Jumaat, 11 April 2014

Teknik Jahit Kain Lipat Depan

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur sekali lagi kita dapat bertemu. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana cara menjahit kain lipat depan cara mudah. Cara ini mudah dan cepat. Apa yang anda perlukan hanya mengambil ukuran pinggang, punggung, labuh kain dan lebar kain bawah. Sila lihat gambar di bawah.

Langkah pertama:
Sediakan getah dan pengeras untuk pinggang. Lihat gambar dibawah. Kain yang kecil di dalam gambar tersebut anda lipat dan jahit hujung getah. Bahagian ini adalah tempat anda jahit Huk ( besi ).
Cantumkan semua bahagian seperti dalam gambar dibawah.





Langkah kedua:
Ukur panjang zip, pastikan bahagian pinggang kain ( atas zip )  tanda . Pastikan bahagian atas anda tanda untuk bahgian getah. lihat gambar dibawah.




Langkah ketiga:
Gambar di bawah dimana anda jahit zip. Jahit zip di bawah kira-kira 2 inci dari atas.




Langkah keempat:
Tanda bahagian pinggang secara menyerong kemudian jahit.




Langkah kelima:
Pastikan kain bahagian belakang sama lebar dan panjang dengan kain bahagian depan. Kain hahagian depan semestinya telah anda lipat mengikut ukuran barulah di tekap pada kain bahagian belakang dan cantum kedua kain tersebut.




Langkah keenam:
Jahit getah bermula di bahagian getah yang ada kain hingga ke hujung. Kemudian tarik kain untuk menyusun lipatan lipatan kain yang terkumpul agar sama rata kemudian jahit.


Dah siap. 




Selamat mencuba...













1 ulasan:

  1. thanks ye info..
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.tiada yg lain.Dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...