Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menjahit tanpa mesin jahit sememangnya adalah satu teknik menjahit cara jimat. Mungkin bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan seperti mesin jahit. Sepertimana yang telah saya ceritakan pada tajuk yang lepas, menjahit tanpa mesin jahit mudah sahaja. Yang penting jika kita tahu mengukur, memotong kain dan cara untuk mencantum kain. Jadi bagi mereka yang perlukan baju baru tapi tak ada budjet nak beli, bolehlah mencuba teknik ini.
Apa yang perlu anda lakukan ialah sediakan kain yang telah anda ukur dan potong. Sediakan juga jarum tangan dan benang yang sama warna dengan kain anda. Lihat cara menjahit di bawah.
Teknik jahitan: Jahit jelujur sahaja. Tetapi pastikan benang dua agar benang tidak mudah putus. Lihat gambar-gambar di bawah. Bahagian tepi kain tidak di jahit tepi, tetapi hanya di bakar dengan lilin sahaja. Jika anda mahu, anda boleh hantar ke kedai jahit untuk upah jahit tepi, agar apabila kita memakainya , kulit badan kita tidak terasa gatal kerana terkena dengan kain yang dibakar dengan lilin.
Bahagian leher juga di jahit dengan tangan.
Bahagian tangan yang di cantum dengan menggunakan cara jahit jelujur.
Setelah siap cantum.
Gunakan butang atau sebagainya untuk dijadikan aksesori.
Bagaimana?...bolehlah pakai kan ?.. Orang pun tak perasaan baju ini di jahit dengan tangan kan?..
Jika anda menjahit jubah tak adalah lama sangat untuk disiapkan. Namun sekiranya anda ingin mencuba jahit baju kurung, boleh sahaja. Cuma ia memerlukan masa yang lama, mengikut kecekapan anda.
Tak pandai mengukur? memotong?...dapatkan Panduan menjahit asas baju kurung secara online di bawah.
Pm saya jika berminat.
SELAMAT MENCUBA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan