Rabu, 16 April 2014

Menjahit Antara Punca Rezeki

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika rezeki itu memang milik kita insyaallah pasti akan datang walau sejauh mana, walau sekecil dan sebanyak mana, segalanya Allah yang tentukan. Hanya kita yang berusaha untuk mendapatkannya. Beginilah rutin harian sebagai seorang tukang jahit. Alhamdulillah.

Sebagai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap saya cuba untuk terus menerima tempahan dalam pelbagai jenis. Kain yang sering diterima adalah kain untuk di jahit tepi, di baiki sama ada di kecilkan, dipendekkan dan pelbagai lagi. Alhamdulillah menjahit ini menjahit pendapatan sampingan malah ia merupakan aktiviti pengisian masa saya yang terluang. Siapa sangka pendapatan menjahit sentiasa ada. Contohnya masa saya tengah buat entry sekarang pun tiba-tiba sahaja pintu di ketuk nak minta jahit. Upah tidaklah banyak tapi bayangkan rm1 pun kalau di kumpul insyaallah bertambah.

Semalam semasa kelas nak mula, tiba-tiba ada yang hantar seluar nak minta jahit sekarang katanya. Begitulah pelanggan, namun melihat pada masa terluang kita sebagai tukang jahit, kita kenalah memaklumkan pelanggan bila kain tersebut akan siap. Kerana itu saya sangat ingin memberi dorongan kepada semua wanita agar belajar asas jahitan. Mungkin sekarang ilmu ini tidak di lihat kepentingannya namun akan datang ilmu ini sangat bermanafaat.

Kain yang tuannya minta di jahit tepi.





























Panduan asas menjahit baju kurung secara online















Mungkin anda juga berminat menjadi salah seorang dari kami di Akademi Berkerja di Rumah




















Jika berminat sila pm saya

Fb: abdullah_farhana
Email: pn.nurfarhanaabdullah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...