Ahad, 19 Julai 2015

2015 Raya Lagi Di Johor

Alhamdulillah .

Syukur alhamdulillah, walaupun tahun ini tahun kelima kami menetap di Johor dan hanya sekali beraya di Kampung tetap syukur kerana dapat beraya bersama dengan jiran-jiran yang sama-sama tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Raya pertama beraya bersama staf di Unit Xray. Raya kedua di rumah jiran. Raya ketiga alhamdulillah buat open house di rumah pula. Walaupun hanya 4 keluarga yang datang namun terubat juga hati kerana tidak dapat balik kampung.  Sekurang-kurangnya tak adalah beraya seorang diri # syukur selalu, kalau bukan saya yang ingatkan si suami pun mengingat kan.

Masak pun hanya Rendang, Kuah Lontong, Nasi Himpit dan Ketupat Palas Adabi, sedikit buah. Mengenai baju raya pula kami memilih warna puple tahun ini. Itu pun sebab baju ini bolehlah juga kami pakai masa majlis kahwin bulan depan ini. Jimat sedikit kan?..Raya pertama dan kedua pakai baju lama.

Buka sekolah nanti pasti ramai anak-anak jiran pula datang beraya di rumah. Anak-anak ini datang pun hanya sekadar untuk meminta duit raya.  Maklumlah kan mereka ini berlumba-lumba mengumpul siapa yang banyak dapat duit raya. Memang seronok zaman kanak-kanak.





Dah tak sabar sebenarnya dapat pindah. Moga sahaja cepat. Apapun syukur lah masih bersama insan tersayang.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA dan Maaf Zahir dan Batin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...