Isnin, 16 Mei 2016

Kelas Sabtu Dan Ahad

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar semua...semoga saya dan anda semua sentiasa sihat dan di bawah lindungan kasih Allah. Aamiin.

Berbicara tentang tajuk hari ini. Kelas Sabtu dan Ahad hanya bila saya dapat luangkan masa untuk mengadakan kelas. Al-maklum kita ini ada suami jadi bergantung pada keadaan. Jika hujung minggu kami balik kampung, kelas pun di tangguh ke minggu hadapan.

Walau apa pun untuk bulan Mei ini, saya memujuk suami supaya tidak balik kampung kerana mahu adakan kelas bagi mereka yang berkerja ini dapat belajar. Syukur suami memberi izin. Kebetulannya kelas pun hanya 3 jam sahaja, bermula jam9 am hingga jam12 tengahari. Jika ingin keluar ke mana-mana pun lepas zohor. Senang cerita.

Syukur alhamdulillah bila di bahagi orang 4 orang yang dapat hadir pada hari Sabtu, mereka yang telah datang kelas saya sebelum ini. Manakala 5 orang lagi untuk kelas hari Ahad. Mesti ada yang bertanya kenapa tak ramai. Saya hanya had kan sehingga 5 orang dalam satu kelas dan hari-hari biasa Isnin hingga Jumaat hanya 3 orang sahaja. Manakala bayaran adalah sama iaitu rm10 sejam.

Kelas di Bandar Seri Botani Ipoh.
















Semoga ilmu mudah di fahami, mudah di ingati dan dapat di manafaatkan. Aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...