Selasa, 10 Jun 2014

Hasil Tangan Minggu Ini

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu yang bermula dengan sibok menjahit tempahan orang. Sambil-sambil menjahit tempahan orang kelas menjahit tetap berjalan dengan hari dan masa yang ditetapkan. Alhamdulillah beberapa pasang siap dijahit dan pelajar juga dapat siapkan dua pasang baju kurung.  Apa yang melucukan mak dia tetap mahu saya jahitkan baju untuk raya tahun ini. Saya tanya, kenapa tak anaknya yang jahit, lagipun dah pandai jahit. Jawapannya..kain ini licin takut nanti tak lawa kalau anak dia jahit. Lagipun anak dia ni, belajar jahit pun adalah kali pertama dengan tidak ada asas langsung. Malah tidak pernah menjahit menggunakan mesin jahit. Memang betul, masa belajar jahit pun dia merasa takut gunakan mesin.  Malah jahitan dia tak lurus. Tapi baju siap akhirnya. Ketika baju kedua yang dia jahit, dia dah mula memahami dan lurus sedikit jahitannya. Malah jahitan mata lalat juga dah cantik. Saya kagum dengan pelajar saya ini, begitu rajin.






































































































Pelajar saya yang begitu rajin belajar menjahit. Walaupun tidak pernah menggunakan mesin jahit.
Akhirnya siap juga dua pasang baju kurung pahang dan asli.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...