Sabtu, 4 Julai 2015

Baju Nikah

Bismillahirrohmaanirrohiim...

Sekali lagi kita dapat berkongsi cerita. Tahun ini tempahan jahitan untuk raya nampak gayanya ramai yang memilih Drees. Sibuk menyiapkan tempahan, malah akhir-akhir ini masih ada yang merayu untuk minta di jahit kan baju rayanya. Inilah rutin seorang tukang jahit. Alhamdulillah kini dah semakin sedikit untuk di siapkan dan saya pula dah mula memasang niat untuk memasak kuih raya pula. Bukan untuk di jual tapi untuk sendiri  sahaja. 

Suami dah pun mula meminta untuk masak kuih raya, tak banyak pun takpe asal ada. Lagipun tahun ini tak dapat balik kampung jadi nampak gayanya berayalah berdua di rumah. Sementara itu baju nikah seorang hamba Allah yang bakal jadi pengantin baru ini dah siap. lihat gambar di bawah.

Seperti biasa lah cara potong dan jahit adalah sama sahaja. Oleh kerana kain kosongnya 4 meter tapi kain renda hanya 2 meter saya pun buat kan dia drees dan jadilah seperti ini. Bahagian lengan saya tampal dengan lebihan kain renda supaya tidaklah pelik bahagian lengan langsung tak ada renda. Bahagian depan saya jahit kan manik yang hanya kelihatan simple sahaja. Sebenarnya inilah kali pertama saya jahit baju nikah, dan jahit manik pula bukanlah bidang saya. Semoga sahaja tuannya suka. Kerana semuanya adalah percuma. Tolong jahit dan siap beli manik lagi...he he he...


Bahagian badan





Cantum badan dengan kain bawah. Oleh kerana kain renda hanya dua meter jadi kain bawah tidak dapat di kembangkan lagi hanya setekat mana yang dapat sahaja.






Cantum tangan dan terus siap...







Dah siap jahit baju baru lah jahit kan manik mengikut kriativiti masing-masing. Oleh kerana badan nya sihat jadi saya jahit kan dat depan belakang. Sekiranya sempit boleh lah buka dat tersebut.

Moga majlisnya selamat dan berjalan dengan lancar dan mereka berdua di rahmati Allah hingga ke Jannah. Aamiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...