Sabtu, 23 November 2013

HANYA ALLAH YANG TAHU

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Alangkah beruntungnya mereka yang sememangnya beragama islam kerana jika mati pun dapat juga sedekah kan al-fatihah buat mereka yang di sayang. Tetapi saya?....saya tak dapat pun sedekah kan apa-apa buat mereka yang saya sayangi. Siapa yang mahu berpisah dengan orang tersayang di dunia. Memang tidak dapat di nafikan yang hidup pasti akan mati. Tapi yang lebih menyiksa hati dan perasaan apabila berpisah  di dunia apa lagi di akhirat. Hanya di dunia sahaja saya akan bertungkus lumus untuk membantu mereka. Selain dari mahu berbakti kepada keluarga sebelum mati.

Ketika mendapat berita pemergian ibu saya rasa seakan-akan di alam lain. Semua yang saya lakukan tak tentu arah, malah hingga sekarang masih lagi kehilangan yang teramat-amat. Alangkah hati saya tenang seandainya dia seagama dengan saya.  Mungkin ada yang melihat saya menangis sedih  ketika itu tetapi mungkin mereka tak tahu kesedihan saya bukan kerana kematian tapi kerana berlainan agama. Maha suci Allah.Takdir Allah siapa yang tahu, bila? di mana? siapa? kenapa? dan bagaimana?..Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. ( Bagiku agama aku bagimu agama mu ).

Kadangkala saya akan berfikiran seperti mementing kan diri sendiri. Buat apa mahu membantu mereka sampai diri sendiri sakit  sedangkan mereka sendiri tidak mahu menolong diri mereka sendiri. Tetapi akhirnya saya akan memujuk diri. Takpelah biarlah saya dapat bantu mereka di dunia kerana di akhirat belum pasti saya dapat memberi pertolongan kerana seperti mana yang kita tahu apabila matinya anak Adam maka terputus lah amalan.

Mungkin di sebab kan sifat yang sensitif, bila nampak sesiapa yang melayan orang tua dengan buruk saya akan melenting marah. Kerana bagi saya tanpa ibu bapa siapakah kita. Tiada mereka maka tiada lah kita. Baik buruk mereka, mereka tetap ibubapa kita. Berapa banyak pun kebaikan yang kita lakukan pada ibubapa belum tentu kita dapat membalas budi terutama ibu yang melahirkan kita.  Saya juga  bukanlah anak yang sempurna. Ada kalanya terkasar bahasa tanpa disedari.

Ketika balik kampung suami baru-baru ini saya telah melihat seorang Pakcik yang sedang menjual buah durian di tepi jalan raya. Tidak semena-mena saya sedih dan menangis sambil bercerita pada suami. Macam itulah  emak dan ayah dulu. Mereka bertungkus lumus membesarkan kami. Dari membuka tanah yang berekar, menanam, mengutip buah,  mengangkat dan menjual demi sesuap nasi membesar kan anak-anak dan  membeli keperluan anak-anak ke sekolah. Mengangkat buah dari kebun yang jauh dari jalan raya. Mereka tak kenal panas, hujan dan penat demi anak-anak.

Kini setelah ketiadaan emak, ayah pula menunjukkan sifat seperti nyanyuk. Dia sering bercakap sendirian. Sering merenung jauh dan menunjukkan sifat yang pelik. Kami adik beradik sangat bimbang. Yang paling terseksa adalah kakak yang tinggal sekali dengan ayah. Kira kakak lah yang jaga ayah. Adik beradik yang lain sering keluar berkerja dan ada yang jauh di perantauan. Saya hanya berfikir macamana cara untuk dapat meringankan beban kakak. Walaupun sejak dulu saya memang sering membantu kakak untuk membesarkan anak-anaknya. Tetapi kini saya kena tolong lebih kerana bebanan kakak telah bertambah sejak ketiadaan emak. Nak urus anak-anak dan ayah adalah perkara yang bukan mudah kerana berstatus ibu tunggal.  Saya hanya berdoa untuk kesihatan ayah. Ikut kan hati mahu sahaja balik menjaga dia. Tapi saya ada suami yang lebih utama. Pernah juga saya bercadang untuk membawa ayah bersama tapi dia enggan. Saya sangat-sangat terhutang budi pada kakak kerana bukan sahaja penat lelah malah tekanan yang hebat menghadapi masyarakat kerana keadaan ayah yang sukar di kawal.  Moga bantuan yang saya berikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya.

Bagi saya ketika kita menghadapi masalah kita kena lihat masalah yang di tanggung oleh orang lain barulah hati kita akan rasa tenang. Kerana di luar sana ramai lagi yang menanggung masalah yang lagi hebat masalah daripada kita. Jadi sabar jelah....Redha dengan ketentuan Ilahi, usaha dan tawakkal.

Tanggal 12-12-2013 tanggal yang penuh dengan rasa sedih dan macam-macam lagi  yang kami sekeluarga alami berkaitan dengan ayah.

Moga Allah murah kan rezeki saya dan dengan rezeki yang saya salur kan pada keluarga.

Aamiiin Ya Rahiim Ya Rahmaan.

.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...