Rabu, 20 April 2016

Ke Langkawi Kita

Assalamualaikum semua..

Maaf teramat sangat. Lama tak buat entri tentang jahitan. Kali ini saya nak bawa anda yang belum pernah lagi berkunjung ke Pulau Langkawi.

Alhamdulillah, bermula hari Jumaat suami dah cuti. Balik Kampung tapi petang Sabtu balik Ipoh lagi, sebab mesti hadir ke Seminar Mudahnya Berniaga anjuran Dr Azizan kita pada hari Ahad . Terima kasih banyak2 Dr..sebab dah lah yuran rm10 sahaja, siap dapat buku yang sangat berharga ini.

Pagi Isnin, kami bertolak, kira-kira jam 10 am dari Ipoh ke Kedah. Sebelum gerak ke tol, isi minyak bagi penuh. Memandang kan inilah kali pertama kami ke sana, jadi kami hanya ikut petunjuk arah sahaja. Alhamdulillah sampai juga di jeti Langkawi. Semasa hampir ke Jati...terkejut juga ada abang motor tu buat isyarat kat kita. Rupa-rupanya dari jauh mereka ni mencari pelanggan yang baru sampai supaya mudah cari parking. Parking beratap rm15 sehari. Kami bayar untuk tiga hari.

Setelah semuanya selesai di pastikan ok kereta yang di tinggal, kami pun ke jati untuk membeli tiket feri. Masa ni dah waktu zohor lah. Dan kami dah niat nak solat jamak sahaja. Alamak lupa pula harga tiket tu. Tapi kira murah lah. Perjalanan feri ke Pulau Langkawi kira-kira 1 jam lebih. Oh ya.. lupa nak cerita..semasa kami beli tiket feri, orang di situ sedia promosikan hotel dan kereta sewa. Kami hanya ambil kereta sewa kerana rm100 untuk 3 hari walaupun hanya Viva. Jadilah kan. Malah mereka juga tawarkan hotel, satu hari rm160 depan dengan laut laut dan Hotel ini kira dah murah, katanya. Tapi suami beri alasan ada kawan kat sana, sedangkan tak ada pun.

Lihat gambar kat bawah ni. Mana lah tau anda bercadang ke sana bolehlah hubungi mereka.




Sampai di Jeti Pulau, kami hubungi kereta sewa yang kami telah pun bayar. Alhamdulillah jumpa pun. Lepas ambil kereta, kami pun raund-raund mencari hotel budjet. Sebelum ke Langkawi saya dah niat, kalau nak shoping pun hanya satu tempat iaitu nak cari Kompleks Haji Ismail Grup. Itu pun sebab pernah tengok dalam rancangan Tv. Masa duk cari-cari Hotel, Jumpa pula bangunan Kompleks ni  siap berdekatan dengan Hotel besar. Tapi Kompleks ni hanya tulis HIG. Rupa-rupanya ia singkatan Haji Ismail Grup. Kami masuk ke Bangunan hotel tersebut dan harganya wow..boleh tahan paling murah pun rm210 sehari. Tapi tak hairanlah hotel mewah tu. Kami pun bincang cari motel sahaja. Pusing sahaja kereta dari bangunan Kompleks Haji Ismail, terus mata saya ternampak motel. Kali ini saya naik sendiri pergi bertanya harga bilik. Alhamdulillah rm60 sehari sahaja. Macam tak percaya tanya lagi sekali. Saya turun dan bagitau suami, suami pun terkejut juga, nak pastikan lagi betul ke tak saya telipon semula. Ha ha ha. Mulanya kami sewa untuk sehari dulu, sebab takut tak selesa. Rupanya, sebanyak-banyak hotel murah yang kami pernah sewa inilah bilik yang paling luas. Memang berbaloi sangat dah lah murah.






Bolehlah kan luasnya..bilik air dan almari  pun luas. yang penting masa nak solat pun masih ada ruang untuk lalu kat tepi. Ada icon dan Tv. ( Motel berdepan dengan Komplexs Haji Ismail ).

Pagi hari selesa ke Taman Hidupan Liar.
Taman ini memang berbaloi, jinak-jinak belaka..Bagi makan kancil, arnab, ikan besar, bagi susu ikan, bagi makan rusa. Seronok.















Tengahari ke kota Mahsuri.

Tiket rm10 seorang. Terdetik juga dalam hati nak tahu lebih dalam lagi mengenai sejarah ini. 










Lepas Zohor. Tengok ikan dalam Akorium besar pula.

Rm35 seorang.








Dah habis pusing kita pun pergi ke Cabel Car. Tuhan sajalah tahu betapa saya mengucap dan istigfar banyak-banyak. Gayatnye...naik lif tangga pun gayat apa lagi naik kabel ni. Goyang sikit jerit. Tapi dah turun...wah macam nak lagi. Ha ha ha.






SubHaaNallah cantiknya...



Memang rugi tak naik tangga di atas dan turun naik tangga ke bawah yang begitu indah dengan jambatan yang wow!! mata memandang. Sorrylah sebab tak ada gambar jambatan tu. Asyik gayat saja.

Hari ketiga rabu.

Pagi setelah membeli satu set pinggan mangkuk dan coklat di Kompleks Haji Ismail. Ok nak cerita sedikit tentang pinggan mangkuk. Pinggan mangkuknya memang murah. Saya beli yang berharga rm149.00 ada 40 pic set. Jadilah kan. Asalkan ada untuk kenangan. Selepas membeli  kami pun round-round sekitar Taman Helang sebab memudahkan untuk pulangkan kereta sewa. Rasa nak round lagi tapi tempoh masa chek out bilik dan kereta dah tamat kenalah balik. Apatah lagi masih banyak tempat yang kami tidak sempat kunjungi. Insya Allah ada rezeki lebih, masa dan kesihatan yang Allah pinjamkan boleh lagi ke sini.







LANGKAWI MEMANG TERBAIK!!....


Ahad, 3 April 2016

Rumah Ku Kedai Ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Syukur alhamdulillah sekali lagi saya di beri kesempatan untuk luangkan masa dan di permudahkan untuk menambah entri yang tak seberapa ini. 

Rasa dah lama sangat saya tak menulis entri tentang cara-cara jahitan. Minta maaf ya rakan-rakan dan yang sudi berkunjung di Laman ini. Sejak menerima tempahan baju sekolah rendah dan menengah, malah tudung sekolah, saya menjadi sibuk untuk siapkan tempahan. Maklumlah tak ada pekerja.

Jika tempahan siap dapatlah income dan rasa seronok bila dapat duit sendiri. Tak adalah banyak sangat tapi bolehlah pendapatan ini saya masukkan dalam tabung haji. Opps!! malunye. Orang lain dah banyak kali ke Mekah, kita pula baru berniat. Aamiin. Moga di permudahkan. Apapun bersyukur sangat-sangat masih di beri kesihatan dan rezeki.

Sambil-sambil menjahit tak salah rasanya saya promotkan Kopi Pak Belalang. Maklumlah stok sentiasa datang jadi kenalah kuat promot. 

Tempahan baju kurung sekolah rendah 40 helai siap. Rm15 sepasang.




 Siap baju sekolah. Pelanggan ini minta tudung sekolah 30 helai. Alhamdulillah siap juga dalam 4 hari.


 


Pelanggan datang ambil kain yang dah siap dan bawa kain baru. Seronok sangat dapat jumpa pelanggan ini. Moga kerjasama di permudahkan dan berpanjangan rezeki.





Sambil-sambil menerima tempahan, boleh juga promotkan Kopi Pak Belalang. Kalau dah rezeki itu milik kita sesiapa pun tidak dapat mengambilnya.




Selamat berniaga semua...

Selasa, 22 Mac 2016

Perancangan Kewangan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat hingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah.

Kali ini hanya sekadar untuk berkongsi dan merasa syukur dengan apa yang Allah pinjamkan.

Perancangan ini suami saya yang buat. Saya hanya membantu untuk jayakan sahaja. Alhamdulillah setekat ini kelihatan juga apa yang di usahakan oleh suami.

Minatnya mengikuti kursus pengurusan kewangan malah banyak membeli buku terutamanya majalah berkaitan dengan usahawan dan hartanah.

Pembukaan buku bank untuk memudahkan pengasingan keperluan jangka pendek mahupun jangka panjang. Apatah lagi jika ada kemahuan untuk berhenti dari kerja kenalah ada.

1. Simpanan 6 bulan gaji.
2. Semua hutang bank dan kereta telah habis bayar.
3. Mempunyai rumah sendiri
4. Ada perniagaan

Namun begini lah lumrahnya hidup. Bila kita menyimpan dan sanggup hidup bersederhana, apa yang kita simpan asyik pula berkurangan. Kadang-kadang bila keluarga dalam masalah mereka akan meminta pinjam. Tak bagi kesihan pula. Lagi pun membantu orang itu pahalanya besar, apatah lagi keluarga sendiri.

Apa yang penting kita usaha. Suami kata kita hanya merancang, apa lagi kehidupan sekarang semuanya perlukan wang dan nilai wang sudah semakin susut. Bukan untuk menjadi orang kaya yang bakhil dan bangga diri. Tapi hidup sekurang-kurangnya dari segi kewangan kita tidak meminta pertolongan orang lain.

Moga apa sahaja usaha dan niat kita yang baik di permudahkan Allah. Aamiin.



Isnin, 14 Mac 2016

Bersabarlah Pahala Buat Mu

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk meneruskan rutin harian, walaupun mungkin situasi yang berlainan.

Kali ini saya bukan ingin berkongsi tentang ilmu jahitan. Kebelakangan ini saya jarang membuka FB saya. Bukan apa, kadang terasa boring dengan komen yang tidak berfaedah. Apatah lagi soal mengata, soal strees dan macam-macam lagi. 

Sebagai hamba Allah yang bergelar wanita, saya merasa kagum pada kaum wanita terutamanya, kerana mampu kuat berdiri walaupun dibebani dengan pelbagai masalah.  Strees dengan keadaan tempat kerja, balik dengan kerenah anak-anak dan di tambah pula dengan perangai suami yang bertambah pelik akhir-akhir ini. Soalnya..mana ada manusia yang lari dari masalah. Samada masalah itu besar mahupun  kecil. Rata-ratanya wanita menjadi mangsa bila timbulnya satu masalah dan sering di persalahkan. 

Ketika saya sedih saya akan berfikir, ramai lagi di luar sana yang di uji dengan ujian yang lebih besar. Malah setiap hamba, Allah berikan ujian mengikut kemampuan hambaNya.

Ada wanita yang kahwin awal dapat pula anak ramai, bila usia perkahwinan lebih 15 tahun, mulalah si suami balik lewat, ada perempuan lain dan sebagainya. Isteri tidak pandai jaga makan pakai suami. Bentuk badan isteri dah berisi, dulu pinggang 25 inci sekarang dah 40 inci. dulu muka licin sekarang dah berkedut dah bejaragat. Akhirnya si suami kahwin lain. Dulu sebelum kahwin lain dapat lah bagi isteri tua rm1500 sebulan, almaklum anak ramai. Lepas kahwin bini kedua, hanya bagi isteri tua rm500 sebulan. Terpaksalah isteri tua kerja hingga lewat malam untuk menampung kos hidup. Itu pun alhamdulillah isteri tua tinggal dengan mak kandung ada juga yang tolong jaga anak-anak. Suami pula sebulan 3 x saja balik rumah.

Kes lain pula, Isteri belum mengandung walaupun sudah 10 tahun berkahwin. Bila isteri izinkan suami kahwin lain kerana inginkan suaminya mempunyai zuriat. Bila suami dah kahwin dapat anak dengan bini baru akhirnya isteri tua di cerai. Nau'zubillah.

Kes lain. Suami kata out station, ada kerja di luar, walaupun isteri tengah sarat mengandung. Berapa hari isteri dapat panggilan mengatakan suami terlibat dalam kemalangan dan maut bersama isteri yang baru di nikahi. Allahuakbar.

Kes lain. Bila wanita kahwin lewat, ramai yang mengata, malah memandang serong dengan memanggil andartu. Ramai juga yang dah kahwin malah belum di kurnia kan anak, walaupun sudah pelbagai cara di gunakan. Ini juga di jadikan bahan bualan.

Sebagai manusia kita hanya merancang namun segalanya ketentuan Yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu bersabar dan berdoa agar rumah tangga kekal hingga ke Jannah. Cubalah didik diri kita untuk menerima takdir, kerana segala yang kita ada ini hanya di pinjamkan. Maknanya bila-bila sahaja akan di ambil dengan pelbagai cara. Semoga kita kuat menghadapi dengan sabar dan menganggap musibah itu ada hikmahnya. Aamiin.

Bersabarlah wahai Wanita PAHALA buatMU. Wallahua'lam.
 

Isnin, 7 Mac 2016

Kelas Asas Di Tangguh


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah pinjamkan pada kita ini..kita masih lagi dapat meneruskan rutin harian kita seperti biasa. Moga segala urusan kita di permudahkan. Aaamiin.


Saya memohon maaf kepada mereka yang ingin mengikuti kelas Asas jahitan kerana saya masih lagi tangguhkan kelas kerana tempat untuk belajar tidak sesuai. Ramai juga yang sms dan watsap untuk bertanya, kelas ini bila akan di sambung semula. Memandang kan saya hanya menyewa rumah buat masa ini, jadi kenalah tangguh sampai saya dapat pindah rumah semula.di mana dan bila itu belum pasti lagi.

Insyaallah jika di beri kesihatan dan rezeki yang lebih, akan saya beritahu semula.

Untuk pengetahuan bagi mereka yang ingin mengetahui bisnes yang saya jalan kan ialah, hanya menerima tempahan tudung sekolah, menjadi agen Kopi Pak Belalang sahaja. Jika berminat boleh wasap atau sms di no yang tersedia.























Meniaga itu SUNNAH.

Rabu, 24 Februari 2016

Baju Sekolah Rendah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Moga anda sentiasa di rahmati Allah.

Alhamdulillah, rasa lega sedikit bila dah dapat buat entri kali ini. Sedih rasanya lama tak ke Laman yang tak seberapa ini. Ada sahaja yang menghalang niat nak buat entri. Walaupun entah apa-apa tajuk entri yang saya kepilkan.

Saya tak ke mana pun, hanya sibuk sedikit menyiapkan tudung dan baju sekolah. Alhamdulillah kini dah mulakan baju sekolah rendah. Kasihan tuannya dah bertanya dah mula ke belum. Tapi katanya hanya setakat bertanya sahaja. Lega hati dengan pelanggan yang di sayangi ini.

Belum lagi dengan melayan pertanyaan kelas yang masih tertundah. Kopi Pak Belalang yang bertimbun stok dan yang terbaru ada juga yang tersesat tanya tentang Easy Iqra' yang lama saya tak aktif kan. Maaf ya.

Insyallah moga segala urusan di permudahkan. 


Baju sekolah rendah rm15 sepasang ( upah sahaja ).




Tudung sekolah Rm7 sehelai untuk saiz S dan M, Saiz L rm8 dan saiz Xl rm10 untuk ( borong sahaja ).





Kopi Pak Belalang Rm20 sekotak ( borong sahaja ).





Jumpa lagi di lain entri.

Jumaat, 29 Januari 2016

Alas Meja Sekolah

Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah beri walaupun sedikit berbanding dengan orang lain.

Dari awal bulan Jan hingga awal bulan Feb ini rasanya kalut nak siap kan tempahan.
Apa pun insya Allah moga sahaja di permudahkan dan kesihatan yang sentiasa terjaga. Aamiin.

Alhamdulillah sementara nak siapkan tempahan tudung yang di tempah, dapat pula tempahan alas meja untuk perpustakaan sebuah sekolah.
Walaupun dalam keadaan nak cepat siap ada sahaja halangannya. Kain sekolah habis stok kena tunggu ada stok baru dapat siapkan. Kain untuk alas meja juga tidak cukup. Terpaksalah tunggu tuannya hantar kain. Macam itu lah lumrahnya perniagaan.

Apa pun seronok dapat pelanggan yang sporting, memahami dan tidak berkira. 
Terima kasih sangat-sangat atas kerja sama yang di berikan.










Kita hanya merancang segalanya Allah yang tentukan. Apa pun moga itulah yang terbaik untuk kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...