Isnin, 29 September 2014

Lebihan Kain Lycra

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih pada anda yang sentiasa sudi mengunjungi Blog saya yang tak seberapa ini dan selamat berkunjung ke Laman saya.

Seperti barang lain yang masih boleh dikitar semula, begitu juga dengan kain. Segalanya bergantung pada kita sama ada kita rajin atau tidak sahaja. Begitu juga dengan saya, kadang-kadang rajin kadang tu malas. Kali ini kebetulan kain lycra saya banyak jadi saya buat tudung. Boleh jugalah dipakai walaupun tak secantik tudung yang kita beli di luar sana. Tapi bila dah jahit tudung sendiri rasa puas hati dan jimat pula tu. Lihat sahaja gambar tudung yang saya jahit di bawah ini.


Tudung tanpa awning.









































































































Dapat tiga helai tudung baru.





Sabtu, 27 September 2014

Baju Doktor

Bismillahirohmaanirohiim

Salam satu blog untuk semua rakan-rakan blog. Moga semuanya sihat sejahtera.

Kali ini saya mahu kongsikan pada anda semua mengenai Baju Doktor. Mesti ada yang tertanya, suami saya doktor ke?..Bukan. Cuma suami bila bertugas mereka kena memakai baju doktor. Malah tiap tahun mereka mendapat rm200 untuk tiga helai baju doktor. Dah lah tiap tahun pun dapat peruntukan kasut rm300. Beruntung lah kerja kat hospital kan?

Dah alang-alang tau jahit,suami pun mintalah saya jahit kan baju doktor. Mula lah saya terkial-kial memotong dan jahit. Pelik saya, hari tu ok je potong dan jahit. Sekarang dah macam lupa pula. macam tulah kalau dah lama tak jahit boleh pula lupa. Nak tau apa saya buat, oleh kerana baju lama tu kecil sedikit, saya pun koyak, lepas tu saya tampal je atas kain putih dan gunting lebih besar sedikit. Boleh le pakai walaupun tak secantik mereka yang pro jahit ni.









































Jadilah kan. Selamat menjahit....



Jumaat, 26 September 2014

Tanjung Piai Johor

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam satu blog.

Kali ini suami dengan hati yang baik sangat kerana mahu membawa kami  ke Tanjung Piai Pontian. Katanya, nak tengok apa ada kat sana. Jauh juga rasanya perjalanan. Dari Kulai Johor ke sana kira-kira mengambil masa 1 jam lebih. Mungkin sebab kami tidak tahu jalan yang mungkin dekat untuk ke sana. Pergi pun lepas solat Zohor.

Tak ramai pelawat ketika kami tiba, mungkin hari dah petang atau mungkin sebab bukan hari cuti. Yuran masuk rm5 seorang. Masuk sahaja, terus ke Jeti. Memang lawa, sampai saya dengan adik begitu teruja. Suka sangat dengan pemandangan laut. Tambahan pula kelihatan Kapal-Kapal besar di Laut sana. Memang indah ciptaan Allah. Tak banyak yang boleh kita lihat, kayu-kayu bakau dengan akar-akar yang memukau hati, tapisedikit seram. Tempat payah bakau dimana sesekali kelihatan biawak. Kami adalah pelawat terakhir keluar dari tempat tersebut. Begitu cepat masa berlalu, tak terasa jam menunjukkan masa melawat jam5.30 pm telah tamat.

Ketika keluar menuju ke tempat parking kereta, terkejut melihat begitu banyak beruk di tengah jalan. Kerana takut punya pasal sampai takut nak tangkap gambar si beruk ni. bila dah rasa selamat baru nak tangkap tapi si beruk dah lari. Macam tau je kita nak tangkap gambar. He he he....










































































































Lihat gambar di atas ni. Kriatifnya mereka menyentuh hati sesiapa yang nakal. Terbaik!!!..





Khamis, 25 September 2014

Keluargaku Tercinta

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rindu rasanya nak balik kampung. Walaupun sering berada jauh dari mereka, namun perasaan ingin balik menjenguk mereka sentiasa terbuku di hati. Setahun dua kali balik rasanya tidak memadai. Tanggung jawab sebagai seorang isteri harus saya utamakan walaupun rindu pada mereka. Betul kata orang,bila berjauhan kita akan merasa rindu namun bila berdekatan  sentiasa bergaduh .

Teringat ketika semuanya kecil dahulu, ada sahaja perkara yang buat adik beradik bergaduh. Sering menjadi kemarahan emak tersayang. Memang lumrah adik beradik menghadapi situasi ini. Kini semuanya sudah memiliki keluarga masing-masing, hanya 3 orang yang belum berkahwin. Terasa rindu bila teringat masa kecil dahulu. Hanya cerita yang mengingatkan gelagat dan perangai masing-masing.

Keluarga yang berlainan Agama menambahkan lagi liku-liku kehidupan yang mewarnai. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit untuk di kenang. Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza. Begitu juga dengan kami adik beradik. Bermula dengan kakak sulung saya yang berstatus seperti janda. Mahu dikatakan janda tapi mempunyai suami. Ini kerana suaminya telah bertahun lama sakit dan tidak tinggal bersama mereka. Manakala yang lain mempunyai cerita perkahwinan masing-masing.

















Gambar di atas. ( Kolam Air Panas Poring ). Kira-kira 9 kilometer dari Kampung kami.

















Gambar di atas pula: Tinompok. Memang cantik pemandangan di sini. Tempatnya adalah kawasan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.


















Gambar atas: Abang bersama keluarganya.



















Gambar atas: Kakak yang sangat tabah bersama sebahagian anak-anaknya.























Gambar di atas: Adik no 6 bersama suami dan anaknya.






















Gambar di atas: Adik lelaki yang ke 7 dan perempuan adik ke 8.

















Gambar di atas: Adik bongsu ( ke 10 ) .



















Gambar di atas: Ayah bersama salah seorang cucunya. Kini ayah tak berapa sihat. Kasihan kerana kesudahan hidupnya begini. Dulu seorang yang sangat pendiam, suka membantu orang , peramah dan jarang memarahi anak-anaknya. Moga Allah sembuhkannya. Tiada mustahil bagi Allah. Aamiin.


















Adik no 5 bersama anak tunggalnya. Moga Allah berikan kami kehidupan baik di Dunia dan baik juga di Akhirat.

Aamiiin.







Jumaat, 19 September 2014

Rimasnya

Bismillahirohmaanirohiim

salam untuk semua...






Entri kali ini hanya sekadar untuk meluahkan perasaan rimas di blog yang tak seberapa ini. Nak luah pada sekeliling macam-macam pula jadi isu dan fahaman. Muka pun dah macam garfield kat atas tu.

Aduh, macam inilah hidup kita yang tak habis dengan dugaan. Semalam sampai ke pagi suami tiba-tiba sakit perut yang teramat. Kasihan pula saya, sampai dia menangis menahan sakit, perut kembung. Saya urut dengan minyak angin, sambil baca selawat dan tiga Qul bersama ayat Qudsi. Sampai pagi tak lena tidur kerana suami sering ke bilik air tapi tak buang apa-apa pun. Risau juga dibuatnya.

Fikiran bertambah tak tenang kerana telipon ada saja sms. Dua tiga hari ini, saya rimas betul dengan orang yang bertanya itu ini. Baru nak tidur phon dah bunyi. Tengah malam ada sms. Tolonglah jadi matang. Kalau orang dah tak nak tak payahlah beria-ia lagi. Bila kita tak bagi telipon, tak bagi jumpa, katanya nak koyak tiket bas. Mak oi! Kebudak-budakan betul. ( suami kata nak koyak? koyak lah ). Betul-betul buat hati rasa geram. Macam ni nak jadi ketua keluarga? Nak pinang anak orang tu jadilah matang. Apa salahnya dia nak balik kampung jenguk ayah yang sakit. Saya rasa macam tercabar betul kalau orang pandai-pandai nak tentukan, sedangkan keluarga masih hidup. Suka hati kita lah nak buat apa, kita lagi ada pertalian darah. Belum jadi suami dah mengongkong, apa lagi dah jadi suami nanti. Sebelum jadi suami dah pandai pukul, menghabiskan wang makwe. Boleh saya bayangkan kalau dah jadi suami isteri nanti bagaimanalah. Sekarang pun berani bergaduh depan mak sendiri. Tolonglah..banyak lagi masalah yang kami kena uruskan. Nak fikir tentang hubungan korang yang belum pasti ni tak payahlah, buang masa sahaja.

Pengajaran nak cari pasangan biar yang elok budi pekerti. Bukan rupa dan harta yang di ukur. Walau ayah berkerjaya, punya kedudukan yang tinggi tapi itu bukan ukuran hidup kita bahagia. Biar bertanggung jawab. Yang penting dahulukan Allah dari segalanya. Bukan cinta pada manusia yang lebih dari cinta pada Allah. Biar nanti lepas kahwin boleh solat berjemaah, cari rezeki yang halal. Biar tak kaya harta tapi kaya dengan budi dan ilmu agama yang dijadikan panduan hidup.

Mohon maaf dari saya, kerana terkasar bahasa.

Marah marah juga tapi dalam hati, moga kita semua mendapat yang terbaik dari Allah.

Wallahua'lam.





Khamis, 18 September 2014

Dilema Kritikan Bekerja Dirumah

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera







Entri yang lepas saya telah menyentuh tentang Musuh Soho. Musuh yang menjadi  penghalang bagi Soho untuk mencapai kejayaan. Sekali lagi saya ingin perjelaskan apa itu Soho bagi mereka yang tidak memahami. Small Ofice Home Ofice ( SOHO).

Mereka yang memiliki Soho pasti tidak dapat lari daripada permasaalahan ini. Antara Kritikan yang kita terima ialah:

1. Kritikan ahli keluarga.

Bermula daripada kritikan ibubapa sendiri. Mereka merasakan bahawa anak mereka malas keluar rumah untuk berkerja.  Sama ada kita mendengar kritikan tersebut dari mereka sendiri ataupun melalui orang lain. Mungkin juga kritikan daripada adik beradik kita sendiri.

2. Kritikan keluarga mertua.

Masalah ini amat rumit kerana melibatkan keluarga mertua. Keluarga sendiri mungkin boleh memahami. Apa lagi jika anak mereka perempuan pula yang keluar bekerja. Sedang si suami ( menantu ) pula jadi suri rumah.

3. Kritikan rakan

Mungkin rakan sekolah, atau kenalan. Mereka mungkin sudah berkerjaya dan mempunyai gaji yang tinggi. Gaji yang mana membuatkan seseorang itu merasa bangga. Mereka ini akan memandang serong pada kita yang hanya bekerja di rumah.

4. Kritikan sanak saudara

Sanak saudara juga tidak lari daripada mengata kita yang mempunyai kelulusan tinggi tetapi akhirnya hanya bekerja di rumah. Mula lah mereka sama kan kita dengan anak-anak mereka dan orang lain. Malah sering menjadi umpatan.

5. Kritikan jiran tetangga.

Apa yang penting sama ada wanita atau lelaki yang bekerja di rumah haruslah memberi penerangan dan jika boleh tunjukkan pada mereka contoh kerja yang kita lakukan di rumah. Dengan ini mereka akan memahami bahawa walaupun kita bekerja di rumah tetapi masih boleh memperolehi pendapatan. Yang penting bukti bahawa kerja yang kita lakukan tersebut benar-benar memberi keyakinan kepada mereka. Mungkin juga apa yang kita lakukan tersebut akan memberi ilham kepada mereka betapa banyak keuntungan bagi kita yang bekerja di rumah.

Betapa banyaknya dugaan kita sebagai hamba Allah. Namun dugaan itu menjadi bunga-bunga yang bercahaya menjadi sinaran buat penyuluh jalan bagi kita yang sentiasa mencari kemajuan diri. Moga setiap dugaan dapat kita atasi dengan mudah. Moga rezeki yang ada di langit diturunkan untuk kita, moga yang di bumi akan keluar, moga yang jauh didekatkan, moga yang susah dimudahkan, jika yang sedikit menjadi banyak, moga yang haram dihalalkan bagi kita. Moga dengan rezeki ini, hati yang susah untuk bersedekah akan menjadi ringan bersedekah. Hati yang sentiasa resah akan menjadi tenang. Yang berat menunaikan seruan Allah ringgankan. Yang bengis menjadi lembut hatinya. Yang sedih merasa gembira walau sedikit rezeki.

Aamiin Ya Rabb.





Sabtu, 13 September 2014

Seminar Mekanik Wang ( Abang Abu )

Bismillahirrohmaanirrohhiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sabtu semalam, 13hb Sept 2014, kali kedua saya menghadiri Seminar Mekanik Wang oleh ABANG ABU, memang Best!..Beginilah kami suami isteri memang minat menghadiri mana-mana seminar yang diadakan oleh mana-mana pihak yang menaburkan ilmu. Apatak lagi jika seminar tersebut percuma, kalau tak nak memanglah rugi sangat jika tak ada alasan.

Bagi saya ilmu yang bermanafaat sangat tiada ternilai, yang mana ilmu yang berkekalan jika kita praktikkan. Dua kali mengahdiri kursus Dr Azizan, dua kali menghadiri Kursus Abang Abu, banyak menyuntik semangat dan banyak isi yang saya pelajari malah membuka minda dan mata yang selama ini saya tak sedar. Selama ini saya begitu buang masa, tenaga, wang dan sebagainya.

Semalam antara ilmu yang saya dapat dan ingin kongsikan pada anda ialah:

1. Berbelanja

Betapa selama ini kita berbelanja mengikut nafsu. Ada discount je beli. Walaupun di rumah telah ada barang tersebut namun kita masih lagi tertarik untuk membelinya. Maksudnya, berbelanja ikut keperluan bukan ikut kemampuan. Kadang-kadang kita berbelanja kerana menjada hati rakan sekerja yang menjual barang tersebut. Bila duit gaji dah tak cukup, atau tiada simpanan mulalah risau.

2. Simpanan.

Bila membeli barang dan mengikut nafsu bukan keperluan, disitulah mulanya duit gaji tidak mencukupi. Malah membeli barang sampai hutang pun ada. Sedangkan jika kita telah listkan barang dan semua apa yang patut kita bayar setiap bulan sebenarnya boleh menyimpan. Contohnya, kurangkan pembaziran, ada lebihan duit belanja, bolehlah masuk tabung. Sediakan tabung, yang kita boleh tulis kat luar, ( HARAM DI KELUARKAN ). Jumpa 10 sen pun boleh dimasukkan. Tanpa disedari tabung tersebut dah penuh. Macamana??...berani buat???..

3. Melabur

Laburlah pada tempat yang boleh mendatangkan duit untuk kita. Bukan melabur benda yang mengeluarkan banyak wang. Contohnya membeli kereta mahal-mahal, akhirnya berbulan tak mampu bayar.

4. Bersedekah.

Ada rezeki hulurkanlah sedekah walau seringgit dua. Inilah pelaburan didunia dah dapat, akhirat pun dapat. Dunia Allah lipat gandakan rezeki. Akhirat tetap ada pahala.

5. Belajar.

Pelajari ilmu yang berkekalan bukan ilmu yang tidak berfaedah. Belajar ilmu jangan jadi kedekut. Jangan nak bekira, mahallah, tak ada duitlah..macam-macam alasan.

Dan banyak lagi  yang beliau sampaikan. Antaranya, perkara yang mendatangkan wang ialah SENYUM. Macamana?..dengan SENYUM je wang akan mencurah-curah datang pada kita. Sebab orang akan suka dekat dengan orang yang murah dengan senyuman. Cuba kita fikir, orang yang jual barang dengan muka masam, nak ke kita beli?..tentu tidak kan?..

Memang BEST, BEST, BEST Gila!!!

Yeee....dapat bergambar dengan Abang Abu kali ni.



















Kita orang ketawa saja dengar lawak Abang Abu. Lawak-lawak juga, tapi masih ada isi yang tersirat.



















Mengalahkan Raja Lawak pula dia ni...



















Mesti wajib nak bergambar. ( maklumlah nak buat entri )..he3























YB pun dijemput datang beri sepatah dua untuk beri keterangan mengenai bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan terutama bagi golongan Ibu Tunggal.


















4 jam seperti setengah jam sahaja. Penuh dengan ilmu, emosi, lawak dan aksi yang sangat hebat!
Tak sabar nak pergi lagi. Maklumlah suami pun bukannya senang nak cuti. Macam tulah kalau kerja makan gaji.

Al-fatihah untuk arwah kedua ibubapa Abang Abu...Walaupun dah dengar kisah hidupnya tapi, saya masih sedih dengar kisah hidup sebelum beliau sampai ketahap ini. Macam mana dengan kita?...baru sedikit masalah dah mengeluh dan patah putus asa.

Moga kita semua menjadikan beliau sebagai mentor kita. Walau tak sehebat beliau namun dapat praktikan ilmu yang beliau curahkan pun alhamdulillah. Aamiiin....





Cantuman Dua Warna Lycra

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Rabu yang lepas, kebetulan suami kerja malam. Saya mengajaknya pergi ke Jakel untuk meninjau-ninjau harga kain. Manalah tau ada harga Promosi. Namun tak ada rezeki, harga kain masih lagi harga biasa. Kain Lycra yang saya nak beli pun masih harga biasa. Tapi bolehlah..hati ni pula tak sabar-sabar nak jahit telekung lagi. Hari tu dah siap kain warna putih tapi saya beri pada adik yang baru memeluk Agama Islam. Jadi dalam hati nak beli kain yang berwarna pula. Macam-macamlah keinginan.

Dapatlah beli dua warna, puple dan hijau. Kebetulan kain warna hijau ada lebih, saya pun cantumlah dengan kain warna puple. Ha jadilah baju macam kat bawah ni. Beria-ia nak pakailah kononnya masa nak pergi Zoo kat Bandar Johor. Bila pakai, alamak!...pendeklah pula..tak jadilah pakai dahlah beria-ia basuh semalam. Bukan rezeki. Tak pe boleh pakai kat rumah atau bagi adik je.

Saya ni jenis yang suka pakai yang simple-simple je. Asal tutup aurat. Cara jahit pun macam entri yang lepas. Bila semua dah potong jahit je macam kat bawah ni. Tak sampai 1 jam siap potong dan jahit. Bayangkan kalau nak buat bisnes, ada kain dan ada pasaran boleh je jalan. Rezeki-rezeki.




















Dah siap cantum jadilah macam ni.




























Selasa, 9 September 2014

Musuh SOHO

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Alhamdulillah ketika kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah berikan di dunia ini. Sekali lagi saya ingin berkongsikan pada anda bagaimana caranya untuk kita melawan segala musuh utama kita sebagai seorang surirumah.

Semalam pergi kedai buku Badan bersama suami tercinta. Melihat tajuk sebuah buku yang suami pegang, katanya buku tersebut sangat bagus bagi seorang seperti saya. Seketika membelik-belik isi kandungannya, saya begitu teruja untuk membeli. Apatah lagi bila masuk dalam akaun setiap bulan peruntukkan suami untuk beli buku.

Berbicara tentang musuh kita sebagai seorang yang menjalankan SOHO dirumah antaranya ialah.

Mengikut penulis buku Tip Jana Wang dari Rumah ( oleh Rizal Abdul Rashid ) antaranya;

1. Malas. Apabila kita berkerja sendiri kita akan merasa malas untuk berkerja keras, kerana kitalah bos, kita jugalah pekerja. Bak kata orang, jika nak banyak pendapatan kenalah berusaha dengan kuat. Tapi jika mahu pendapatan hanya setekat begitu sahaja maka terpulanglah.

2. Katil dan Bantal. Musuh ini ramai yang terhanyut, jangan kata surirumah, bujang dan sebagainya tak lari dari tabiat suka melayan musuh ini. Bila mengantuk inilah kerjanya. Apa tip untuk mengelak perkara tersebut?

a. Jangan makan terlalu kenyang
b. Cukupkan tidur
c. jangan lakukan kerja satu bilik dengan tempat tidur.
d. Jangan terus buat kerja selepas makan, sebaiknya lakukan aktiviti lain.
e. Tambah kekuatan fizikal seperti mengambil multivitamin.
f. Selalu fikirkan kejayaan.

3. Rancangan Televisyen. Rancangan televisyen juga merupakan musuh pada kita, kerana ia menyebabkan kita melarat-larat tidak melakukan kerja, kerana rancangan yang diminati, terutama rancangan yang bersambung.

4. Hobi. Setiap manusia mempunyai hobi. Namun jangan melebihkan hobi daripada kerja utama kita. Tetapkan waktu untuk hobi tersebut, bukannya melebihkan hobi daripada kerja.

5. Internet. Internet sukar untuk dielak pada zaman yang moden ini, terutamanya FB. Jika berinternet demi untuk meningkatkan pengetahuan dan mencari pelbagai info dan mendapatkan pendapatan sampingan adalah sangat baik.

6. Game dan Video. Mungkin ada sesetengah dari kita tersenyum jika permainan ini tersenarai sebagai musuh. Apabila kita merenung dengan bijak, permainan ini sememangnya salah satu musuh kita kerana ia akan melalaikan kita dan kita akan merasa ketagih. Kerana selagi tidak menang dalam permainan tersebut selagi itulah kita akan terus main. Malah setelah menang pun masih lagi mahu meneruskan permainan tersebut.

Setiap perkara diatas adalah musuh bagi kita. Ketika kita lalai dalam sesuatu perkara macam-macam perkara boleh terjadi. Sebagai contohnya, ada surirumah yang leka dengan menonton televisyen tidak sedar nasi yang di masak hanggit!!!...

Moga perkongsian ini dapa memberi manafaat kita bersama.






Sabtu, 6 September 2014

Alhamdulillah

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualikum pembuka bicara.

Salam dan salawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala Nabi, semoga kita mendapat syafaat dari nya.

Syukur padaMu Ya Rabb. Penghujung puasa bulan yang lalu 2014, seorang lagi hambaMu ya Rabb Engkau berikankan hidayahMu. Terima kasih Ya Allah, dari darah daging keluargaku CAROLINE SAMUDIN  yang kini memilih nama BALQIS BATRISYA Engkau memilihnya untuk menjadi salah seorang penyembahMu. Moga menjadi wanita solehah seindah namanya.

Terima kasih kepada saudara-saudara seagama ku yang sentiasa mendoakan bagi keluargaku. Walau tidak sehebat mana dakwah ku pada mereka, kerana keberanian yang tipis untuk menyampaikan seruan Allah. Aku hanya berdoa dan berdoa denga iringan doa kalian juga. Kerana hidayah itu milikNya, ku pohon agar satu saat dan tibanya waktu itu, pasti diberikan pada mereka yang terpilih.

Hanya Engkau yang mengetahui betapa bersyukur dan gembiranya hati ini dengan hidayahMu. Moga kami yang Engkau pilih ini sentiasa di bawah Rahmat dan dipelihara iman. Moga kami tidak mengsia-siakannya.



Terima kasih YA ALLAH.

Nasi Mandy

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Nasi Mandy.

Nak beli satu atau dua pun boleh. Jika berminat untuk menjadi agen, anda boleh memilih 2 ebook sama ada Asas Blog atau 101 Idea dengan hanya RM150.


















































Nasi Mandy, sekotak Rm15 ( pos rm7 ) Dua kotak Rm30 ( pos Rm10 ).





















Bahagiakah Kita

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejehtera

Seketika saya bertanya pada diri sendiri apa yang sedikit tetapi mengembirakan. Bila diamati, amat dalam maknanya tetapi mudah untuk kita lakukan. Bila umur yang kita nilai yang berisi dengan kebahagian, kesenangan, keredhaan, ketenangan dan kepuasan walau tidak sehebat orang lain itulah kebahagian. Walau sedikit namun masih membahagiakan kerana kita menghargai apa yang ada.

Sedang ketika kita bersikap haloba, merasa gelisa dan tamak ia bukanlah termasuk dalam perkara yang membahagiakan dalam umur kita yang hakiki. Ini kerana ia adalah perkara yang mengencam kebahagian dan kesihatan kita. Maka disinilah betapa pentingnya kita memelihara keredhaan kita kepada takdir Allah. Menerima segala ketentuannya. Duduklah dengan tenang untuk, berterus terang pada diri adakah kita masih tergolong dalam golongan orang yang bertakwa.

Wahai hati, pujuklah hati kita untuk menjadi hamba yang taat kepada segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang. Kerana Allah itu sangat suka kepada mereka yang sentiasa takut kepada-Nya. Kerana Allah itu tidak pernah meninggalkan kita walau apa jua keadaan kita. Walau kita dalam keadaan lalai, takbur, sombong, tamak, malas, namun Allah masih memberi kita peluang untuk bertaubat. Sedang Allah telah menyediakan segala kemudahan untuk dinikmati hanya dengan berpegang kepada Syariat Islam.

Betapa kita sangat memusnahkan diri kita sendiri dengan melakukan segala larangan kerana kejahilan kita. Walau telah terbentang di hadapan cara dan jalan pilihan untuk menerangi kejahilan namun kita masih merelakan hati kita sentiasa gelap tanpa cahaya ilmu Agama. Kita masih lagi melebihkan dunia daripada Akhirat. Adakah kita masih lagi diselimuti dengan sifat kita yang sombong pada-Nya. Kita masih lagi tidak menyedari , telah beberapa kali kita di timpa musibah, namun masih memegang kata perkataan " NASIB BAIK " bukannya " ALHAMDULILLAH". Kita masih sombong tanpa menyedari betapa Allah masih menyayangi kita dengan masih memberi kita peluang untuk bertaubat.

Pandanglah kehidupan kita dengan pandangan penuh cinta dan harapan agar segala apa yang kita lakukan di Dunia ini membuahkan hasil yang berkekalan di Akhirat. Kehidupan yang abadi dengan penuh rasa bahagia yang tidak terkata. Bahagia yang berlipat kali ganda perasaan bahagia yang kita nikmati di Bumi sementara ini. Hadiah inilah yang kita harus terima dengan penuh kesyukuran kepada-Nya kerana kita menikmatinya.

Hiruplah kesegaran udara, ciumlah bau haruman bunga, minumlah air yang jernih, pandanglah keindahan taman, lihatlah terbentangnya lautan yang luas, bersiullah seperti burung yang bergembira kerana itulah perkara yang sangat membahagikan dan merasa tenang dan aman. Maka ciumlah tangan si suami, peluklah si isteri, belailah si anak, pimpinlah si orang tua, duduklah bersama orang yang kurang, solatlah berjemaah, bersedekahlah, mengajilah, solatlah dengan penuh kusyuk. Kerana belum tentu kita masih merasakannya pada esok hari.

Masyaallah! Berkata-kata itu sangat mudah tetapi melakukannya sangat payah. Namun tidak ada istilah kepayahan bagi orang mukmin yang beriman.

Semoga sahaja kita semua merasa sentiasa bahagia dan gembira dangan segala takdir yang telah ditetapkan-Nya. Aamiin...

Yang baik itu segalanya milik Allah. Wallahua'lam.




Selasa, 2 September 2014

Kain Lebihan

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa tak sibok dengan kain tempahan dan kelas mengaji, inilah kerja yang saya lakukan untuk mengisi masa lapang. Jika tak mencuba menu masakan yang baru, menjahit adalah minat pengisi masabagi surirumah seperti saya. Kain lebihan yang berlambak di rumah bolehlah disambung-sambung menjadi selimut mahupun apa jua bentuk.

Melihat pelbagai kemahiran yang dilakukan oleh sesetengah surirumah menjadikan saya juga teringin untuk mencuba. Lihat jelah gambar di bawah ni.


Kain sebelum dicantum.




























Kain setelah dicantum




























Kain dicantum keempat-empat. Kena tambah lagi baru jadi besar. Adik saya kata kenapa huruf H pula. He..manalah saya sedar jadi huruf apa. Takpelah janji siap dan bolehlah buat selimut. Kain ni kotton yang kasar, so mesti panas jika dijadikan selimut. Rasanya saya kenalah beli kain yang lembut nanti untuk dijadikan lapisnya.
























Jika anda juga mempunyai kain lebihan jahitan kat rumah bolehlah buat macam ni supaya kain tersebut tak saya dibuanag macam tu je.

Selamat mencuba.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...