Isnin, 6 Oktober 2014

Biar Kecil Asal Berhasil

Bismillahirohmaanirrohiim

Salam buat semua yang suka melayari mana-mana Laman Blog bagi menambah pengetahuan. Tak kira apa laman blog yang penting dapat manfaat yang baik. Moga anda semua di dalam keadaan sihat sentiasa. Begitu juga dengan saya. 

Biarpun berlainan minat dan kelebihan pasti tak lari dari hasrat yang satu iaitu ingin berkongsi minat dan ilmu. Begitu juga dengan saya, sentiasa inginkan pembaharuan dan ilmu yang baru agar, ilmu yang tak seberapa ini  bertambah.




Tajuk entri kali ini mengenai sebuah buku Chef Le yang bertajuk Biar Kecil Asal Berhasil. Tajuk ini begitu ringkas tapi isi kandungannya penuh dengan maksud yang tersirat bagi mereka yang inginkan perubahan dalam hidup. Buku ini banyak mengandungi kata-kata yang membina. Membakar semangat agar kita berusaha. Di hiasi dengan pantun nasihat, serta gambar-gambar kartun dengan kata-kata yang menyentuh perasaan kita. 

Rebana di alun sirih diberi
Budi dibalas senyum bererti
Tuhan berjanji sejak azali
Berniaga itu pintu rezeki

Bagaimana beliau berkongsi cerita, di mana seorang CEO akhirnya memilih untuk menjadi seorang penjaja. 

Tempua bara bersarang rendah
Buaya kecil berkejar-kejaran
Kenapa saudara menempah susah
Kerjaya stabil hendak di tinggalkan

Katanya: Sehebat manapun jawatan CEO yang saya sandang, saya tidak dapat waris kan jawatan itu kepada anak saya, sebab syarikat itu bukan saya yang punya. 

Bagaimana buku ini menceritakan cabaran beliau setelah berhenti, berdepan dengan kata-kata sindiran dan pandangan serong saudara mara, rakan dan mereka yang tidak memahami.

Sehingga ramai anak murid Dr Rusly ( Chef Le ) berkata:

" Dr Rusly,
Dengar lah luahan hati kami 
Kami dah baca buku Dr Rusly, buku yang pertama berulang-ulang kami baca, buku kedua pun berulang-ulang kami baca, malah sampai menangis. Pergi seminar pun sudah, kursus masakan pun sudah, bersemangat pun sudah, terbakar pun sudah. Dah bulat tekad kami ingin berniaga, tapi...nak berniaga apa?..Nak berniaga kat mana?..Nak mula bagaimana?..Modal bagaimana?...Soalan-soalan ini belum terjawab lagi..Hakikatnya kami masih belum bermula..Tolonglah tuan..Macamana kami hendak bermula?..Wahai bakal-bakal Jutawan senyap..Bukankah sudah dijelaskan sejelas-jelasnya oleh Diyono Santoso*?  Nak berniaga apa ? Nak berniaga di Malaysia jangan bimbang pak..jangan banyak mikir! Jual apa saja, asalkan itu barang boleh dimakan orang, boleh dipakai orang, tetap akan ada yang beli pak!

Buku ini menceritakan kisah-kisah yang menarik, bagaimana seseorang itu begitu teruja untuk berniaga. Melabur puluhan ribu ringgit akhirnya lingkup kerana tanpa ilmu. Bagaimana kisah hidup yang sempit, berbekalkan ilmu yang ada dan modal yang sedikit, ia bermula akhirnya berjaya. Malah banyak buku diluar sana yang memberi kita ilmu agar berwaspada pada kehendak dan nafsu agar tidak dituruti. 

Jika anda ingin membeli buku ini, memang sukar nak mencari, kerana buku-buku Chef Le memang laris jualannya. Suami saya sendiri beli pun secara online. Terus terang saya katakan buku-bukunya semua terbaik. Jika anda ingin mencari sila dapatkan buku yang bertajuk Jutawan Senyap dahulu. Buku ini sangat luar biasa bahkan buku-buku yang lain juga mendapat jualan Best Seller lebih 100,000 naskah terjual. Bahkan saya hendak menangis membaca kisah Sutinah yang menyentuh jiwa. Banyak lagi kisah-kisah menarik menjadi contoh tauladan bagi kita yang jauh lebih baik kehidupan di bandingkan dari mereka.

Apa yang penting niat biar betul untuk mencapai kejayaan. Kerana semua mereka yang bergelar Jutawan Senyap ini kenampakan hanya biasa-bisa sahaja. Tidak menonjol di mata orang lain. Hanya mereka yang terdekat dan mengenali sahaja yang tahu mereka ini sebenarnya Jutawan Senyap. Bukan hanya kaya harta malah kaya dengan budi pekerti yang mulia.

Memang terbaik!!

Moga kita menjadikan mereka pembakar semangat agar menjadi umat Nabi S.a.w yang soleh dan solehah.

Aamiin. Wallhua'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...