Isnin, 2 Jun 2014

Baju Kurung Nursing Part 2

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mungkin masih ada lagi yang tidak memahami cara untuk menjahit nursing baju kurung. Di sini saya terangkan beberapa langkah yang mungkin membantu anda untuk menghasilkan baju kurung nursing.

Lihat dengan teliti gambar dibawah. Mungkin sesetengah orang melihat gambar sahaja sudah memadai mereka memahami cara menjahitnya.





















Langkah pertama:

Dapatkan sekeping kain untuk nursing dan buatkan leher seperti biasa tetapi gunting seperti gambar dibawah.
Lipat dua baru gunting ye.





















Langkah kedua:

Gambar setelah digunting.




















Langkah ketiga:
Untuk mendapatkan lebar bahu dan panjang kain untuk nursing tadi kita ukur dahulu. Sila ukur panjang dari bahu ke bawah, kira-kira di bahagian pesak dan kekek dicantum. Jika anda tak faham sila lihat gambar dibawah ye.



























































Langkah keempat:

Jahit keliling kain nursing tersebut sebelum di jahit ke bahagian baju kurung anda.  Kemudian jahitkan kain nursing bahagian kedua bahu di tempat span yang telah anda jahit sedia pada baju kurung anda.



















Langkah kelima:

Jahitkan getah pada bahagian kiri dan kanan seperti gambar dibawah.





















Dah siap pun.....Selamat mencuba...


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...