Khamis, 6 Februari 2014

Cara Menjahit Poket

Bismillahirrohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dalam satu ilmu jahitan Asas menjahit. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi meminjamkan saya umur, rezeki dan kesihatan dan idea untuk meneruskan pengisian entri  dalam blog yang tak seberapa ini.

Kali ini saya akan kongsikan pada anda bagaimana cara untuk menjahit poket baju kurung. Selalunya poket baju kurung terpulang kepada kita nak jahit sebelah kiri atau kanan. Begitu juga jika pelanggan nak sebelah kiri maka kita jahit sebelah pesak kiri.

Langkah pertama:
Seterika bahagian tengah pesak


Langkah kedua:
Sila tanda dan buka jahitan selebar yang dikehendaki. Selalunya bagi dewasa badan saiz S, L, M..ukuran 5 1/2 inci. Lebar dari ketiak ke tempat pencentas benang dalam gambar bawah ialah 3 inci.


Langkah ketiga:
Jahit keliling bahagian lubang poket yang anda buka tadi.


Langkah keempat:
Tampal kain untuk poket seperti dalam gambar di bawah kemudian jahit keliling. 















Dah siap...barulah cantumkan pesak ke badan baju.

Selamat mencuba....

6 ulasan:

  1. terima kasih sharing ni....nampak mudah saja kan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sudi berkongsi cara buat poket baju kurung. Sangat jelas dan mudah faham.

    BalasPadam
  3. Terima kasih sudi berkongsi cara buat poket baju kurung. Sangat jelas dan mudah faham.

    BalasPadam
  4. Trm ksh sudi kongsi..blh tny x saiz kain utk poket tu brpa ya..

    BalasPadam
  5. Terima kasihhhh. Bnyk sgt membantu bgi yg bru nk belajar jahit. Semoga di murah kn rezeki sis

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...