Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Allah S.W.T sekali lagi kita dapat bertemu dalam entri seterusnya mengenai Panduan Asas Menjahit ini. Semoga anda sentiasa sihat bersama keluarga tersayang dan sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.
Memandangkan saya seorang suri rumah dan ingin mencari ilmu yang sekali gus boleh memberi satu peluang pada saya untuk mencari idea bagaimana cara menambah pendapatan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana membuka hati saya untuk menjadi salah seorang daripada peserta Akademi Berkerja Di rumah. Setelah mendapat tunjuk ajar dari guru online dan saya juga banyak melawat blog untuk menambah pengetahuan. Setelah melihat hasil mereka yang berkerja di rumah, saya merasa bersemangat dan ingin melakukan sesuatu yang boleh menambah pendapatan saya dengan menggunakan ilmu yang ada.
Perasaan syukur yang tidak terhenti saya panjat kan pada yang Khaliq. Tercapai juga hajat saya untuk menghasil kan Panduan yang pertama. Inilah Panduan Asas Menjahit Baju Kurung secara Online saya, yang telah pun siap dan mula dijual pada 30hb Jan 2014. Ini bermakna masih baru lagi lah kan. Sebelum Panduan ini siap , telah ada seorang dua yang bertanya tentang kelas online ini. Malah sebelum siap sepenuhnya, saya telah pun mendapat bayaran dari seorang yang sangat berminat untuk mendapatkan Panduan ini secara Pdf.
Antara kelebihan belajar menjahit secara online. Boleh belajar mengikut masa anda. Tidak perlu hadir ke kelas. Anda hanya perlu bertanya jika ada bahagian yang anda tidak fahami dengan cara, nyatakan muka surat yang tidak difahami. Selain dari itu ikatan ukhwah sesama islam juga terjalin dan bertambah kenalan saudara seagama yang dekat mahupun yang jauh.
SELAMAT MENCUBA....
Kepada mereka yang telah memiliki Panduan Asas Menjahit Secara Online ini saya ucapkan....
TAHNIAH DAN SYABAS KERANA ANDA TELAH PUN MENCUBA.
SELAMAT BERJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan