Khamis, 2 Januari 2014

Rutin Kehidupan


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan saya kesihatan hingga dapat meneruskan usaha untuk melakukan tanggung jawab sebagai hamba-Nya disamping kerja harian yang seperti biasa dan dapat meneruskan lagi usaha untuk menyiapkan entri ini.

Seperti biasa rutin harian saya, memasak, mengemas rumah, mengajar mengaji dan menjahit sambil menunggu suami balik dari kerja. Melakukan kerja harian sambil mendengar Radio pilihan hati saya iaitu Radio IKIM adalah pengisian harian saya. Sebagai seorang suri rumah inilah cara saya mengisi masa lapang dengan berbagai ilmu.

Alhamdulillah saya mempunyai sifat yang ingin mencuba. Bila melihat sahaja satu benda yang menarik minat, saya akan mencuba untuk melakukannya. Tujuan saya hanya mahu semua benda jika boleh, saya buat dengan sendiri tanpa membeli diluar.  Walaupun tidak secantik dengan barang yang kita beli di luar tetapi rasa seronok kerana hasil sendiri dan dapat berjimat. Saya yakin ramai wanita seperti saya di luar sana yang mempunyai minat yang sama. Malah mereka juga lebih mahir dan bijak dari saya. Alhamdulillah saya sangat gembira jika kita sama-sama dapat membantu keluarga dengan cara yang berbeza tapi matlamat yang sama.
Namun berapa ramai wanita yang sedar dan dapat membuat keputusan yang bijak untuk mengubah masa depan. Kadang-kadang bila saya menghadapi dengan wanita yang mempunyai pendapat yang kekal sama tiada perubahan dalam mengubah cara pemikiran, saya akan merasa kasihan dalam geram. Bukan apa bila kita memberi nasihat atau idea dia menjawab seperti menyerah pada takdir.

Tidak ada siapa yang hidup tidak mempunyai masalah. Semuanya mempunyai masalah namun masalah yang tidak sama. Tapi apa yang pasti dan kita yakin bahawa Allah tidak akan memberi dugaan yang di luar kemampuan kita. Cuma apa yang di galakkan ialah kita mesti mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Masalah itu mematangkan kita dan memberikan kita pengajaran bagaimana cara kita dapat mencari idea agar masalah tersebut tidak timbul dengan rupa yang sama. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah memandang ke masa depan agar hidup susah kita ubah menjadi lebih baik dari sebelum.

Mungkin kemudahan seseorang itu tidak sama. Bagi mereka yang banyak kemudahan seperti mempunyai internet, ia sangat memudahkan untuk mencari ilmu. Bagi mereka yang hanya menjual sayur memang jarang lah buka internet. Ramai yang langsung tidak tahu membuka internet dan nama internet itu sendiri tidak di ketahuinya. Jangan jadikan alasan ini, kerana ilmu itu tidak terbatas. Bak kata pepatah melayu * nak seribu daya tak nak seribu dalih*.

Selagi nyawa di kandung badan kita masih banyak peluang untuk berubah dari yang tidak baik ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan taraf kehidupan, jika mahu terus dibelenggu kemiskinan teruskan hidup yang menyerah pada takdir tanpa mahu usaha. Tetapi jika mahu hidup berubah, ubahlah cara pemikiran dan sikap yang seperti lepas. Bukan seorang dua atau berpuluh orang, namun saya yakin ribuan orang yang bersikap acuh tak acuh dengan gaya hidup yang menyerah pada takdir. Mereka ini menyerah kebanyakannya mempunyai sikap yang negatif seperti, malas, suka bertangguh, asyik buat benda yang sama, mengharap bantuan orang lain, pentingkan diri sendiri, membazir, membuang masa, dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, jika kita mahu hidup susah berubah jadi senang, berubah lah jadi seorang yang bijak menggunakan akal dan terus mencari ilmu yang menafaat. Insyaallah walaupun tak seratus peratus apa yang kita inginkan itu berjaya tapi bersyukur lah walaupun sedikit yang kita dapat. Mudah-mudahan ia menjadi permulaan untuk mencapai perubahan. Yakin lah Allah sentiasa bersama kita. Aamiin.


AZAM, USAHA, ISTIQAMAH, SABAR DAN TAWAKKAL.






































Cara membuat penyepit atau pengikat langsir ini adalah mudah.

Teruskan bersama saya dalam tajuk yang seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...