ini memang cantik.






























Saya lebihkan labuh pinggang ke kaki untuk mendapatkan bahagian getah di kaki tidak kelihatan. Ia kelihatan kembang di bawah. Terpulang kepada keselesaan anda.

 SELAMAT MENCUBA......



Ahad, 22 Februari 2015

Borong Tudung Sekolah Part 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana saya masih lagi dapat bersua dengan rakan-rakan blogger di laman ini.

Angan-angan untuk projek baru, setelah berbincang dengan majikan Albagdadi, saya meminta teman suami ke Jekal untuk mencari kain Lecra tudung sekolah. Sebelum ke Jekal, saya menghubungi pihak  Jekal Johor area Angsana untuk bertanyakan sama ada stok kain masih ada. Alhamdulillah ada stok. Segulung mempunyai 68 meter.

Semoga projek ini berjalan dengan lancar. Sesiapa yang berminat untuk membeli secara borong sila rujuk harga di bawah:

Jenis Tudung:

Ber awning lembut. Awningnya bukan dari pengeras tetapi kain tudung di lipat dua menjadi awning. Sila lihat gambar.


Belian sehelai Rm8

Belian secara borong:

Saiz S = 10 helai ke atas Rm6 sehelai ( tidak termasuk pos )

Saiz M = 10 helai ke atas Rm6 sehelai ( tidak termasuk pos )

Saiz L = 10 helai ke atas Rm7  sehelai ( tidak termasuk pos )

Saiz XL = 10 helai ke atas Rm8 sehelai ( tidak termasuk pos)







 








Pm jika berminat.

Rabu, 18 Februari 2015

Borong Tudung Sekolah


Salam buat semua pembaca blog. Moga segala urusan kita di permudahkan. Bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina, saya ucapkan Happy New Year.

Bulan Feb ini, nampaknya saya seperti kurang menulis dalam blog yang tak seberapa ini. Bila jadual harian saya berubah dan sedikit padat, saya seperti lupa untuk menulis. Semalam sahaja, suami sedikit merajuk gara-gara saya terlebih masa mengajar sesi petang, kerana masa telah hampir setengah jam. Sedangkan setengah jam lagi sesi kelas malam pula akan bermula. Sepatutnya masa untuk masak dan solat maghrib. Kelam kabut jadinya. Beginilah rutin harian. Apa pun yang seronoknya bila berkerja di rumah sendiri, bila penat saya akan berehat waktu tertentu dan tangguhkan mana-mana kerja yang patut di tangguhkan. Alhamdulillah.

Hari ini bercerita tentang tudung sekolah yang masih lagi ada permintaan walaupun telah dua bulan sekolah bermula. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Berkat solat dhuha walaupun jarang di lakukan. 

Kain Tudung sekolah secara borong 10 pasang ke atas dengan pembelian rm6 dan rm7 sepasang tidak termasuk harga pos. Manakala jenis kain, bagi harga rm6 sepasang adalah warna putih dan sedikit nipis. Bagi kain warna kebiru-biruan dan tebal sedikit berharga rm7 sepasang. Promosi ini hanya tertakluk pada keadaan. Jika stok masih ada.
















Jika berminat sila hubungi saya  secara SMS mahupun di Facebook seperti yang tertera.




Ahad, 15 Februari 2015

Jadual Ku 2015

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum.

Setiap tahun saya akan buat satu jadual untuk memudahkan saya melakukan tugasan walaupun hanya suri rumah.

Awal tahun 2015. Kini setelah bulan Feb 2015, nampaknya jadual saya telah berubah sibuk sedikit berbanding tahun yang lalu. Alhamdulillah segalanya rezeki dari Allah. Anak murid mengaji di rumah juga telah bertambah, walaupun masih ramai yang masih bertanya adakah masih lagi menerima murid dan menerima budak untuk di asuh. Jika ikut kan hati semuanya ingin di terima. Tetapi memandang kan masa dan hari yang tidak sesuai kenalah tolak.




JADUAL  MENGAJI  (  FIL – BAITI  )   2015

BIL
NAMA
MASA
HARI

1.


2.

ZAHIN
HUSNA

IZZAT
NURUL  IZZAH


8.30 PM  - 9.00PM


9.00  PM – 9.30 PM




ISNIN  & SELASA

3.


8.00  PM – 8.30 PM

RABU  & KHAMIS



4.





8.30  PM  - 9.00 PM

RABU  & KHAMIS

5.





NORMAN
AIN


9.00  PM – 9.30 PM


RABU  & KHAMIS

6.

7.


ANAK  KUARTERS  (SESI PETANG )

ANAK KUARTERS   ( SESI MALAM )


5.30  PM – 7.00 PM

8.00  PM – 8.30 PM



ISNIN  -  RABU

8

DEWASA

6.00 PM – 7.00 PM

8.00 PM – 9.00 PM

KHAMIS 

AHAD


9


AL- BAGHDADI

2.00 PM – 6.00 PM

SABTU


10



TRANSIT BUDAK TADIKA


11.30 AM – 6.00PM


AHAD - KHAMIS


 
Segala urusan seperti membeli barang keperluan rumah pada hari Jumaat sahaja. Itu pun bergantung pada jadual kerja suami. Jika suami kerja 3pm kenalah cari masa yang lain yang sesuai pula.
Jika di lihat, masa pagi sebelum jam 11 Am sahaja masa untuk saya menjahit. Alhamdulillah, bila di lihat tidak lah sesibuk mana, jika di bandingkan dengan suri rumah yang lain. Kerana itu saya kagum dengan suri rumah yang jauh lebih hebat dari saya mengurus waktu dan hari bagi kerja harian mereka. Syabas bagi mereka. Moga segala urusan kita di permudahkan.

Jadual ini hanya untuk menjadi santapan minda, moga sahaja dapat di manfaatkan.





Ahad, 8 Februari 2015

Lebihan Kain Di Cantum


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bersua kembali dalam tajuk yang baru dalam Laman yang tidak seberapa ini.

Kali ini saya kongsikan bagaimana untuk manfaatkan kain lebihan bagi tukang jahit yang mungkin berlambak lebihan kain dalam rumah. Kain yang di cantum menjadi sepasang baju bergantung pada lebihan kain tersebut banyak mana. Ia boleh di jahit untuk dewasa atau pun sepasang baju untuk budak. Yang penting dapatlah kain itu kita manfaatkan. Kadang-kadang lebihan boleh di cantum menjadi selimut, cadar mahupun bantal dan sebagainya. Cara cantum pula kelihatan cantik jika kita pandai padan kan warna. Selain dari itu saya juga sering membeli kain yang boleh di padan kan dengan warna kain lebihan. Lihat contoh baju di bawah. Kain warna merah jambu dan hijau kosong di beli untuk dipadankan dengan kain berbunga di tengah. Bolehlah pakai dalam rumah kan.


















Selamat mencuba......



Khamis, 5 Februari 2015

Kain Batik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekali lagi saya dapat berkongsi ilmu dengan para blogger. Semoga anda semua sentiasa di bawah rahmat Allah. Aamiin.

Baru-baru ini ada pelanggan hantar dua pasang kain batik untuk di jahit. Katanya banyak kain batik di rumah jadi nak minta di jahit kan baju kurung buat anaknya. Sepasang saya jahit baju kurung Pahang, sepasang lagi saya jahit baju kurung moden. Bila siap baju ia nampak cantik. Dapatlah idea bagaimana nak habiskan kain batik yang mungkin berlambak di rumah yang rakan taulan beri. Apa salahnya kita buat baju untuk anak. Sebelum ini saya pernah buat baju kurung moden kain pasang untuk diri sendiri. Alhamdulillah jadilah baju. Cuma jika inginkan sepasang baju, kenalah beli dua kain yang sama, mahupun kain yang berlainan warna tapi warna yang sepadan. Maaf kerana baju tersebut telah saya hadiah kan pada seseorang. Moga dapat di manfaatkan. Selain daripada kita beri pula pada orang lain. Lihat kain yang dah siap di bawah ini.














Selamat mencuba.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...