Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah diberi keizinan sekali lagi oleh Yang Maha Esa untuk bertemu dengan sahabat-sahabat agar dapat berkongsi ilmu.
Kali ini saya akan kongsikan bersama anda cara untuk membuat Jubah Kanak-kanak. Seorang pelanggan saya menghantar kain ela untuk dijahit baju kurung pesak gantung untuk anaknya. Katanya jika ada lebih dia nak saya jahitkan Jubah dengan mengikut contoh yang diberi.
Ok kita mulakan. Ukur bahu jubah tersebut dan panjang bahu ke dada dan lebar dada. Dapatkan dua keping kain. Bahagian depan lehernya di tebuk lebih kebawah sedikit supaya kepala muat. Bahagian belakang seperti baju kurung pun tak apa.
Oleh kerana kain lebihan ini ada bahagian yang besar dan ada bahagian yang dah dipotong kecil, jadi saya memerah otak nak fikir bagaimana nak cantum-cantumkan kain agar ia boleh di jadikan kain.
Lihat gambar di bawah.
Gambaran tepi kain
Cantumkan bahagian atas dengan kain
Dah dicantum. Nampak dah jadi, kalau kurang panjang tangan atau kurang panjang kain kat bawah, kita bolehlah tambah renda mengikut warna kain untuk mencantikkannya.
Rezeki kakak tu, dapat pun sepasang baju kurung dan sepasang jubah.
Mudah-mudahan kakak tu puas hati.
Ok selamat mencuba dan jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan