Isnin, 25 Januari 2016
Nasi Bamboo Sungai Klah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama benar tak menulis. Hanya laman inilah tempat berkongsi pelbagai pengetahuan dan idea. Walaupun jarang sekali dapat menulis tapi pastikan setiap bulan mesti ada entri walaupun satu entri di ruang laman yang sering menyepi ini.
Kali ini saya kongsikan pada mereka yang ingin membawa keluarga untuk makan di luar. Seperti saya jika bosan makan masakan sendiri boleh lah bawa keluarga ke tempat ini.
Ayah mertua yang rekomenkan tempat ini. Katanya makanan di sini banyak menyediakan lauk pauk dan nasi pula ada yang di sediakan dalam Bamboo. Masa tiba di tempat tersebut, memang sangat teruja dan terasa betapa hebatnya pemilik restoran ini. Lihat sahaja gambar dibawah ini.
Masa sampai tengahari, parking dah penuh. Siap ada yang jaga bahagian parking, menandakan ramainya pelanggan.
Rasa seperti kenduri kahwin suasana restoran.
Kepelbagaian lauk pauk yang memikat pelanggan, malah jika di ikut kan nafsu yang lapar nak sahaja semua lauk di beli. Harga juga berpatutan.
Sila beratur ya puan..
Daging kambing selai yang memang sedap.
Memang antara restoran yang terbaik!!..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum, pasti sedap sebab ramai pelanggan.
BalasPadamwkmslm...ya..maknannya.. tmpat lain pun ada cuma yang membezakan kat situ banyak pilihan..dan nasi di bungkus dengan daun dan ada dalam bamboo..
BalasPadam