Rabu, 30 Disember 2015

Terima Kasih Tuhan


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Alhamdulillah penghujung tahun 2015 ini, kita masih lagi di berikan peluang bersama insan tersayang. Sepatah dua pembuka cerita pagi ini. 

Kita mulakan hari dengan bersyukur, kerana kita masih lagi bersama keluarga yang tersayang. Jika kita hilang rasa syukur, jom lihat di sana, di sini juga ramai yang kehilangan insan tersayang. 

Penghujung tahun ini sahaja ramai yang kehilangan keluarga, malah pelbagai peristiwa yang sangat menyayat hati. Bukan bertujuan untuk mengungkit peristiwa pahit mereka cuma sekadar untuk menjadi tauladan dan ingatan buat kita bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Mati yang tiada sesiapa yang mengetahui mahu pun menduganya.

Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin tulat, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan atau mungkin tahun depan. Dengan cara apa pun tidak di ketahui. Malah mungkin kita sentiasa berhati-hati menghindarinya, namun semuanya urusan Allah, dan ini menandakan bahawa kita dan segalanya milik yang Khaliq. Sabarlah pada mereka yang menghadapinya..pasti ada sesuatu yang kita tidak ketahui. Berserah pada Allah dan jadilah hamba yang merima dan redha bahawa segalanya milik Allah. Anda adalah insan yang di pilih untuk menghadapinya kerana Allah tahu anda mampu. Moga anda tabah.

Maha suci Allah yang punya harta dan segala yang kita miliki. Maha suci Allah yang memegang nyawa, hati dan perasaan kita. Maha suci Allah yang sudi meminjamkan segalanya pada kita. Kita hanya menerima dan mengunakannya. Menggunakannya dengan pelbagai tujuan. Apa yang pasti setiap amalan menjadi tuaian kita di akhirat sana. Ingat! Apa yang kita pinjam bila tibanya saat, Allah pasti akan mengambilnya dengan cara yang kita tidak ketahui. 

Allahhuakbar! Subhanallah! Alhamdulillah! Laailaahaillallah. 

Syukur pada Mu Ya Allah.


Isnin, 28 Disember 2015

Kusyen Lama Ku

Salam buat semua.


Alhandulillah syukur pada Yang Kholiq kerana masih lagi kita melalui hari ini dengan ceria. Moga sentiasa di bawa perlindunganNya. Aamiin.

Lama sangat menyepi kan diri. Asyik dengan tempahan tudung dan kehendak pelangan ku yang tersayang. Tambahan pula terpaksa mengalah kehendak suami yang asyik nak balik kampung. Mantang-mantanglah kampung dah dekat. Jika tak di fikirkan soal budget pergi balik mahunya tiap minggu nak balik. Apa pun ketepikan soal itu dan sementara nak siapkan semua tempahan, kena juga cantik kan rumah walaupun kita hanya menyewa.

Kali ini hanya ingin berkongsi minat dan idea bagi mereka yang satu fesyen perasaan macam saya yang hidup bersederhana ini. Dulu masa nak pindah, kusyen ini mahu sahaja saya bagi pada orang sebab dah rosak. Tapi memandang kan kusyen ini boleh dibuat kan sarungnya, tak jadilah. Hanya kusyen yang satu tu memang rasa payah nak bagi cantik. Lagipun tak reti. Memandang kan sarung ini dah dua tahun saya jahit kan malah warna dan kainnya dah luntur, al maklumlah kain murah. Jadi sementara nak beli kain tudung terfikir pula nak cari kain-kain murah yang di lelong kerana penghabisan stok mahupun yang terakhir Orang beli tak habis dari kayunya. Alhamdulillah dapat juga jumpa. Rm3 semeter kain tebal macam langsir. Warna ini juga yang di pilih suami. Selepas itu kami ke kedai yang ada jual plywod tebal dan beli mengikut ukuran yang telah saya ambil. Harganya pula tak sampai rm30. dan hasilnya bila letak dan kain sarung dipakaikan memang berbaloi sangat. 















Kita bukannya tak mampu nak beli yang baru tapi kalau memang barang tersebut masih boleh di baiki tu rasanya elok di baiki. Duit pun kita save untuk beli keperluan lain.



Rabu, 16 Disember 2015

Baju Jururawat part 1

Salam buat semua yang sudi mengunjungi laman ini.

Kali ini mengenai baju jururawat pula. Belum ada apa yang hendak di kongsikan kerana proses memotong dan menjahit masih lagi dalam percubaan. Insya Allah jika siap dan ok saya akan kongsikan pada part 2. Bukan apa..untuk pengetahuan semua, saya tak pernah menerima atau mencuba menjahit baju unifirm Jururawat. Kebetulannya adik ipar, staf jururawat jadi dia pun minta saya cuba jahit kan kerana susah nak cari tukang jahit, malah upah juga sangat mahal. Nak di jadikan cerita, ketika proses memotong baju yang banyak step ini rupanya sangat-sangat meletihkan. Patut le upah nya mahal. Ada yang mengambil upah Rm80 hingga ke atas. Namun jangan bimbang pada semua tukang jahit, kerana staf jururawat mendapat elaun untuk baju mereka ini. Bukan bermaksud kita kena minta upah banyak, cuma biarlah berbaloi ye.
 










Bagi mereka yang baru nak cuba-cuba jahit baju ni..kenalah bersabar ye. Bahagian baju memang banyak step kena ukur dan potong malah kena memerah otak. Bahagian seluar kira senang sedikit kerana zipnya bahagian tepi pinggang. Nak tambah ilmu kenalah sabar kan. Walau apa pun moga apa sahaja yang kita usahakan dipermudah kan. Aamiin.

Selamat mencuba....



Rabu, 9 Disember 2015

Alhamdulillah Tempahan Siap

Assalamualaikun dan salam sejahtera.

Moga anda semua di rahmati Allah.

Syukur alhamdulillah siap juga tempahan. Walaupun hanya 2 minggu sahaja tempoh yang ada untuk siapkan 5 pasang baju kurung moden dan 60 helai tudung sekolah. Baju kurung bukan di tempah tetapi saya sponsor untuk majlis kahwin adik ipar. Tiba-tiba pula rasa nak jahit baju sedondon. Oleh kerana kita tinggal berjauhan ukuran badan masing-masin saya hanya main agak sahaja. Bila sampai di sana pagi majlis tersebut, mana yang tangan panjang tu saya pendek kan. Alhamdulillah orang yang memakai pun jenis sempoi je bersyukur asalkan ada, membuatkan hati kita pun senang untuk siapkan.
















Alhamdulillah majlis juga selesai dengan meriahnya.

Isnin, 30 November 2015

Menjejak Kaki Ke Cameron

Salam satu blog

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah sampai juga hajat ke Cameron walaupun hati berdebar debar sepanjang perjalanan. Bukan apa..dengar cerita orang dan melihat struktur tanahnya yang tinggi membuatkan saya gayat. Perjalanannya seakan - akan seperti jalan dari Bundu Tuhan Ke Ranau. Apa pun jalan ke Cameron lagi teruk berbanding dengan jalan ke Ranau dan membuatkan kepala pusing dan membuatkan kita mabuk. Bila sampai di sana pening dan gayat hilang bila melihat bunga-bunga yang subur dan cantik. Tambahan pula suami bawa memetik buah strawberi menambahkan lagi rasa seronok.

Sampai sahaja terus cari tandas. Rupa-rupanya tandas ada di dalam. Pandai orang buat bisnes dan ini bermakna jika mahu ke tandas kenalah masuk dan bayar yuran masuk. Bayaran untuk masuk ke dalam kawasan tersebut ialah rm4 seorang untuk dewasa. Tapi berbaloi lah sebab jika kita tak masuk tak adalah dapat petik buah Strawberi melihat bunga Lavenda dan lain-lain di dalam .Bagi anda yang belum pernah ke sana atau dah lama tak menjejak kaki ke sana boleh lah pergi. 















Alhamdulillah...ketika hendak balik, singgah dulu beli bunga hidup seikat rm5, malah singgah beli rebung 4 rm5 dan madu tualang orang asli di tepi jalan. Sampai di rumah makan strawberi dengan madu, memang lazat.


Tudung Sekolah Harga Sederhana



Assalamualaikum dan salam satu blog.

Hari ini masih lagi berbicara tentang tudung. Alhamdulillah masih ramai yang bertanya tentang harga tudung. Bila saya bagitau harga saiz S dan M rm7 sehelai, saiz L rm8 dan XL rm10....ada yang terus tak refly jangan lah kata mahal ya. Ini harga borong, kat kedai pun harga boleh tahan. Kasihan tukang jahit yang tidak berkira sangat dengan harga kain dan soal upah sendiri menjahit walaupun di rumah. Jika di kira kita hantar kain dan upah jahit jauh lebih mahal daripada yang kita borong mahupun beli yang dah siap. orang yang menjahit, beli kain rm10 kadang lebih harga semeter..kalau hantar minta jahit pun paling kurang rm5 sehelai. Untungnya orang yang memborong ini hanya jual sahaja. Kira hanya dapat untung. Malah lebih banyak untung. fikir2kan lah Apapun terima kasih kepada yang faham dan malah tambah lagi rm yang saya bagi sebab faham, betapa penatnya menjahit. 


















Semoga rezeki kita dapat manfaatkan .


Ahad, 22 November 2015

Tempahan Tudung Untuk Di Jual

Salam buat semua pembaca.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dengan nikmat yang di beri pada kita. Moga sahaja rezeki kita hari ini lebih baik dari semalam. Begitu juga dengan kemudahan urusan.

Syukur juga separuh dari pada tempahan tudung telah pun siap. 
Moga kain tudung yang hendak minta saya jahit cepat le sampai. Semalam saya minta teman suami ke Gedung kain, untuk membeli kain tudung yang di tempah, rupanya stok habis. 
Sedih tak terkira saya di buatnya. 

Astagfirullah ala'zim. Kalau dah memang rezeki itu milik kita pasti ia akan menjadi milik kita. Tapi jika sebaliknya anggap sahaja ada rezeki yang lebih baik untuk kita. Sedangkan nasi yang hampir masuk ke mulut pun boleh terjatuh, menandakan nasi itu bukan rezeki kita. Masya Allah. Ya Allah janganlah biarkan aku alpa dan tergolong dalam golongan orang yang tidak bersyukur serta berhati duka.

Apa pun syukur alhamdulillah tempahan tudung sekolah dah siap. Moga segala urusan di permudahkan. Aamiin.










Yang nak tempah untuk di jual semula tu..mohon cepat ye..takut tak siap pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...