Rabu, 12 Ogos 2015

Terima Kasih Suami

Alhamdulillah..

Syukur kelas asas menjahit telah pun di sambung semula selepas raya. Rupanya ramai juga yang berminat untuk belajar menjahit. Apa yang menjadi halangan bagi mereka ialah kos yuran yang mahal, jauh dan kadang-kadang mereka tidak dapat datang kerana suami kerja dan tidak dapat hantar. Apa nak buat kan..lepas kahwin ini, nak pergi.. suami pula bimbang dan sebagainya menjadi alasan yang memang munasabah sebagai seorang isteri yang taat kepada suami. Yelah suami penyayang yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan si isteri.

Alhamdulillah masih ramai suri-suri kita di hargai bila ada suami yang sanggup menghantar isteri untuk belajar menjahit demi memberi sokongan memenuhi minat isteri walaupun jauh. Tabik pada suami-suami yang penyayang dan sentiasa memberi sokongan pada isteri.














Apapun semua moga semuanya di permudahkan.

Ahad, 19 Julai 2015

2015 Raya Lagi Di Johor

Alhamdulillah .

Syukur alhamdulillah, walaupun tahun ini tahun kelima kami menetap di Johor dan hanya sekali beraya di Kampung tetap syukur kerana dapat beraya bersama dengan jiran-jiran yang sama-sama tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Raya pertama beraya bersama staf di Unit Xray. Raya kedua di rumah jiran. Raya ketiga alhamdulillah buat open house di rumah pula. Walaupun hanya 4 keluarga yang datang namun terubat juga hati kerana tidak dapat balik kampung.  Sekurang-kurangnya tak adalah beraya seorang diri # syukur selalu, kalau bukan saya yang ingatkan si suami pun mengingat kan.

Masak pun hanya Rendang, Kuah Lontong, Nasi Himpit dan Ketupat Palas Adabi, sedikit buah. Mengenai baju raya pula kami memilih warna puple tahun ini. Itu pun sebab baju ini bolehlah juga kami pakai masa majlis kahwin bulan depan ini. Jimat sedikit kan?..Raya pertama dan kedua pakai baju lama.

Buka sekolah nanti pasti ramai anak-anak jiran pula datang beraya di rumah. Anak-anak ini datang pun hanya sekadar untuk meminta duit raya.  Maklumlah kan mereka ini berlumba-lumba mengumpul siapa yang banyak dapat duit raya. Memang seronok zaman kanak-kanak.





Dah tak sabar sebenarnya dapat pindah. Moga sahaja cepat. Apapun syukur lah masih bersama insan tersayang.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA dan Maaf Zahir dan Batin




Rabu, 15 Julai 2015

Tempahan Last Ramadhan

Salam penghujung Ramadhan buat semua.

Semoga kita menjalani hari-hari terakhir Ramadhan dan menjelang Syawal dengan penuh kesyukuran dan moga rahmat sentiasa bersama kita.

Penat rasanya, last-last puasa ini masih ada lagi yang merayu nak minta jahit kan baju raya. Ada sahaja alasan mereka. Semua orang dah siap baju raya, bila chek rupanya si kecil tak ada baju raya. Tukang jahit lupa pula nak jahit kan. Kita pula yang dah nak rehat untuk persiapan raya pun kenalah juga tolong sebab kasihan. Alhamdulillah baju pun setengah hari boleh siap kalau tak dah malas nak terima.



Apa pun moga anda semua bergembira di Hari Syawal nanti bersama keluarga. Syukur alhamdulillah di Bulan Ramadhan ini sahajalah kita dapat menambah amal ibadat. Apa pun moga sepanjang bulan Ramadhan ini segala amal kita di terima Allah. Amiin.

Sabtu, 4 Julai 2015

Baju Nikah

Bismillahirrohmaanirrohiim...

Sekali lagi kita dapat berkongsi cerita. Tahun ini tempahan jahitan untuk raya nampak gayanya ramai yang memilih Drees. Sibuk menyiapkan tempahan, malah akhir-akhir ini masih ada yang merayu untuk minta di jahit kan baju rayanya. Inilah rutin seorang tukang jahit. Alhamdulillah kini dah semakin sedikit untuk di siapkan dan saya pula dah mula memasang niat untuk memasak kuih raya pula. Bukan untuk di jual tapi untuk sendiri  sahaja. 

Suami dah pun mula meminta untuk masak kuih raya, tak banyak pun takpe asal ada. Lagipun tahun ini tak dapat balik kampung jadi nampak gayanya berayalah berdua di rumah. Sementara itu baju nikah seorang hamba Allah yang bakal jadi pengantin baru ini dah siap. lihat gambar di bawah.

Seperti biasa lah cara potong dan jahit adalah sama sahaja. Oleh kerana kain kosongnya 4 meter tapi kain renda hanya 2 meter saya pun buat kan dia drees dan jadilah seperti ini. Bahagian lengan saya tampal dengan lebihan kain renda supaya tidaklah pelik bahagian lengan langsung tak ada renda. Bahagian depan saya jahit kan manik yang hanya kelihatan simple sahaja. Sebenarnya inilah kali pertama saya jahit baju nikah, dan jahit manik pula bukanlah bidang saya. Semoga sahaja tuannya suka. Kerana semuanya adalah percuma. Tolong jahit dan siap beli manik lagi...he he he...


Bahagian badan





Cantum badan dengan kain bawah. Oleh kerana kain renda hanya dua meter jadi kain bawah tidak dapat di kembangkan lagi hanya setekat mana yang dapat sahaja.






Cantum tangan dan terus siap...







Dah siap jahit baju baru lah jahit kan manik mengikut kriativiti masing-masing. Oleh kerana badan nya sihat jadi saya jahit kan dat depan belakang. Sekiranya sempit boleh lah buka dat tersebut.

Moga majlisnya selamat dan berjalan dengan lancar dan mereka berdua di rahmati Allah hingga ke Jannah. Aamiin.


Laptop Ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Moga anda semua berada di dalam keadaan sihat ye. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sekali lagi saya dapat mengisi masa dengan menulis entri dalam blog yang lama menyepi ini. 

Rindu sangat-sangat untuk berkongsi ilmu dan cerita dengan Blogger yang lain. Setiap kali membuka Laptop lama saya ini, mula lah saya bosan menunggu lama untuk Louding. Mungkin masalah Laptop atau Line tak ok. Apa pun sabar sahaja lah. Nampak gayanya Laptop kenalah di format semula dan semuanya menunggu ada masa untuk di servis.

Inilah Laptop lama kesayangan saya. Saya beli pada tahun 2009 selepas mendapat pinjaman PTPTN ketika menimba ilmu dulu. Nak beli yang mahal tak mampu, kenalah berdikari sendiri. Yang penting tak menyusahkan keluarga. Laptop yang banyak juga berjasa pada tuannya dan menyimpan sejuta kenangan. Jika ada rezeki sekali pun, sekiranya masih boleh digunakan tetap tak ingin di ganti. Lagipun lebihan rezeki boleh di guna untuk perkara lain pula.




Agaknya muatan dalaman dah terlampau padat-sepadatnya menyebabkan Laptop kesayangan ku ini dah mula sakit. Kasihan...sabar dulu lah ye..insyallah bila bos dah ada masa kita format semula.


Jumaat, 19 Jun 2015

Seluar Pendek Lelaki

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Salam Al-Mubarak...buat semua.  Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Syukur PadaMu Ya Allah. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita. Aamiin..

Lama juga saya menyepi kan diri. Laptop pula buat hal akhir-akhir ini, di tambah dengan jahitan yang mahu di siapkan membuatkan saya malas menunggu lama depan laptop ini. Agaknya dah nak minta tukar.

Selalunya kita sering dengar permasalahan aurat wanita. Pakaian sendat, tudung pendek, dan sebagainya. Kita jarang dengar tentang permasalahan aurat lelaki kerana lelaki hanya di had kan aurat. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang aurat lelaki kenalah bertanya pada yang lebih arif. 

Melihat suami suka memakai seluar pendek ketika di rumah membuatkan saya seperti terdetik hati mahu jahit kan dia seluar pendek bawah lutut. Sekurang-kurangnya bila ada tetamu atau orang nak datang rumah secara mendadak tak adalah kelam kabut nak tukar seluar pendek atas lutut kan??..Bila siap suami kata best je pakai..he he he..itulah gunanya boleh menjahit. Jimat dan kita boleh jahit seikut kehendak kita. Selesai menyiapkan tempahan seluar untuk di pakai masa tarawih yang di tempah orang Sabah ini, saya pun jahitkan beberapa pasang seluar untuk suami. Inilah hasilnya.

Cantik pula kain batik ini bila suami pakai. Apa yang penting aurat terjaga dan santai memakainya.





















Moga-moga segala amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima Allah. Aamiin.



Selasa, 9 Jun 2015

Sayang Kinabalu

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam buat semua...

Hari Jumaat 5hb Jun 2015, minggu pertama yang lepas telah mengejutkan penduduk Sabah malah seluruh dunia. Peristiwa ini telah mengorbankan banyak nyawa. 

Awal pagi ketika jam 8am saya telah menerima panggilan telipon dari seorang adik saya. Pada mulanya saya tidak mengambil berat tentang gempa tersebut kerana Ranau pernah beberapa kali di timpa Gempa. Namun saya teringin juga mendengar cerita dari kampung. 

Menurut kakak, kali ini Gempa sangat kuat. banyak bangunan dan kedai sekitar Pekan mengalami kerosakan. Selang beberapa minit saya whatsap abang untuk bertanyakan keadaan mereka. Ini kerana abang sekeluarga tinggal di sekitar Pekan Ranau. Saya amat terkejut apabila abang tunjukkan beberapa gambar Masjid Pekan Ranau dan beberapa almari tumbang di dalam rumah mereka. Melihat gambar tersebut barulah saya sedar bahawa Gempa kali ini sangat kuat.

Sekitar beberapa minit barulah saya melihat berita mengenai Gempa tersebut. Barulah saya tahu bahawa ada bahagian kawasan Gunung tersebut telah runtuh. Lantas saya teringat keluarga suami adik saya sering menjadi Malim gunung. Malah adik saya sendiri kerap kali pergi ke sana. Namun kerisauan saya lega setelah di beritahu mereka tidak ke sana ketika peristiwa tersebut. Malah beberapa saudara suaminya telah pergi ke sana namun mereka telah turun dari puncak pada hari Khamis.

Menurut cerita kakak, ketika kejadian berlaku dia dan anak bongsunya yang berumur 12 tahun berada di anjung rumah. Tiba-tiba bunyi kuat bermula di bahagian dapur barulah ke anjung rumah. Bunyi dan gegaran tersebut mengalir seperti ombak. Mereka berdua berpelukan, manakala anaknya yang seorang masih tidur di kusyen telah terjatuh. Ayam dan anjing di luar rumah berlari ke bawah rumah yang berdekatan untuk berlindung. Begitu juga jeritan suara jiran kiri kanan kerana terkejut. Saya bayangkan sendiri, kampung kami yang begitu jauh dari kaki gunung begitu terasa kesannya dengan gempa tersebut, inikan pula mereka yang berada berdekatan dengan Gunung tersebut.




Apapun semangat para Malim Gunung yang bertungkus lumus membawa para pendaki turun dari puncak gunung sangat menjadi satu contoh tanggungjawab dan sifat mulia yang sangat-sangat mulia dan dijadikan contoh kepada kita yang bernama manusia. 

"TABIK TUAN MALIM GUNUNG"

Salam Takziah pada semua keluarga mangsa yang terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...