Rabu, 20 November 2013

TIPS PETUA JAHITAN



BAJU KURUNG

Sekiranya anda seorang yang masih zero atau belum mempunyai pengetahuan tentang asas menjahit  baju kurung mulakan dengan menjahit baju kurung anak kerana mudah untuk difahami dan lebih cepat di siapkan. Tujuannya supaya bila dah faham cara memotong dan menjahit, walaupun belum kemas jahitan tapi gambaran memotong dan mengukur dah jelas. Selepas selesai dan yakin boleh, anda bolehlah membeli kain yang murah untuk diri sendiri. Ketika memotong,  sebaiknya anda lebihkan basi supaya, sekiranya tersalah ukur baju tersebut masih boleh di baiki kerana basi masih ada lebihan. Contohnya panjang tangan 22 maka lebihkan 24 termasuk basi. Jadi jika anda tersalah ukur atau terlebih ketika menjahit tepi, kain yang anda jahit masih boleh di selamatkan.

Jika tidak ada sesiapa yang boleh membantu mengukur badan anda, anda boleh mengambil contoh baju kurung anda yang kira selesa untuk di jadikan ukuran.


Cara-cara mengukur baju kurung

ukuran baju

- dari bahu kanan ke bahu kiri  ( lebar bahu 15 inci  + 1/2 inci untuk basi kiri dan kanan )
- dari bahu ke pergelangan  tangan ( panjang tangan  21 inci  + ketiak  basi 1/2 inci )
- lilitkan tali pengukur di pergelangan mengikut keselesaan ( lebar lengan 6 inci  + basi 1 inci )
- dari bahu ke lutut atau mengikut labuh yang di kehendaki (labuh baju  38 inci  + basi bawah 1 1/2 inci )
- lilitkan tali pengukur di ketiak mengikut keselesaan (lebar ketiak 7 inci  + basi 1/2 inci )
- pesak 3 1/2 inci  ( 4 segi ) + basi 1/2 inci
- kekek atas bawah ketiak  2 1/2 inci  + basi 1/2 inci kiri dan kanan
- kekek bahagian bawah ( sebelah labuh baju 15 inci ) 4 inci  +  basi 1/2 inci

Pastikan ukuran di tambah dengan basi. Basi adalah tempat anda jahit. Lihat contoh kain yang di jahit mesti ada basi jahitan.


ukuran kain

- labuh kain 41 inci termasuk untuk getah pinggang dan basi lipat bawah
- lebar kain bawah atas sama sahaja  31 inci x 2 + basi 1/2 inci  ( kain lipat 2 ukur 32 inci baru gunting )
- lebar punggung 27 ( tanda )
- pinggang 25 inci ( panjang getah lebihkan 1 inci untuk hok )
- zip 7 inci


Untuk menjimatkan masa terus ukur pada kain.

Kain lipat dua barulah ukur labuh. Pastikan lebar atas dengan bawah sama barulah gunting mengikut ukuran dan tanda dengan kapur penanda. Cara menanda, ukur dengan tali tip lebar bawah 31 inci dan atas juga 31 inci ( pastikan di tengah juga di tanda. Selepas menanda barulah garis dengan pembaris lurus dari bawah ke atas. Basi dah ada ke?...jika belum.. ketika mengunting lebihkan 1/2 inci dari yang anda garis tadi. Barulah ukur labuh (kain 41 inci) . Mulakan mengukur dari bawah ke atas  dan tanda,  barulah gunting. Basi tak payah sebab dah termasuk ketika ukur tadi. Sila lihat ukuran di atas.


Cara mengukur atas kertas.

Melukis atau melakar di atas kertas adalah teknik yang paling populer. Kerana setelah anda mengukur dan mengunting atas kertas, tekap pada kain dan terus gunting mengikut ukuran kertas. Tetapi jangan lupa. Ketika mengunting lebihkan untuk basi ( basi kan dari kertas.)


Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...