Syukur alhamdulillah urusan perpindahan dah selesai. Tiba hari Jumaat jam 4 pm, dengan hujan yang sangat lebat. Ketika sampai di rumah yang kami sewa, lori barang juga tiba. Keluarkan barang-barang dari lori walaupun dengan cuaca yang kurang memahami keadaan kami ketika itu. Alhamdulillah selesai juga.
Hari kedua kemas barang mana yang perlu dahulu. Tengahari pula baru pergi beli sedikit barang dapur. Walaupun hari kedua ini belum mula memasak. Alhamdulillah kehadiran keluarga suami juga memeriahkan suasana dan merasa dekat dengan keluarga walaupun mengambil masa dalam 1 jam lebih ke Teluk Intan.
Hari ketiga kami meronda kawasan dan jalan ke tempat kerja suami. Alhamdulillah Syukur pada Mu Allah, segalanya di permudahkan. Hari ke 4 saya mengemas rumah atur kan mana yang patut sementara suami berkerja pada hari pertama di tempat baru. Manakala hari ini hari ke 5 barulah dapat mengadap Laptop, sambil bersantai menarik nafas lega kerana 90% telah selesai.
Walau bagaimana pun bagi kelas asas menjahit belum lagi di adakan, kelas akan di tentukan setelah melihat keadaan kesesuaian tempat dan lain-lain. Bagi anda yang ingin membeli tudung sekolah secara borong atau pun hanya kegunaan sendiri bolehlah hubungi saya di Bandar seri Botani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan