Isnin, 18 Julai 2016

Ilmu Itu Income

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tentu masih lagi ramai yang mengadakan rumah terbuka mahupun pejabat dan sekolah. Anak buah saya sendiri meminta mak dia masakkan ketupat untuk d bawa ke sekolah, sedangkan yang lucunya dia bukannya beragama islam pun. Apa pun itulah antara amalan kami yang berjiwa satu keluarga yang mengutamakan kekeluargaan dan sifat yang tidak memilih agama apa pun. Yang penting bahagia dan seronok.

Kita lupakan seketika tentang raya. Minggu kedua bekerja selepas raya, ramai yang telah pun memulakan bisnes mahupun kerja yang lama di tinggal kerana beraya. Begitu juga dengan saya. Bermula semalam saya telah mula menerima tempahan tudung sekolah dan tudung untuk kegunaan harian. 

Bercakap tentang kemahiran, saya bukanlah mahir sangat tentang tudung ni, hanya tudung sekolah sahaja yang saya mahir dan saya olah jahit untuk tudung harian kerana ia nya selesa untuk di pakai. Siapa tahu dengan hanya membantu rakan untuk siapkan tempahan tudung sekolah dahulu, balik rumah saya tekap tudung sedia ada dan ia menjadi.  Kini ilmu itu saya boleh jadikan ia sebagai menambah pendapatan.

 Alhamdulillah rezeki pagi ini.




Semoga apa pun ilmu yang kita ada, moga di manafaatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...