Sabtu, 25 Januari 2014

Pola Leher Kemeja

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalaamualaikum.

Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu dalam tajuk Pola Leher Kemeja.  Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana hendak mencantumkan kolar baju kemeja. Sebelum itu terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi laman seni jahitan ini. Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.

Lakaran pola leher baju kemeja.

Ini adalah gambaran pola leher baju kemeja. Pola ada dua iaitu bahagian Krah dan Kaki Krah. Bahagian kaki krah adalah bahagian yang hendak di cantumkan ke leher bulat baju kemeja.



Langkah pertama:

Lukis pola krah leher dan kaki krah berasingan di atas pengeras kain bergam. Maknanya, krah 1 dan kaki krah 1. Setelah itu seterika pengeras tadi di atas kain. Kain untuk krah 2 keping dan kain untuk kaki krah 2 keping. Seterika ke atas satu kain sahaja, kemudian pin bersama dengan  kain yang yang satu lagi ( pasangan kain masing-masing). Selepas pin barulah jahit menjadi seperti gambar di bawah.


Langkah kedua:

Bahagian kaki krah di pin ke leher baju. Pastikan bahu sudah di cantum baru pin dan jahit.



Langkah ketiga:

Pin dahulu di bahagian leher baru jahit



Langkah keempat:

Barulah di jahit sekeliling krah dalam 1/2 inci untuk mengemaskan jahitan.
Daa...siap....


Semoga ilmu yang sedikit ini dapat menambah lagi ilmu anda dalam kaedah menjahit.

Insyaallah jika ada masa, panjang umur dan di murah kan rezeki kita bertemu semula di lain tajuk.

Selamat mencuba....



1 ulasan:

  1. salam,
    kraf dan kaki kraf kemeja sy bermasalah...bila pakai taliheher..1/4 inci talileher terkeluar dari kraf terutama bahagian belakang...semacam kraf dan kaki kraf tak cukup tinggi... camna nk settle?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...