Rabu, 12 Februari 2014

Menjahit Tanpa Mesin Jahit

Bismillahirohmaanirrohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah ke anda menjahit baju tanpa menggunakan mesin jahit? Jika pernah anda memang hebat.


Dijadikan cerita.

Semasa belajar di sebuah kolej, saya pernah menjahit jubah dan blouse untuk di pakai ke kuliah yang saya jahit sepenuhnya menggunakan jarum tangan. Sebagai pelajar mestilah ada baju yang baru untuk dipakai ke kuliah sekurang-kurangnya, tak adalah asyik pakai baju yang sama. Nak beli baju baru apatah lagi dua tiga pasang memang tak mampu, kerana banyak perkara yang lebih di utamakan. 


Dengan ada asas menjahit, saya pergi membeli kain ela, gunting, tali ukur, benang dan jarum tangan. Haaa...saya potong kain tersebut dan jahit dengan menggunakan jarum tangan sahaja. Alhamdulillah siap juga beberapa pasang baju baru. Bayangkan jubah semeter rm2.50 x 3 meter = Rm7.50. Wah! 
Jimatkan?Kedai kain banyak jualan murah, contohnya Nagoya.  Malah ada pelajar minta ajar, dan ramai juga yang tak percaya baju yang saya pakai itu di jahit dengan tangan sepenuhnya. Apatah lagi jika kita kreatif tambah manik atau sebagainya. 

Tujuan saya kongsi cerita ini hanya ingin memberi ruang agar anda dapat idea menjahit tanpa mesin jahit. Hidup pula ada yang mampu dan tidak mampu untuk memiliki apa yang di ingini. Jadi apa salahnya kita buat ikut kemampuan, jika kita ada ilmu insyaallah kita boleh lakukan. 


Inilah antara baju yang masih saya simpan, dan telah saya jahit tepi bagi kemas sedikit setelah mempunyai mesin jahit. Dulu nak pergi minta jahit tepi pun tak tahu tempatnya maklumlah tempat orang, jadi saya hanya bakar tepi kain dengan menggunakan lilin. Cuma cara ini memanglah tak cantik dan tak selesa nak pakai. Apa taknya di bakar dengan lilin. Saya juga pernah jahit lipat tepi kain, tetapi ia sangat memakan masa yang lama. Yang penting jimat kan.



maaf lah gambar senget.









Baju ini saya jahit manik di hujung tangan dan bawah baju untuk kelihatan lebih menarik sedikit. 

Macam mana?..Anda mahu cuba?..Bagi mereka yang mahu menjahit tapi tidak ada mesin jahit bolehlah cuba. Pasti dapat pakai baju baru. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang penting semangat dan sabar...

Selamat mencuba..









13 ulasan:

  1. Assalammualaikum, puan, kalau boleh puan masukkan cara-cara pembuatan jahit baju guna teknik jahitan tangan ini. Kalau boleh puan masukkan sekali nama jenis jahitan yang puan guna bagi mencantum dua fabrik tersebut. Nanti saya boleh link pada pautan diblog saya nanti.

    wasalam

    kuazue.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam...o nak mcm tu ke...saya jahit jelujur je...he3..insyallah jika ada masa saya buat. Tapi cara potong tu sama je...cuma bila nak cantum saya jahit jelujur biasa je. Tq sudi bagi komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya guna jahit kia untuk cantumkan kain. Saya dapati jelujur terlalu senang berkedut kalau tersangkut.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing.. Sangat menginspirasi..

    BalasPadam
  5. MashaAllah, hamba inspired sangat. Selama ini saya naik lemak sebab semua bajau kurung mak jahitkan. Bila dah ada mesin tiada konsentrasi pula nak hadap. Saya dulu jahit tangan benda kecik2 je mcm beg pouch dan anak patung, pernah cuba jahit baju tapi malas melanda. Terima kasih menyedarkan saya, terus nak panaskan enjin mesin secepat mungkin.

    BalasPadam
  6. MashaAllah, hamba inspired sangat. Selama ini saya naik lemak sebab semua bajau kurung mak jahitkan. Bila dah ada mesin tiada konsentrasi pula nak hadap. Saya dulu jahit tangan benda kecik2 je mcm beg pouch dan anak patung, pernah cuba jahit baju tapi malas melanda. Terima kasih menyedarkan saya, terus nak panaskan enjin mesin secepat mungkin.

    BalasPadam
  7. Nenek saya jahit baju guna tangan je takde pun guna mesin. Jahitannya memang kemas dan cantik sebab ia dah terbiasa jahit,alah bisa tegal biasa

    BalasPadam
  8. saya pon teringin nak buat macam tu😀😀

    BalasPadam
  9. Memang syok jahit tangan..boleh jahit kat mana jua..sambil menunggu..sambil tengok tv...santai je..setakat ni semua koleksi baju wife saya dia jahit tangan..ada baju beli..tapi jahit sendiri puas hati...setakat ni lebih 100 helai/pasang..beli kain perca kt nagoya..kain elok..murah je..
    ..3 jam je boleh siap 1 dress simple..jimat belanja..dan cepat siap berbanding hantar kedai..

    BalasPadam
  10. Wife saya memang tabah..langsir 1 rumah kami pun dia jahit tangan..sanggup sengkang mata..katanya jahit tangan ni hilang stress dia..banyak lagi hasil kerajinan tangan dia termasuk cadar..baju raya family..tudung..yang ringkas tapi cantik..isteri jahit sambil santai & berborak2 tonton tv...ada mesin jahit..tapi isteri suka lagi jahit tangan sebab kalau jahit mesin dia kena fokus..katanya la..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...