Selasa, 3 Mei 2016

Kelas Sementara Di Botani

Alhamdulillah syukur dapat lagi menulis entri hari ini.

Terima kasih Ya Allah, kerana saya masih sihat menjalani rutin harian untuk melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan sebagai hamba Mu.

Al hamdulillah juga telah berbulan-bulan kelas Asas menjahit tertangguh, akhirnya kelas saya adakan berikutan ramai yang bertanya. Walaupun bulan ini bulan untuk menanti keputusan untuk pindah ke Teluk Intan pula. Inilah nasib perantau dan bekerja di bawah orang. Jika pindah maka pindahlah, jika tidak maka tidaklah.

Bebalik pada Kelas Asas menjahit di Botani, oleh kerana ramai yang ertanya dan hanya dapat datang pada sabtu dan ahad sahaja kerana bekerja. Saya meluangkan masa untuk merka dengan memberi jadua dan yuran seperti berikut.

Kelas: Isnin hingga Jumaat : Bermula jam 9 am hingga jam12 tengahari

Kelas : Sabtu dan Ahad : Bermula jam9 am hingga jam 12 tengahari

Yuran rm10 sejam.

Buat masa ini, hanya 14 orang yang memberi respon, dan 6 orang yang baru dapat luangkan masa untuk datang belajar. Kelas ini sentiasa terbuka untuk memberi ilmu pada surirumah yang sentiasa sibok dengan urusan kerja dan keluarga. 

Semoga urusan kita semua di permudahkan. Aamiin.












InsyaAllah kelas ini akan berpindah di Teluk Intan berikutan dengan perpindahan tempat kerja suami. Apa pun terima kasih kerana  menyertai kelas ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...