Rabu, 19 November 2014

Jom Mengait

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah pagi yang indah ini  marilah kita  sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat yang tidak terhingga ini. Selawat serta salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Bagi mereka yang minat menjahit atau mengait, terutama bagi ibu-ibu suri rumah mahu pun mereka yang berkerjaya, mungkin berminat dengan gambar-gambar dibawah. Kadang-kadang melihat gambar sahaja membuatkan kita tertarik apa tak lagi jika benda itu membantu kita menambah pendapatan. Dulu mengait ini menjadi salah satu minat saya. Namun kini lebih kepada menjahit kain, lebih-lebih lagi jika ada tempahan. Bila ada tempahan kenalah siapkan dahulu. Takut lambat siap pelanggan akan lari. Tapi bila tak ada tempahan bolehlah kait benang sambil goyang kaki tengok Tv.

Hidup ini kena pandai mencari idea bagaimana mahu menambah pendapatan. Kerja tetap kita lakukan tapi dapat pula income tambahan. Memang seronok lah. Setiap orang ada keyakinan dan usaha yang lebih. Bergantung kepada keberanian dan keyakinan. Bila jatuh tak menyalahkan orang lain. Jika hanya duduk rumah atau buat kerja yang sama sahaja setiap hari memang membosankan. Sekurang-kurangnya baca buku atau apa sahaja yang memberi motivasi pada kita.

Wallahua'lam.






























Selamat mencuba....

Isnin, 17 November 2014

Tanah Kelahiran Ku

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam untuk semua blogger. Moga sentiasa ceria dan tercapai apa sahaja target hari ini.

Pagi yang cerah ini, saya ingin kongsikan pada anda betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa beruntungnya kita menikmati sebahagian nikmat yang diberikanNya. 

Gambar dibawah saya kongsikan pada anda. Inilah Tanah kelahiran kami adik beradik. Tanah ini seluas 5 1/2 ekar. Berdekatan dengan sungai, malah berhampiran dengan rumah kediaman kami juga terdapat sungai kecil yang airnya tidak pernah kering dan menjadi tempat kami memancing. Dahulunya tanah ini seluas 7 1/2 ekar. Namun tinggal 5 1/2 ekar setelah ayah menjual 2 ekar bersebelahan dengan sungai.

Tanah ini dahulunya kami hanya menanam padi sawah dan menanam sayur serta jagung dan sebagainya setelah siap menuai padi. Belasan tahun yang lalu abang telah membuat projek kolam ikan sebanyak 12 petak. Namun kolam ini tidak berapa menjadi, hanya 2 3 petak sahaja yang mempunyai air jika musim kemarau. Malah jika musim hujan beberapa petak kolam, airnya akan melimpah ke sungai yang berhampiran.

Kini abang telah menimbus semula 5 petak kolam. Katanya ingin menjadikan termpat tersebut pusat Rekriasi. Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana tempat tersebut. Namun apa yang saya impikan ialah tempat tersebut menjadi satu pusat Rekrasi yang:

1. Mempunyai Homestay
2. Mempunyai Dewan ( untuk aktiviti seperti Mesyuarat )
3. Tetap menjadi aktiviti memancing.
4. Sediakan Van untuk membawa pelancong ke kebun buah-buahan jika musim. Kebun buah-buahan seluas 7 ekar ( daripada 16 ekar ) dan membawa pelancong ke tempat-tempat yang menarik sekitar Ranau.

Apapun, segala apa yang saya rancanakan diatas tidak semestinya akan menjadi kenyataan, kerana memerlukan kata putus semua adik-beradik. Insyaallah semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan. Jika perkara yang baik kita lakukan akan dipermudahkan. Aamiin.



















































Jumaat, 14 November 2014

Keluhan Atau Luahan

Bismillahirohmaanirohhiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasa macam malas sahaja nak buat kerja hari ini. Tapi dah  tugas kena buat jugalah. Nak masak pun tak tahu nak masak apa. Selalunya sebelum masak kita dah fikir apa kita nak masak. Badan rasa letih sahaja. Lantas terfikir, ibu-ibu yang ramai anak mesti lagi penat buat kerja, layan suami dan kerenah anak-anak yang berbagai fiel. Kaum ibu yang berstatus ibu tunggal lagi kan bertungkus lumus memikul tanggung jawab.

Ramai juga yang mengeluh, kerana terbeban dengan kerenah anak-anak. Itu bagi mereka yang punya anak. Bagaimana pula dengan perasaan mereka yang tak punya anak. Bila orang yang ada anak bertemu dengan orang yang anak, kadang-kadang menjadi bualan.  Isu " ala ko tu ok lah tak ada anak ". Lantas orang yang tak ada anak akan merasa seperti anak itu seolah-olah satu bebanan bagi mereka yang ada anak. Persoalannya, adakah mereka berkata demikian kerana terbeban dengan anak atau sebaliknya.

Secara peribadi, saya rasa kata-kata itu sebenarnya bukan merasa terbeban dengan anak. Kata-kata itu hanya meluahkan perasaan semata-mata. Namun sesetengah orang menganggap perkataan demikian seumpama anak itu satu bebanan. Apa pun terpulanglah kepada pembicara kata-kata tersebut. Jika benar ada yang menganggap anak itu satu bebanan maka, kita doakan mereka ini menerima anak tersebut sebagai satu amanah yang Allah berikan. Setiap anak ada rezeki masing-masing dan kita bertanggungjawab keatas anak tersebut. Malah bukan hanya anak sahaja yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, malah apa sahaja yang Allah berikan kepada kita.

Apapun. Segala yang kita ada ini milik Allah. Setiap manusia diberi keistimewaan dan kelebihan. Kita usaha untuk dapatkan sesuatu, selebihnya kita sabar dan berserah pada yang Maha Esa. Kita tak tahu apa perancangan Allah bagi kita. Bersyukur apa yang ada.

Wallahua'lam.

Ahad, 9 November 2014

Tempahan Secara Borong

Bismillahirrohmaanirrohiim

Asalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger.


Semalam seseorang sms bertanyakan tentang nota cara buat Beg. Saya meminta maaf pada beliau kerana tidak dapat menjawab sms selanjutnya kerana kredit telipon habis. Bila dah sibuk dengan tugasan harian mencari rezeki, perkara sedemikian boleh lupa. Harap beliau dapat mencari di laman tersebut.

Semasa bercuti minggu yang lepas dapat sms dari pelanggan, sama ada saya boleh terima jahit jubah 100 pasang. Dia juga bertanya berapa Rm sepasang saya kenakan. Akhirnya saya menolak untuk menerima 100 pasang tapi jika mereka bersetuju saya hanya terima 50 pasang sahaja. Ini kerana tempoh masa yang diberikan terlalu cepat. Ini kerana kain pun belum diserahkan dan saya telah menerima baju kurung 20 pasang. Oleh kerana tempoh yang mereka berikan sama maka saya terpaksa dahulukan kain yang sampai dahulu. Pada awalnya niat untuk menerima tempahan jubah adalah untuk membantu Sekolah Tahfiz tersebut. Tetapi saya takut tidak dapat siapkan pada tempoh tersebut dan akan menyusahkan pelanggan. Lagipun kerja saya bukan hanya menjahit, kelas mengaji masih diteruskan. Mungkin bukan rezeki. Moga segala usaha dipermudah kan.

Kain tempahan buat majlis kahwin. Oleh kerana 20 pasang saya kenakan Rm25 sepasang tanpa poket, tanpa span dan leher biasa.










Rabu, 5 November 2014

Pulau Pangkor

Bismillahirrohmaanirrohiim

Salam satu blog. Moga semuanya sukses-sukses belaka.

Ketika sibuk menyiapkan tempahan, saya selit kan masa sedikit untuk menulis entri. Hari ini saya ingin mengajak anda untuk berkunjung ke Pulau Pangkor. Tambang Rm10 seorang ( dewasa ). Penjual tiket juga menawarkan pakej motor jika kami berminat. Katanya sampai di sana tak perlulah naik van, lebih selesa jika naik motor boleh keliling satu pulau.  Tiket motor pula Rm30.

Sampai di sana dah ada orang yang menunggu untuk menyerahkan kunci motor. Apa yang mengejutkan ialah, keadaan motor yang tidak selamat. Tempat pijak patah, sememangnya motor teruk jugalah. Keadaan Pulau yang berbukit, menyukarkan lagi motor tersebut hampir tidak sampai di puncak bukit jalan raya. Suami pula sentiasa bising. Saya pula meragam sakit perut, mencari tandas tapi susah benar nak cari tandas. Kebanyakan tandas berkunci, mungkin disebabkan bukan masa cuti jadi tandas tidak ada penjaganya. Tahan jela. Akhirnya pergi menumpang tandas sebuah hotel, menyelit di tengah-tengah penyewa hotel yang kebetulan ramai, mungkin daftar keluar atau daftar masuk.


Jeti Pangkor. Sampai sahaja sudah ramai orang yang menunggu di ruangan menyewa van dan motor. Rupanya dah sampai sini pun boleh sewa motor. Cuma kalau masa cuti, kena beli awal takut dah habis pula motor. Jika di beri pilihan tak nak dah naik motor dorang ni, dah rosak takut tak selamat. Mungkin juga tak semua motor tu macam dah nak pencen. Faham-faham je la ye.







Suasana dalam Feri.






Antara tempat yang boleh dikatakan menarik.















Galeri. 

Banyak jugalah maklumat yang ada di dalam ruangan ini.
















Dah nak balik.





Singgah sekejap tengok monyet. Monyet-monyet ni nampak jinak. Takut kalau-kalau masuk dalam kereta pula.








Selamat bercuti.

Selasa, 4 November 2014

Air Panas Sungai Klah

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam kepada semua blogger. Harap semuanya sentiasa ceria dan sihat waalafiat.

Kali ini saya bawa anda bersama melihat Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Taman ini terletak di Perak tidak jauh dari Teluk intan. Apa yang ada di sana ialah, tempat untuk mandi manda. Lihat sahaja gambar dibawah ini pasti anda rasa terujah untuk melawat tempat tersebut. Yuran seorang hanya rm12. Kanak-kanak Rm8.

Pada mulanya saya bezakan dengan Air Panas Poring ( Hot Spring Ranau ) tidak jauh dari kampung kelahiran saya. Sungai Klah, tidak dibenarkan membawa makanan dari luar kerana terdapat makanan yang dijual di kawasan ini. Ketika masuk di Taman ini, kenderaan kerita api juga di sediakan dan termaasuk dalam harga tiket.








Salah satu taman, pada mulanya saya fikir air ini sejuk, rupanya panas.









Tempat mandi yang sangat cantik. Air tak panas, hanya air biasa.






Cantik kan?...






Piss.....






Boleh masak telur pula tu. Mereka sediakan telur untuk dimasak. Tapi kena beli tau.













Ahad, 2 November 2014

Bilik Stor

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam satu Blog.

Semoga semuanya sihat walafiat dan sentiasa sukses dalam apa juga yang dilakukan. Seminggu balik kampung suami. Kali ini balik kampung rencananya pergi ke beberapa tempat. Balik pada 25hb Okt 2014, bertolak dari Kulai Johor 9 Am sampai ke Teluk Intan jam 4.30 pm. Alhamdulillah kali ini cepat sampai sebab kurang berhenti di R& R. Suami pun matanya sihat je tak mengantuk syukur alhamdulillah. Esok pagi gotong royong bersihkan bilik stor yang berkurun lama tidak dibersihkan. Walaupun rasa badan masih penat tapi kena buat juga. Tuhan saja yang tahu betapa banyaknya barang lama dan baru dalam stor tersebut. Rasanya sejak 3 tahun bilik tersebut tidak pernah dibersihkan. Melihat keadaan bilik tersebut saya dah rasa seram, sudah lah gelap. Almari, kusyen, tilam pinggan mangkuk, buku-buku dan macam-macam lagi di dalamnya. Pada mulanya bilik tersebut bukanlah stor, mereka sendiri tidak sedar sejak bila bilik tersebut menjadi stor. Jika ada barang yang tidak di guna mereka akan letak dalam bilik tersebut sehingga menjadi bilik stor.

Cicak besar berlarian, seekor lipan sebesar ibu jari menggerunkan, namun apa yang paling digeruni semasa suami terjumpa kulit sisik seperti baru bersalin sisik agaknya. Mula dari itu kami semua dalam ketakutan nak bersihkan. Lihat gambar ini.









Inilah bendanya yang suami jumpa ketika kami sibuk mengeluarkan barang-barang dari bilik stor. Betapa membazirnya jika barang yang masih elok tetapi di simpan dalam stor akhirnya akan rosak. Dahulu saya pernah dengar seorang ustaz memberi ceramah," jika dalam tempoh tertentu masih ada pakaian yang kita tidak gunakan maka wajib kita memberi sedekah." Apa yang saya faham, jika banyak baju tersimpan lama, sampai kita tidak memakainya kerana terlalu banyak maka lebih baik kita sedekah kan daripada membazir. Wallahua'lam.

Saya mengambil iktibar dari apa yang saya temui ketika membersih kan bilik tersebut:


1. Jangan membazir.
2. Barang yang penting dokumen dan buku-buku yang kita rasa berharga jangan di simpan dalam stor. Rumah kalau besar kita buat satu sudut untuk ruangan membaca dan asing kan benda yang paling penting seperti dokumen.
3. Mana-mana barang yang masih boleh pakai tapi kita tidak gunakan , lebih baik kita beri pada orang lain.
4. Sentiasa bersihkan bilik mana-mana yang di jadikan stor. Jangan tunggu sampai lama, almari dah reput, kusyen pun sampai melekat di dinding, belum lagi dengan dinding dan lantai yang telah menjadi serang semut dan binatang berbisa. Membahayakan. 
5. Yang paling penting kena RAJIN.

Seram sejuk bila teringat masa tersebut. Moga kita semua menjadikan ini sebagai iktibar. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...