Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana saya sempat menyinggah sebentar di laman ini.
Penghujung Ramadhan ini, terasa rindu dan hati sayu bila teringat Ketika di PERKIM. Bermula dari solat fardhu berjemaah, solat tarawih berjemaah, bertadarus, masak beramai-ramai untuk berbuka dan untuk sahur. Walaupun jauh dari keluarga yang pelbagai kesah antara kami, namun kasih sayang sesama saudara seagama amat utuh.
Berdakwah di perkampungan orang asli. Berhari raya beramai-ramai.
Berebut-rebut menambah amal ibadat. Saling menghulur walau tak seberapa. Berkongsi rezeki walau tak seberapa. Saling tolong menolong bila ada yang memerlukan. Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah kerana memilih saya menjadi salah seorang antara mereka yang Engkau pilih.
Terima kasih para Ustaz dan Ustazah yang banyak membimbing kami untuk mempelajari ilmu agama. Al-fatihah buat yang telah pergi mendahului kita. Terima kasih sahabat-sahabat yang begitu menyayangi dan sentiasa mengambil tahu susah senang bersama. Semoga segala ilmu yang kita ada sentiasa kita manfaatkan dan tidak akan hilang di telan waktu.
Selamat berpuasa, moga segala amal ibadat kita di terima Allah. SELAMAT MENYEMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan