Sabtu, 4 Januari 2014

Kita Hanya Berusaha

Assalammualikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah sekali lagi saya dapat idea untuk menulis satu entri. Setiap kali menulis entri saya akan teragak-agak memberi apa tajuk yang lebih sesuai.

Hari ini saya menerima lagi satu tempahan Tudung Berdagu. Mudah-mudahan ini satu permulaan untuk ke maju depan. Tudung ini juga saya sangat berharap semua pelanggan akan berpuas hati dan menjadi pelanggan tetap. Bukan semua apa yang kita lakukan itu terus menjadi satu tarikan kepada semua orang. Dalam perniagaan sememangnya satu adat, yang maju akan jatuh dan yang belum maju akan maju.

Sebagai seorang yang masih baru bertapak, banyak dugaan dan pengalaman yang akan dihadapi. Namun saya tetap ingin mencuba melakukan yang terbaik. Jika jatuh tetap akan bangun dan jika maju tetap menjaga agar tetap maju ke depan.

Banyak perkara yang di angan-angan kan namun hanya mampu berusaha dan yang menentukan hanya Yang Khaliq. Mungkin tak salah jika kita mencuba apa yang ada di depan mata selagi tidak menyalahi syariat Islam. Seandainya sudah tertulis bagi kita, kehidupan yang baik kesudahannya, maka baiklah. Apa yang pasti kita tetap mengharap kan kesudahan yang baik. Jika sebaliknya, maka redha lah jawapannya sebagai hamba Allah, kerana siapalah kita untuk melawan takdir.

Seperti kata Dr.Azizan Osman dalam bukunya yang berjudul Rahsia Menjadi Kaya Dan Berjaya * sesiapa pun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya. '" Diam, dengar dan ikut"
Orang yang mencapai kejayaan yang 'luar biasa' asalnya adalah orang 'biasa-biasa'. Begitulah kata-kata hikmah Dr. Azizan Osman, 35, seorang pakar perunding motivasi dan potensi diri yang tidak asing lagi di negara ini.

Alangkah hebatnya para usahawan sama ada wanita mahupun lelaki. Mereka mampu bertahan untuk memerjuangkan keinginan untuk berjaya. Walaupun bermacam dugaan dan rintangan, mereka tetap berusaha. Tapi sememangnya dalam hati sangat bangga pada mereka yang berpendirian teguh dan tidak gentar pada halangan.

Sekali lagi hati ini sangat berharap dan berdoa agar kita semua  memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Selamat maju jaya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...