Rabu, 7 Oktober 2015

Borong Tudung Sekolah 2016

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah sekali lagi di beri keizinan untuk berkongsi idea dalam blog yang tak seberapa ini. Moga anda semuanya dalam keadaan ceria dan sihat walafiat. Aamiin.

Tinggal sehari lagi di Kulai Johor. Esok akan berpindah ke Ipoh. Semoga sahaja keadaan di sana lebih baik daripada keadaan di sini dari segi rezeki dan sebagainya. Aamiin.

Pada akhir hujung tahun ini ibubapa pastinya sudah mula bersiap sedia untuk mengira budjet untuk membeli keperluan anak-anak ke sekolah pada tahun hadapan. Apa tak lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai pastinya ingin berjimat cermat. Daripada pakaian, kasut dan tidak terkecuali tudung sekolah. Baru-baru ini ketika balik ke kampung suami. Saya di faham kan bahawa kain tudung sekolah yang bersaiz kecil bagi sekolah pra dan tadika, malah bagi tahun satu yang bermuka kecil sukar di cari di kawasan tersebut. Berkemungkinan juga di tempat yang sama juga sukar untuk di cari. Jika anda adalah salah seorang yang menghadapi situasi sedemikian maka anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan tudung sekolah bersaiz kecil dan murah.

=   Saiz L 10 helai ke atas Rm6 sehelai  ( tidak termasuk kos Pos )
=   Saiz M dan S 10 helai ke atas Rm5 sehelai. ( tidak termasuk kos Pos )

Jika lebih dari 10 helai ke atas, sama ada untuk diguna sendiri mahupun untuk di jual, harga boleh di runding.








Ahad, 4 Oktober 2015

Kelas Asas Menjahit Berpindah Di Ipoh

Assalamualaikum dan salam satu malaysia

Alhamdulillah syukur atas segala limpahan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Daripada rezeki yang besar hinggalah rezeki sekecil Zarra. Allah Akhbar.

Alhamdulillah hanya tinggal seminggu  kami berada di Kulai Johor. Insya Allah minggu depan, 12hb Okt suami akan mula bertugas di Bandar Ipoh. Ini bermakna..kelas belajar asas menjahit akan di adakan di kawasan tersebut. Alhamdulillah setakat masih lagi ada yang bertanya sama ada kelas asas menjahit masih lagi di adakan di Kulai. Di sini saya zahir kan ribuan terima kasih pada anda yang telah belajar dan ingin belajar bersama saya dan mohon juga saya zahir kan kemaafan di sini kerana hanya setakat di sini sahaja saya dapat adakan kelas asas menjahit di Kulai atas sebab yang tidak dapat di elakkan. 

Saya doa kan anda yang telah belajar dan ingin belajar namun tidak kesampaian, semoga usaha anda di permudahkan dan menemui guru menjahit yang lebih baik dari saya. Moga segala urusan kita di permudahkan. 

Aamiin.

Kelas Asas akan di adakan di Bandar Seri Botani. Jika sesiapa yang berminat untuk belajar asas menjahit yang berdekatan bolehlah hubungi saya di talian 0137491556 atau 0195600927

Isnin, 21 September 2015

Tempahan Terakhir Di Johor

Salam satu malaysia....

Alhamdulillah, beberapa hari yang sibuk dan kurang sihat, kini dah bertambah sihat sedikit.. syukur. Sibuk mengemas barang sedikit demi sedikit kerana kurang sihat, kini dah boleh bernafas lega sedikit setelah beberapa perkara dapat di uruskan. Minggu ini adalah minggu terakhir bagi kelas mengaji dan menjahit. Begitu juga dengan tempahan hari ini merupakan hari terakhir siapkan semua tempahan.

Bila bertukarnya tempat, maka suasana juga akan berubah. Moga sahaja segalanya di bawah Rahmat Allah. Semoga juga rezeki bertambah baik dan suasana yang lebih baik dari yang sekarang. Sesiapa juga akan mengharap kan yang terbaik untuk diri dan keluarga dunia dan akhirat.

 
Apa pun kita hanyalah merancang namun Allah jua tempat kita bersandar dan berserah segalanya. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakkal pada-Nya. Insya Allah segala urusan kita di permudahkan. Aamiin...












Khamis, 10 September 2015

Majlis Nikah Dan Bertunang

Alhamdulillah...selamat pengantin baru kepada adik ipar selamat bertunang pada si abang.

Syukur alhamdulillah selesai juga majlis. Bermula nikah pada malam sabtu kira-kira jam 9pm setelah selesai majlis tahlil arwah ibu mertua. Majlis sandingnya pula pada keesokan hari. Oleh kerana pihak Pengantin lelaki berasal dari Melaka keluarga pihak pengantin perempuan menempatkan mereka di sebuah Homestay.















Keesokan hari pula iaitu hari ahad..majlis bertunang si abang.





Hantaran dari pihak lelaki hanya 10 dan dikejutkan dengan  hantaran dari pihak perempuan sebanyak 27. Rupa-rupanya ramai yang sponser. Wah!! baiknya...









Tahniah! Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...





Selasa, 18 Ogos 2015

Sifat Malas Merugi Sendiri

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat kesihatan dan rezeki yang tidak tidak seberapa namun di mata sangat bersyukur.

Baru-baru ini saya dapat komen mengenai foto yang saya uplodkan. Seorang hamba Allah memberi komen dan kata-kata itu menyentuh sedikit hati saya sehingga ke hari ini. Apapun yang di rasainya ataupun tujuannya memberi komen tersebut kita nilai dengan pendapat masing-masing.

Saya uplodkan foto makanan dengan komen mengajak semua untuk makan bersama. Komennya pula seperti ini. " Wah! beruntung lah kamu dah tak susah-susah nak cari makan "...Ketika membaca komen tersebut saya rasa terkesima. Kenapa dia mengeluarkan kata-kata demikian. Adakah mereka masih lagi dalam golongan yang susah nak cari makan. 

Apa yang saya fikirkan ialah, jika kita rajin untuk mencari kerja pasti kita tidak akan susah, sekurang-kurangnya tidak susah untuk makan. Kalau tanah sudah terbentang luas, kudrat badan yang sihat insyallah usaha kita pasti berhasil. Namun apa yang menyedihkan ialah, kita selalunya banyak berkata-kata daripada berkerja. Apabila kita melihat orang lain lebih senang dari kita, kita mula mengata. Tapi kita tidak usaha seperti orang yang lain untuk menjadi senang. Kita tidak berusaha untuk mencontohi orang yang berjaya tapi kita berusaha untuk memburukkan orang yang berjaya. Bila di fikirkan dari awal kita semuanya sama. Cuma usaha yang berbeza. Apa yang saya perhatikan orang yang hidup senang, bila ada duit menyimpan, tapi kita gunakan duit dengan cara yang tidak berfaedah. Pendek kata duit kita gunakan untuk kepentingan diri sendiri dan habis begitu sahaja tanpa berfikir hidup masih lagi panjang.

Saya masih berpegang pada kata-kata, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa di cari. Malah yang paling menyedihkan ialah, saudara masa kita susah tidak akan datang mencari kita, tetapi bila dia susah dia akan datang mencari kita. Hingga kini saya berpegang pada prinsip diri, jika saya tidak mampu menolong keluarga, sekurang-kurangnya saya tidak akan menyusahkan keluarga. Saya juga sentiasa beringat, jika ada lebihan rezeki saya akan bantu keluarga. Walaupun adakalanya ada antara keluarga kita, bila di belakang ia akan menikam kita. Lumrah hidup.

Wahai sahabat-sahabat.
Hidup kita ini kita yang tentukan haluannya sendiri, hendak hidup senang berusaha lah. Tanah jika ada walau sekangkang kera, usaha lah. Jangan kita habiskan masa dengan melepak membuang masa, membeli benda yang tidak berfaedah mahupun di luar kemampuan kita. Jika ada rezeki lebih bantulah bersedekah lah, jika satu yang kita beri akan Allah balas sepuluh, jika kita beri sepuluh akan Allah beri seratus.


Sering kita menyempah melihat harga barang yang mahal.







Orang kata kalau kita berbudi pada tanah inilah balasannya.













Wallahua'lam.

Rabu, 12 Ogos 2015

Terima Kasih Suami

Alhamdulillah..

Syukur kelas asas menjahit telah pun di sambung semula selepas raya. Rupanya ramai juga yang berminat untuk belajar menjahit. Apa yang menjadi halangan bagi mereka ialah kos yuran yang mahal, jauh dan kadang-kadang mereka tidak dapat datang kerana suami kerja dan tidak dapat hantar. Apa nak buat kan..lepas kahwin ini, nak pergi.. suami pula bimbang dan sebagainya menjadi alasan yang memang munasabah sebagai seorang isteri yang taat kepada suami. Yelah suami penyayang yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan si isteri.

Alhamdulillah masih ramai suri-suri kita di hargai bila ada suami yang sanggup menghantar isteri untuk belajar menjahit demi memberi sokongan memenuhi minat isteri walaupun jauh. Tabik pada suami-suami yang penyayang dan sentiasa memberi sokongan pada isteri.














Apapun semua moga semuanya di permudahkan.

Ahad, 19 Julai 2015

2015 Raya Lagi Di Johor

Alhamdulillah .

Syukur alhamdulillah, walaupun tahun ini tahun kelima kami menetap di Johor dan hanya sekali beraya di Kampung tetap syukur kerana dapat beraya bersama dengan jiran-jiran yang sama-sama tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Raya pertama beraya bersama staf di Unit Xray. Raya kedua di rumah jiran. Raya ketiga alhamdulillah buat open house di rumah pula. Walaupun hanya 4 keluarga yang datang namun terubat juga hati kerana tidak dapat balik kampung.  Sekurang-kurangnya tak adalah beraya seorang diri # syukur selalu, kalau bukan saya yang ingatkan si suami pun mengingat kan.

Masak pun hanya Rendang, Kuah Lontong, Nasi Himpit dan Ketupat Palas Adabi, sedikit buah. Mengenai baju raya pula kami memilih warna puple tahun ini. Itu pun sebab baju ini bolehlah juga kami pakai masa majlis kahwin bulan depan ini. Jimat sedikit kan?..Raya pertama dan kedua pakai baju lama.

Buka sekolah nanti pasti ramai anak-anak jiran pula datang beraya di rumah. Anak-anak ini datang pun hanya sekadar untuk meminta duit raya.  Maklumlah kan mereka ini berlumba-lumba mengumpul siapa yang banyak dapat duit raya. Memang seronok zaman kanak-kanak.





Dah tak sabar sebenarnya dapat pindah. Moga sahaja cepat. Apapun syukur lah masih bersama insan tersayang.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA dan Maaf Zahir dan Batin




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...