Rabu, 27 Julai 2016

Tempahan Tudung Sekolah 2017

Assalamualaikum

Moga kita semua di bawah lindungai kasih Allah, di mudahkan segala urusan untuk melakukan kebaikan dan di jauhkan daripada melakukan larangan Allah.

Tempahan tudung sekolah untuk tahun depan telah pun di buka. Sekiranya anda ingin menempah tudung secara borong 10 helai ke atas sila maklumkan lebih awal supaya dapat di segerakan penghantarannya.

Harga. Saiz S dan M  = Rm7.00 sehelai termasuk Pos ( minimum 10 helai ) semenanjung
                                     Rm 8.00 sehelai termasuk ps ( minimum 10 helai ) sabah dan sarawak
Warna putih
         
           Saiz L dan XL =  Rm9.00 sehelai termasuk pos ( minimum 10 helai ) Semenanjung
                                      Rm 10.00 sehelai termasuk pos ( minimum 10 helai ) sabah dan sarawak
 Warna putih















Isnin, 18 Julai 2016

Ilmu Itu Income

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tentu masih lagi ramai yang mengadakan rumah terbuka mahupun pejabat dan sekolah. Anak buah saya sendiri meminta mak dia masakkan ketupat untuk d bawa ke sekolah, sedangkan yang lucunya dia bukannya beragama islam pun. Apa pun itulah antara amalan kami yang berjiwa satu keluarga yang mengutamakan kekeluargaan dan sifat yang tidak memilih agama apa pun. Yang penting bahagia dan seronok.

Kita lupakan seketika tentang raya. Minggu kedua bekerja selepas raya, ramai yang telah pun memulakan bisnes mahupun kerja yang lama di tinggal kerana beraya. Begitu juga dengan saya. Bermula semalam saya telah mula menerima tempahan tudung sekolah dan tudung untuk kegunaan harian. 

Bercakap tentang kemahiran, saya bukanlah mahir sangat tentang tudung ni, hanya tudung sekolah sahaja yang saya mahir dan saya olah jahit untuk tudung harian kerana ia nya selesa untuk di pakai. Siapa tahu dengan hanya membantu rakan untuk siapkan tempahan tudung sekolah dahulu, balik rumah saya tekap tudung sedia ada dan ia menjadi.  Kini ilmu itu saya boleh jadikan ia sebagai menambah pendapatan.

 Alhamdulillah rezeki pagi ini.




Semoga apa pun ilmu yang kita ada, moga di manafaatkan.

Ahad, 3 Julai 2016

Rasa Amat Bertuah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana saya sempat menyinggah sebentar di laman ini.

Penghujung Ramadhan ini, terasa rindu dan hati sayu bila teringat Ketika di PERKIM. Bermula dari solat fardhu berjemaah, solat tarawih berjemaah, bertadarus, masak beramai-ramai untuk berbuka dan untuk sahur. Walaupun jauh dari keluarga yang pelbagai kesah antara kami, namun kasih sayang sesama saudara seagama amat utuh.

Berdakwah di perkampungan orang asli. Berhari raya beramai-ramai.

Berebut-rebut menambah amal ibadat. Saling menghulur walau tak seberapa. Berkongsi rezeki walau tak seberapa. Saling tolong menolong bila ada yang memerlukan. Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah kerana memilih saya menjadi salah seorang antara mereka yang Engkau pilih.

Terima kasih para Ustaz dan Ustazah yang banyak membimbing kami untuk mempelajari ilmu agama. Al-fatihah buat yang telah pergi mendahului kita. Terima kasih sahabat-sahabat yang begitu menyayangi dan sentiasa mengambil tahu susah senang bersama. Semoga segala ilmu yang kita ada sentiasa kita manfaatkan dan tidak akan hilang di telan waktu.

Selamat berpuasa, moga segala amal ibadat kita di terima Allah. SELAMAT MENYEMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...