Sabtu, 18 Oktober 2014

Kursus Pelaburan Saham

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalammualikum. Moga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Seminggu tak buat entri rasanya begitu lama sangat dan rindu untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger.

Pagi yang mendung  di sekitar Kulai ini, saya ingin kongsikan pada anda apa yang saya buat sekitar seminggu yang lalu. 17hb saya dan suami, serta ditemani adik saya, menghadiri satu seminar Klinik Wealth Magnet ( Dunia Pelaburan Saham), yang di anjurkan oleh Dr.Azizan secara percuma di New York Hotel. Panelnya ialah Hj. Mohd. Asri bin Ahmad dan di hadiri oleh Dr Mohd Nazri Khan.

Mungkin ramai yang kenal dan tidak kurang juga yang tidak kenal siapa mereka ini. Tetapi mereka yang pernah menghadiri mana seminar mengenai Saham pasti mengenali mereka. Hj Mohd Asri ialah seorang yang memulakan kerjaya korporat di bidang pembekalan dan pembinaan sehinggalah akhirnya beliau telah membina perniagaan sendiri di bidang yang sama sebagai pengarah urusan. Kini beliau digelar MENTOR PELABURAN SAHAM NO.1 MALAYSIA.

Bercerita sebelum menghadiri seminar Pelaburan Saham ini, saya tidak berminat langsung untuk mengetahui apa itu Saham. Hadir ke seminar ini pun kerana di paksa oleh suami. Bermula dari pengenalan hinggalah ke akhir seminar, saya sangat-sangat teruja nak buat. Rupa-rupanya senang sangat main Saham ini. Patutlah Nyonya dengan Baba goyang kaki saja. Rupanya hari-hari ribuan ringgit masuk Bank. Sebelum ini ramai yang takut rugi, dan kata Saham itu haram. Tetapi sebenarnya tidak. Tuan haji kata, kita  sibok nak komen tentang kenaikan harga minyak dan barang, tapi kenapa kita tak beli Saham Petronas, Tnb dan sebagainya. Tak susah pun, pergi ke Affininvestmentbank, atau mana-mana Bank yang ada Investment, daftar dan isi maklumat di internet. beli dan jual atas katil sahaja. Tak payah keluar rumah, wang dapur 5k sehari pun lepas. Cuma kata Tuan hj. ikut apa yang dipelajari, jangan ikut nafsu nak untung sahaja, jual masa bulan tertentu mestilah rugi. Kita kena betul kan niat, mahu kaya kerana apa?..betul kan niat, apa sahaja yang kita lakukan pasti ada jalannya.

Kursus ini sangat membuka minda saya malah, membuka minat saya. Sepas sahaja kursus tamat saya sudah tak sabar untuk membuka akaun. Sampai suami kata, Aik..dia pula yang beria-ia. Astagfirullah, bila nafsu menguasai diri kita itulah masanya syaitan akan mengambil kesempatan.

Tujuan saya kongsikan entri ini bukanlah mahu menunjuk-nunjuk tetapi mahukan semua rakyat malaysia terutamanya se agama dengan saya ingin keluar dari hidup biasa kepada hidup luar biasa, agar dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ruginya saya kali ini, apataknya lupa tangkap gambar. Hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada rakan-rakan. Apa pun fikirlah sendiri dan buat pilihan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...