Khamis, 16 Jun 2016

Sarung Almari Ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kita masih lagi sihat dan dapat menjalani puasa hari yang ke 10. Moga begitu juga di hari -hari yang akan tiba. Jalanilah ibadat puasa di bulan Ramadhan ini seolah-olah inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.  Semoga kita di mudahkan melakukan amal kebaikan dan di terima segala amalan kita. Aamiin.

Hari ini alhamdulillah, Allah beri kelapangan masa dan kesihatan untuk berkongsi cerita dan ilmu. Malu rasanya berkongsi ilmu cikai ini. Yelah orang lain kongsi ilmu yang hebat-hebat. Namun dalam hati, ilmu itu cikai atau hebat, janji ikhlas dan moga yang ingin menambah ilmu tu bolehlah dapat manafaat.

Projek hari ini.

Masa mula-mula berkahwin dulu, hanya mampu beli almari ini, lagi pun senang kalau nak pindah. Belilah dua buah. Tapi lama-lama reput pula kain ni. Maklumlah bukan kain sebenar. Selalu juga tegok almari lama ni...tapi semalam, macam merayu-rayu almari ni nak minta saya jahitkan kain baru. Kesihan pula. Adalah juga pergi tanya tauke kedai almari, tanyakn sarung almari jenis ni tapi tak jual kain katanya. Sedih hati, yela kenangan, lagipun masih boleh pakai. Nak buang memang membazir.


Pagi tadi setiap sudut saya ukur dan potong kain. Lepas tu jahit. Jahit dengan cara cantumkan setiap sudut.




























Walaupun tangan lenguh menjahit, tapi berbaloilah keja. Syukur alhamdulillah. Selagi barang itu masih boleh di guna, inilah saya. Suka nak baiki dan memang jimat. Suami pun senyum je, tak payah dia susah-susah nak keluar duit untuk bini nak beli.

Moga semua kita menafaatkan ilmu, dan jangan bazirkan barang.

Selamat mencuba dan selamat berbuka ye...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...