Rabu, 18 November 2015

Kelas Asas Menjahit Di Tangguh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..syukur kita masih di beri pinjam oleh pemilik segala empunya apa yang kita miliki.

Alhamdulillah juga atas segala nikmat dan rezeki ini.

Lama rasanya tidak bersiaran dalam blog kesayangan Ku ini. Bila ada massa terluang teringin untuk menulis namun segalanya milik Allah. Masa yang terluang tidak mengizinkan, begitu juga dengan Laptop Ku yang dah tua ini meragam. Tambahan pula bila buka internet sahaja tak dapat buka. Dugaan....

Daripada menunggu line yang kurang menyenangkan ini, lebih baik saya guna masa untuk siapkan tempahan tudung sekolah yang tak seberapa ini.








Hari ini alhamdulillah dah siap potong tudung putih. Tinggal lagi tudung puple dan kuning. Tempahan di kirim pada awal bulan Dis. Manakala baju kurung sedondon untuk majlis nikah pada 5hb Dis kena di siapkan juga. Segalanya diusahakan sebelum tarikh tersebut.

Alhamdulillah juga setiap minggu ada sahaja yang bertanyakan Kelas Asas Menjahit. Walau bagaimana pun buat masa ini Kelas Asas Menjahit ini di tangguhkan buat sementara bagi menyiapkan tempahan. Insya Allah setelah segalanya selesai Kelas ini akan di sambung semula dan akan di dimaklumkan melalui Blog dan Page saya. 

Mohon maaf semua ye..

Ahad, 1 November 2015

Lesen Perniagaan

Allhamdulillah, dengan izin Allah selesai mendaftar kan diri sebagai seorang peniaga secara online. Pada mulanya suami lah yang beria-ia sangat minta saya daftarkan perniagaan. Bukan apa..sejak takut di saman oleh pihak tertentu, saya jarang promotkan jualan secara atas talian.

Secara kebetulannya, bila suami pindah di Ipoh Cawangan Pejabat SSM berdekatan dengan tempat kerja suami. Saya pula mengambil kesempatan untuk mendaftar kan perniagaan yang tidak seberapa ini. Mungkin ramai yang tertanya apa yang hendak disediakan jika hendak mendaftar kan diri.

Pertama: Sila bawa fotostat Ic anda. Sekeping  sahaja dan sediakan wang pendaftaran Rm70.60
Kedua:   Minta borang untuk daftar perniagaan, samada secara langsung ataupun atas talian di kaunter.
Ketiga:   Isikan borang hanya di tempat yang berkenaan. Sila lihat cara-cara mengisi di gambar yang di sediakan di hadapan anda.
Keempat: Sila ambil No di kaunter.
Kelima :   Tunggu no anda di panggil. Pegawai akan daftarkan jenis perniagaan anda mengikut apa yang anda catat.
Keenam: Pegawai akan arahkan kita ke kaunter lain untuk menunggu sijil kita siap.
Ketujuh: Pegawai panggil dan serahkan sijil.
Selesai......boleh balik...

Dah siap tu, kita pandai-pandai le nak jaga dan jangan lupa tiap tahun kena perbaharui. Kata pegawai tersebut, kita boleh perbaharui sijil ini di mana-man kuanter BSN yang berdekatan dengan alamat perniagaan kita.






Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Isnin, 26 Oktober 2015

Bila Sendiri Ku Teringat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang sudi singgah di Laman ini.

Hari ini masih terasa bosan duduk di rumah sendirian. Menunggu suami balik jam 6 petang merupakan rutin harian. Mahu sahaja keluar mengambil udara dan berjemur matahari ke runcit berdekatan. Namun selalunya terbantut niat di sebab kan takut di gigit anjing yang berkeliaran. Pilihan akhir menunggu waktu cuti suami barulah keluar.

Sambil menyiapkan helaian tudung yang masih belum di siapkan. Sering menunggu perasaan bila rajin barulah jahit. Buka fail foto teringat lah kenangan lama yang banyak mengajar erti sabar. Pelbagai ragam dan peristiwa suka dan duka. Apa pun segala kenangan itu moga yang manis di kenang yang pahit itu biarlah berlalu begitu sahaja.


Inilah kenangan semasa di KIST 08
















Al-Fatihah buat ( Arwah Al-Ustaz Ariffin )
























Semoga semuanya di bawah rahmat Allah. Aamiiin.

Isnin, 19 Oktober 2015

Bantal Hias

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini dan hari seterusnya menjadi hari yang ceria bagi anda.

Kali ini saya ingin kongsikan pada anda cara untuk menjahit bantal hias. Bantal hias ini anda boleh pelbagaian kegunaannya. Contohnya untuk perhiasan dalam kereta, dan sebagainya. Jom lihat gambar dan cara menjahit di bawah.


Pertama: Anda ukur selebar dan sepanjang mengikut kehendak sendiri. Kemudian cantumkan seperti dalam gambar di bawah.






Kedua: Jahit secara jelujur bahagian atas dan ikat. Kemudian ternalikkan dan jahit butang.







Langkah ke tiga: Jahir jelujur bahagian bawah.






Langkah ke empat: Masukkan kekabu
 





Langkah ke lima: Tarik benang untuk rapatkan kain, masukkan kedalam bahagian muncung kain yang anda jahit kedalam. Jahitkan butang bagi menutup bahagian yang anda masukkan tadi.






 Lihatlah hasil tangan anda hanya untuk mengisi masa.




SELAMAT MENCUBA......


Isnin, 12 Oktober 2015

Borong Tudung D Gopeng Ipoh

Syukur alhamdulillah urusan perpindahan dah selesai. Tiba hari Jumaat jam 4 pm, dengan hujan yang sangat lebat. Ketika sampai di rumah yang kami sewa, lori barang juga tiba. Keluarkan barang-barang dari lori walaupun dengan cuaca yang kurang memahami keadaan kami ketika itu. Alhamdulillah selesai juga. 

Hari kedua kemas barang mana yang perlu dahulu. Tengahari pula baru pergi beli sedikit barang dapur. Walaupun hari kedua ini belum mula memasak. Alhamdulillah kehadiran keluarga suami juga memeriahkan suasana dan merasa dekat dengan keluarga walaupun mengambil masa dalam 1 jam lebih ke Teluk Intan.
Hari ketiga kami meronda kawasan dan jalan ke tempat kerja suami. Alhamdulillah Syukur  pada Mu Allah, segalanya di permudahkan. Hari ke 4 saya mengemas rumah atur kan mana yang patut sementara suami berkerja pada hari pertama di tempat baru. Manakala hari ini hari ke 5 barulah dapat mengadap Laptop, sambil bersantai menarik nafas lega kerana 90% telah selesai.


Walau bagaimana pun bagi kelas asas  menjahit belum lagi di adakan, kelas akan di tentukan setelah melihat keadaan kesesuaian tempat dan lain-lain. Bagi anda yang ingin membeli tudung sekolah secara borong atau pun hanya kegunaan sendiri bolehlah hubungi saya di Bandar seri Botani. 






Rabu, 7 Oktober 2015

Borong Tudung Sekolah 2016

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah sekali lagi di beri keizinan untuk berkongsi idea dalam blog yang tak seberapa ini. Moga anda semuanya dalam keadaan ceria dan sihat walafiat. Aamiin.

Tinggal sehari lagi di Kulai Johor. Esok akan berpindah ke Ipoh. Semoga sahaja keadaan di sana lebih baik daripada keadaan di sini dari segi rezeki dan sebagainya. Aamiin.

Pada akhir hujung tahun ini ibubapa pastinya sudah mula bersiap sedia untuk mengira budjet untuk membeli keperluan anak-anak ke sekolah pada tahun hadapan. Apa tak lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai pastinya ingin berjimat cermat. Daripada pakaian, kasut dan tidak terkecuali tudung sekolah. Baru-baru ini ketika balik ke kampung suami. Saya di faham kan bahawa kain tudung sekolah yang bersaiz kecil bagi sekolah pra dan tadika, malah bagi tahun satu yang bermuka kecil sukar di cari di kawasan tersebut. Berkemungkinan juga di tempat yang sama juga sukar untuk di cari. Jika anda adalah salah seorang yang menghadapi situasi sedemikian maka anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan tudung sekolah bersaiz kecil dan murah.

=   Saiz L 10 helai ke atas Rm6 sehelai  ( tidak termasuk kos Pos )
=   Saiz M dan S 10 helai ke atas Rm5 sehelai. ( tidak termasuk kos Pos )

Jika lebih dari 10 helai ke atas, sama ada untuk diguna sendiri mahupun untuk di jual, harga boleh di runding.








Ahad, 4 Oktober 2015

Kelas Asas Menjahit Berpindah Di Ipoh

Assalamualaikum dan salam satu malaysia

Alhamdulillah syukur atas segala limpahan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Daripada rezeki yang besar hinggalah rezeki sekecil Zarra. Allah Akhbar.

Alhamdulillah hanya tinggal seminggu  kami berada di Kulai Johor. Insya Allah minggu depan, 12hb Okt suami akan mula bertugas di Bandar Ipoh. Ini bermakna..kelas belajar asas menjahit akan di adakan di kawasan tersebut. Alhamdulillah setakat masih lagi ada yang bertanya sama ada kelas asas menjahit masih lagi di adakan di Kulai. Di sini saya zahir kan ribuan terima kasih pada anda yang telah belajar dan ingin belajar bersama saya dan mohon juga saya zahir kan kemaafan di sini kerana hanya setakat di sini sahaja saya dapat adakan kelas asas menjahit di Kulai atas sebab yang tidak dapat di elakkan. 

Saya doa kan anda yang telah belajar dan ingin belajar namun tidak kesampaian, semoga usaha anda di permudahkan dan menemui guru menjahit yang lebih baik dari saya. Moga segala urusan kita di permudahkan. 

Aamiin.

Kelas Asas akan di adakan di Bandar Seri Botani. Jika sesiapa yang berminat untuk belajar asas menjahit yang berdekatan bolehlah hubungi saya di talian 0137491556 atau 0195600927
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...