Jumaat, 29 Januari 2016

Alas Meja Sekolah

Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah beri walaupun sedikit berbanding dengan orang lain.

Dari awal bulan Jan hingga awal bulan Feb ini rasanya kalut nak siap kan tempahan.
Apa pun insya Allah moga sahaja di permudahkan dan kesihatan yang sentiasa terjaga. Aamiin.

Alhamdulillah sementara nak siapkan tempahan tudung yang di tempah, dapat pula tempahan alas meja untuk perpustakaan sebuah sekolah.
Walaupun dalam keadaan nak cepat siap ada sahaja halangannya. Kain sekolah habis stok kena tunggu ada stok baru dapat siapkan. Kain untuk alas meja juga tidak cukup. Terpaksalah tunggu tuannya hantar kain. Macam itu lah lumrahnya perniagaan.

Apa pun seronok dapat pelanggan yang sporting, memahami dan tidak berkira. 
Terima kasih sangat-sangat atas kerja sama yang di berikan.










Kita hanya merancang segalanya Allah yang tentukan. Apa pun moga itulah yang terbaik untuk kita.

Isnin, 25 Januari 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama benar tak menulis. Hanya laman inilah tempat berkongsi pelbagai pengetahuan dan idea. Walaupun jarang sekali dapat menulis tapi pastikan setiap bulan mesti ada entri walaupun satu entri di ruang laman yang sering menyepi ini.

Kali ini saya kongsikan pada mereka yang ingin membawa keluarga untuk makan di luar. Seperti saya jika bosan makan masakan sendiri boleh lah bawa keluarga ke tempat ini.

Ayah mertua yang rekomenkan tempat ini. Katanya makanan di sini banyak menyediakan lauk pauk dan nasi pula ada yang di sediakan dalam Bamboo. Masa tiba di tempat tersebut, memang sangat teruja dan terasa betapa hebatnya pemilik restoran ini. Lihat sahaja gambar dibawah ini.

Masa sampai tengahari, parking dah penuh. Siap ada yang jaga bahagian parking, menandakan ramainya pelanggan.





Rasa seperti kenduri kahwin suasana restoran.





Kepelbagaian lauk pauk yang memikat pelanggan, malah jika di ikut kan nafsu yang lapar nak sahaja semua lauk di beli. Harga juga berpatutan.





Sila beratur ya puan..




Daging kambing selai yang memang sedap.





Memang antara restoran yang terbaik!!..

Isnin, 11 Januari 2016

Buat Label Sendiri

Salam buat semua penggiat seni dan ilmu. Moga di pagi selasa yang ceria ini kita semuanya ikut ceria ya.

Pagi ini terdetik pula hati ingin kongsikan pada mereka yang masih terkial-kial mencari dan mungkin ingin berjimat. Saya antara jutaan manusia yang jika boleh mahu berjimat dan mahu sahaja semua benda di buat sendiri barulah dapat jimat kos. Itu angan-angan sahaja. Baru sahaja dua tiga perkara yang kita lakukan dah tak larat, jangan kata semua benda kan?..

Alhamdulillah setelah beberapa blog saya selongkar untuk mengait ilmu, akhirnya dapat juga saya berjaya buat label sendiri. Tq rakan-rakan blog yang sudi berkongsi ilmu. Apa pun teringin juga nak berkongsi cerita mengenai label saya ini.
Jom..kita mulakan cerita.

Pertama: Kertas Transper paper saya beli di kedai komputer yang ada cetak gambar kat baju, harga rm6 sehelai. Mak oi memang mahal. Katanya kalau nak tempah dia boleh bagi harga rm5.50 sehelai. Berfikir sakan saya masa tu. Tu pun beli jugalah sehelai untuk test. Sampai rumah cubalah buat, mengikut arahan rakan-rakan blog. Rupanya kertas saya tu tak payah guna mirror, tak payah terbalik kan perkataan. Bagi mengelakkan kerugian saya cut jugalah huruf saiz sahaja walaupun terbalik. Jadilah asal ada untuk di lekatkan pada tudung saya. Itu cerita mengenai kertas paper ya. Kasihan - kasihan. Bukan salah blogger pun sebab kertas transper ni banyak kut jenisnya.





Kali ini saya beli kertas yang ada garisan. Lihat gambar di bawah. Masa nak print pun ikut cara ni ye.
Pastikan nama yang kita print tu bukan yang tempat ada garisan. ( Jika terbalik masa letak kertas cuba letak dan print semula..insyaallah boleh di guna semula kertas tu. ). 




Kedua: Saya hanya guna Mesin Printer Canon sebab ini sahaja lah Printer yang saya ada. 





Ketiga: Sebelum print buat dulu label kita ya. Saya guna Word sahaja yang lain tak reti. Ubahlah mengikut gaya tulisan dan saiz yang kita nak. Saiz yang saya pilih bagi perkataan ialah 14 je. Tapi bahagian saiz iaitu S, M, L dan Xl saya pilih saiz 10. Tujuannya supaya dapat jimat kertasnya.




Keempat: Print. Ikut je gambar kat bawah ini.









Klik bahagian Propetes dan cari bahagian tishrt transper.







Dah tu klik sahaja ok. Sila lihat gambar ye. Yang ini saya tak cari mirror sebab tak jumpa pun. Saya dah dapat cari tishrt transper jadi saya klik tu je lepas tu tekan ok dan print. Jika keluar gambar macam kat bawah ni klik je ok.




Bila tengah print tulisannya dah memang terbalik. 





Gambar kat bawah ni saya saja-saja try buat untuk baju. Tapi tak berapa menjadi.





ini gambaran baju yang tak menjadi.





Kelima: Dah print saya cut.







Letak macam ini dan ion terus atas tali tape yang kita beli. Tali tape saya beli di Mydin 3 gulung rm5 sahaja. Saiz yang macam 1 inci tu. Sorrylah lupa tengok saiz ye..jadi main agak sahaja.






Ion dengan kepanasan maximum ye.alam8 saat tu kira-kira dah melekat angkat dan terus buka macam gambar di bawah.








Saya terus sahaja ion di tali tape dan last sekali barulah saya gunting satu persatu dan asing kan mengikut saiznya. Mudah kan?...





Siap alhamdulillah.




Terima kasih kepada pemilik-pemilik blog yang banyak menyumbang kan ilmu. Moga ilmu dapat kita manfaatkan bersama.

Selamat mencuba...

Khamis, 7 Januari 2016

Baju Jururawat Part 2

Alhamdulillah, sentiasa  bersyukur walaupun nikmat itu sebesar zarra.

Sambungan dari pada baju jururawat part 1 dulu, baju tersebut barulah dapat saya siapkan kerana terganggu dengan permintaan tudung yang tak seberapa. Apa pun alhamdulillah siap.

Bagi mereka yang ingin mencuba jom kita kongsi caranya. Apa yang saya buat ialah, dapatkan contoh baju yang dah siap untuk di ukur. Ukur semua bahagian yang di cantum pada baju contoh tersebut. Buat permulaan ukur biarlah lebih sedikit dari pada ukuran sebab jika salah atau sempit boleh di ubah. 





Step kedua: Bila semuanya dah potong, cantumkan bahagian leher dahulu, kemudian bahagian belakang, kiri dan kanan. Untuk makluman bagi mereka yang seperti saya, bahagian bahu memang sukar sedikit. Baju pertama saya jahit lancar sahaja, tapi bila baju kedua dan ketiga semakin sukar pula saya jahit. Mungkin stepnya saya lupa atau sebab terganggu dengan tempahan yang lain. Biasa lah tu kan?..







Step ketiga: Bila bahagian badan dah di cantum barulah cantumkan bahagian tangan. Sebaiknya cantum bahagian bahu dulu pada kedua-dua tangan kiri dan kanan. Lihat gambar di bawah. Cara ini adalah mudah. Ketika menjahit mulakan hujung lengan dan temukan bahagian ketiak agar jahitan tersebut tepat pada keduanya ( depan dan belakang ). Harap faham lah ya.




Step keempat:  Bahagian depan untuk di letak kan butang tu, ukur dulu lebar dan panjang kain yang nak di jahit kan butang. Tak faham lihat contoh baju. Bila dah ukur, tanda dulu bahagian yang mahu di jahitkan lubang butang sebesar butang baju yang anda ada. Siap barulah jahit kain tersebut ke bahagian badan baju ya. Jangan tebuk bahagian lubang butang dahulu. Tanda tempat anda jahit butang bahagian kiri ( lihat contoh baju ) barulah tebuk lubang butang dengan cara samakan panjang baju bahagian kiri dan kanan. 





Maaf sebab lupa pula nak ambil gambar setiap step bahagian yang nak di cantum ini. Apa pun bagi yang ingin mencuba, semoga anda sabar dan di permudahkan ya. Aamiin.



SELAMAT MENCUBA..

Rabu, 30 Disember 2015

Terima Kasih Tuhan


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Alhamdulillah penghujung tahun 2015 ini, kita masih lagi di berikan peluang bersama insan tersayang. Sepatah dua pembuka cerita pagi ini. 

Kita mulakan hari dengan bersyukur, kerana kita masih lagi bersama keluarga yang tersayang. Jika kita hilang rasa syukur, jom lihat di sana, di sini juga ramai yang kehilangan insan tersayang. 

Penghujung tahun ini sahaja ramai yang kehilangan keluarga, malah pelbagai peristiwa yang sangat menyayat hati. Bukan bertujuan untuk mengungkit peristiwa pahit mereka cuma sekadar untuk menjadi tauladan dan ingatan buat kita bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Mati yang tiada sesiapa yang mengetahui mahu pun menduganya.

Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin tulat, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan atau mungkin tahun depan. Dengan cara apa pun tidak di ketahui. Malah mungkin kita sentiasa berhati-hati menghindarinya, namun semuanya urusan Allah, dan ini menandakan bahawa kita dan segalanya milik yang Khaliq. Sabarlah pada mereka yang menghadapinya..pasti ada sesuatu yang kita tidak ketahui. Berserah pada Allah dan jadilah hamba yang merima dan redha bahawa segalanya milik Allah. Anda adalah insan yang di pilih untuk menghadapinya kerana Allah tahu anda mampu. Moga anda tabah.

Maha suci Allah yang punya harta dan segala yang kita miliki. Maha suci Allah yang memegang nyawa, hati dan perasaan kita. Maha suci Allah yang sudi meminjamkan segalanya pada kita. Kita hanya menerima dan mengunakannya. Menggunakannya dengan pelbagai tujuan. Apa yang pasti setiap amalan menjadi tuaian kita di akhirat sana. Ingat! Apa yang kita pinjam bila tibanya saat, Allah pasti akan mengambilnya dengan cara yang kita tidak ketahui. 

Allahhuakbar! Subhanallah! Alhamdulillah! Laailaahaillallah. 

Syukur pada Mu Ya Allah.


Isnin, 28 Disember 2015

Kusyen Lama Ku

Salam buat semua.


Alhandulillah syukur pada Yang Kholiq kerana masih lagi kita melalui hari ini dengan ceria. Moga sentiasa di bawa perlindunganNya. Aamiin.

Lama sangat menyepi kan diri. Asyik dengan tempahan tudung dan kehendak pelangan ku yang tersayang. Tambahan pula terpaksa mengalah kehendak suami yang asyik nak balik kampung. Mantang-mantanglah kampung dah dekat. Jika tak di fikirkan soal budget pergi balik mahunya tiap minggu nak balik. Apa pun ketepikan soal itu dan sementara nak siapkan semua tempahan, kena juga cantik kan rumah walaupun kita hanya menyewa.

Kali ini hanya ingin berkongsi minat dan idea bagi mereka yang satu fesyen perasaan macam saya yang hidup bersederhana ini. Dulu masa nak pindah, kusyen ini mahu sahaja saya bagi pada orang sebab dah rosak. Tapi memandang kan kusyen ini boleh dibuat kan sarungnya, tak jadilah. Hanya kusyen yang satu tu memang rasa payah nak bagi cantik. Lagipun tak reti. Memandang kan sarung ini dah dua tahun saya jahit kan malah warna dan kainnya dah luntur, al maklumlah kain murah. Jadi sementara nak beli kain tudung terfikir pula nak cari kain-kain murah yang di lelong kerana penghabisan stok mahupun yang terakhir Orang beli tak habis dari kayunya. Alhamdulillah dapat juga jumpa. Rm3 semeter kain tebal macam langsir. Warna ini juga yang di pilih suami. Selepas itu kami ke kedai yang ada jual plywod tebal dan beli mengikut ukuran yang telah saya ambil. Harganya pula tak sampai rm30. dan hasilnya bila letak dan kain sarung dipakaikan memang berbaloi sangat. 















Kita bukannya tak mampu nak beli yang baru tapi kalau memang barang tersebut masih boleh di baiki tu rasanya elok di baiki. Duit pun kita save untuk beli keperluan lain.



Rabu, 16 Disember 2015

Baju Jururawat part 1

Salam buat semua yang sudi mengunjungi laman ini.

Kali ini mengenai baju jururawat pula. Belum ada apa yang hendak di kongsikan kerana proses memotong dan menjahit masih lagi dalam percubaan. Insya Allah jika siap dan ok saya akan kongsikan pada part 2. Bukan apa..untuk pengetahuan semua, saya tak pernah menerima atau mencuba menjahit baju unifirm Jururawat. Kebetulannya adik ipar, staf jururawat jadi dia pun minta saya cuba jahit kan kerana susah nak cari tukang jahit, malah upah juga sangat mahal. Nak di jadikan cerita, ketika proses memotong baju yang banyak step ini rupanya sangat-sangat meletihkan. Patut le upah nya mahal. Ada yang mengambil upah Rm80 hingga ke atas. Namun jangan bimbang pada semua tukang jahit, kerana staf jururawat mendapat elaun untuk baju mereka ini. Bukan bermaksud kita kena minta upah banyak, cuma biarlah berbaloi ye.
 










Bagi mereka yang baru nak cuba-cuba jahit baju ni..kenalah bersabar ye. Bahagian baju memang banyak step kena ukur dan potong malah kena memerah otak. Bahagian seluar kira senang sedikit kerana zipnya bahagian tepi pinggang. Nak tambah ilmu kenalah sabar kan. Walau apa pun moga apa sahaja yang kita usahakan dipermudah kan. Aamiin.

Selamat mencuba....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...